Komisen kedua dari Shopback

Setelah lama menunggu, aku akhirnya request cash out komisen aku di Shopback bila jumlah komisen telah mencecah RM50.

Ikutkan dah boleh withdraw bila komisen dah mencapai RM10 tapi aku peram dulu biar banyak sikit. Lagipun komisen tak tentu, ia bergantung pada nilai barangan yang kita beli di platform ecommerce seperti di LAZADA, Shopee dan lain-lain.

Aku pulak sejak mula mengenali Shopee, jarang dah aku shopping di LAZADA. Faktor utamanya ialah Shopee selalu offer Free Shipping dan harga barang2 kat sana pun rasanya murah sikit dari LAZADA.

Kalau korang rajin shopping di LAZADA atau Shopee, baik daftar Shopback cepat2, sambil belanja sambil dapat cashback.

Ini komisen yang aku dapat, dikreditkan terus ke akaun bank.

Posted in komisen | Tagged , , | Leave a comment

GiveawayTahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Ini giveaway yang pertama aku join untuk tahun 2020. Giveaway ini dianjurkan oleh rakan blogger Mamapipiedotcom .

Syarat nak join senang jer. Syarat-syaratnya aku senaraikan dibawah ni :

  1. Terbuka buat blogger Malaysia sahaja.
  2. Buat post giveaway ni dan linkkan banner ke blog penganjur.
  3. Follow blog penganjur iaitu mamapipiedotcom.
  4. Follow FB page mamapipie.
  5. Letak blog mamapipie.com dalam bloglist korang.
  6. Subscribe channel youtube penganjur.

Hadiah yang ditawarkan ada 4 untuk 4 orang yang bertuah. Hadiah nombor 1 dan 2 ialah sehelas blouse. Hadiah nombor 3 ialah satu set perfume dan mandian. Hadiah nombor 4 pula ialah wang tunai berjumlah RM50.

Jangan lupa pilih hadiah yang berkenan dan nyatakan nombor hadiah tu. Andai kata korang terpilih, itulah hadiah yang korang akan dapat.

Untuk aku, aku pilih hadiah nombor 3, kalau ada rezekilah.

Tarikh tutup penyertaan giveaway ialah pada 31 Januari 2020. 

Blogger yang berminat nak join giveaway ni boleh klik banner di atas.


Posted in Contest | Tagged , | Leave a comment

Renew Domain Dan Hosting dengan NetKL

Rasanya dah lama aku langgan domain dan hosting dengan NetKL ni. Kalau tak silap dari tahun 2010. Maknanya dah 10 tahun aku setia dengan NetKL.

Kenapa aku kekal dengan NetKL? Sebab setakat ini, aku tak pernah hadapi sebarang masalah dengan NetKL.

Jadi, kalau korang tercari-cari hosting apa yang sesuai untuk buat blog atau website, aku cadangkan NetKL.

Kalau untuk beginner, baik ambik pakej mySilver X, setahun baru RM60. Pakej ni sesuai untuk blogger yang ada blog yang trafficnya tak berapa banyak.

Kalau blog yang ada traffic beribu2, boleh ambik pakej yang advanced sikit. Kalau langgan yang pakej beginner, takut nanti blog tak boleh nak view sebab bandwitdth dah over quota.

So kalau nak usha-usha dulu NetKL ni, boleh klik banner kat bawah ni.

Posted in Review | Tagged , , | Leave a comment