Author Archives: admin

Giveaway Ombak Bergigi Dot Com

Giveaway Ombak Bergigi

Giveaway Ombak Bergigi Dot Com

Lama dah tak masuk mana-mana giveaway selama 2-3 bulan. Sibuk memanjang jer dengan kerja di pejabat. Hari ni baru berpeluang nak join giveaway rakan blogger Ombak Bergigi.

Simple jer kalau korang ada hajat nak memeriahkan giveaway ni. Syarat-syaratnya adalah :

  1. Follow blog Ombak Bergigi.
  2. Follow Facebook Shuhada Herman.
  3. Buat entri dengan tajuk Giveaway Ombak Bergigi Dot Com beserta dengan banner di atas.
  4. Letakkan link penyertaan korang di bahagian komen entri Giveaway Ombak Bergigi Dot Com .

Giveaway ini berlangsung selama sebulan iaitu dari 2 Nov 2021 hingga 2 Disember 2021.

Seorang pemenang yang bertuah akan mendapat hadiah  1 set 2in1 perfumes V.V.Love. Manakala 4 orang lagi yang terpilih akan disenaraikan di dalam bloglist Ombak Bergigi.

Kalau berminat, boleh klik banner di atas.

5 Sebab Kenapa Perlu Guna Apps SemuaPay

Sebenarnya dah lama aku nak share kelebihan aplikasi SemuaPay ni. Semasa mula-mula aplikasi ini dibangunkan, ia dikenali sebagai ShiroiPay. Kemudian nama aplikasi ini diubah kepada SemuaPay. Banyak kelebihan aplikasi ni tapi aku cuma nak kongsi 5 kelebihan yang utama kenapa korang kena ada aplikasi ni dalam handphone bimbit korang.

  1. Terima Cashback bagi setiap transaksi bayaran yang berjaya. Jumlah bonus yang akan diterima adalah berbeza mengikut jenis produk dan kadar semasa. Kadar Cashback adalah berbeza mengikut produk bayaran.
  2. Terima Bonus Kongsi Link sebanyak RM0.02 sen. Setiap pengguna akan menerima satu pautan unik. Dengan hanya berkongsi pautan ini, pengguna akan dibayar RM0.02 untuk setiap paparan. Bonus Kongsi Link akan dibayar bila anda share link anda dan ada org klik = 0.02sen
  3. Terima Bonus Referral untuk setiap pendaftaran baru yang berjaya di bawah pautan kongsi anda. Jumlah bonus diterima pengguna adalah berbeza mengikut harga pakej daftar pelanggan. Bonus dibayar secara Real Time selepas pendaftaran berjaya.
  4. Terima Bonus Loyalti sebagai tanda penghargaan kerana menggunakan platform SemuaPay setiap bulan. Pengguna mesti mempunyai rangkaian kumpulan dan menggunakan minimum RM100 setiap bulan untuk layak menerima Bonus Loyalti.
  5. Terima Bonus KPI berdasarkan jumlah bonus yang telah diterima oleh pengguna pada bulan sebelumnya. Tiada had minimum pakej, semua pakej layak menerima KPI Bonus. Hanya 10 akaun KPI tertinggi sahaja akan menerima bonus ini.

Bagi yang berminat boleh sertai Pakej Pengguna yang serendah RM10 sahaja. Tapi kalau serius nak menjana pendapatan pasif aku cadangkan ambil Pakej Komuniti (RM50). Pakej Komuniti layak terima Bonus sehingga 3 Level manakala Pakej Pengguna boleh terima bonus hanya terima 1 Level sahaja.

Buat permulaan boleh gunakan aplikasi ini untuk bayar bil-bil utiliti setiap bulan serta untuk topup line Telco korang. Kenalkan pada kawan-kawan akan layak terima Bonus Referral. Jika korang berminat, boleh daftar terus dengan klik sahaja pautan di bawah.

http://azlanbahar.com/semuapay

Peperiksaan Online Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Pihak SPA telah mengumumkan tarikh peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 akan diadakan pada 27 Julai 2021 dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah terpilih untuk menghadiri peperiksaan ini. Sebelum itu, jom kita kenali dahulu apakah tugas, tangga gaji dan syarat lantikan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Tugas, Tangga Gaji dan Syarat Lantikan

Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

JADUAL GAJI

Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00) atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40) atau


iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,464.80)

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah. Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.

Format Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

SEKSYEN A: DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen A adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah. Terdapat juga soalan yang berbentuk Matematik yang merangkumi silibus SPM. Selain itu, soalan-soalan juga adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data.

Secara umumnya, ia terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu ;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (IQ Test)

Masa yang diberi untuk bahagian A ini ialah 25 minit dengan jumlah soalan sebanyak 20.

Contoh soalan

Penyelesaian

Cuba lihat pada huruf dalam setiap negeri tersebut. Setiap satu ‘E’ akan dapat 1 gol

Contohnya:

NEGERI SEMBILAN : 3 E
= 3 gol

SABAH : Tiada E
= tiada gol

Jadi keputusan antara JOHOR melawan MELAKA adalah
= B) JOHOR 0 MELAKA 1

SEKSYEN B: KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen B terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ;

A. Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
B. Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

ESEI

Bagi pecahan pengertian dan kefahaman esei Bahasa Inggeris, anda dibekalkan dengan sebuah petikan atau text dalam Bahasa Inggeris termasuk diberikan pilihan jawapan. Biasanya, bilangan soalan yang akan ditanya antara 5 atau 10 soalan bagi menguji kefahaman anda.

GRAMMAR

Dalam tatabahasa Bahasa Inggeris anda akan diuji dengan beberapa penggunaan iaitu ;

  • Noun
  • Pronoun
  • Adjective
  • Verb
  • Adverb
  • Conjunction
  • Interjection
  • Preposition
  • 20 minit
  • 20 soalan

Contoh soalan

Choose the best answer.

The horse and carriage _ an old form of transport.

A) is
B) are
C) was
D) were

Jawapan : is

Penjelasan : The horse and carriage tu sebenarnya dikira singular sebab ianya adalah Kereta kuda. Ayat ni pula adalah general sentence, biasa guna simple present bukan ‘past tense’.

Contoh soalan

Harga seunit saham jatuh sebanyak 40 sen setiap hari untuk tiga hari berturut-turut. Jika harga seunit saham itu sekarang ialah RM3.60, cari harga awal seunit saham itu.

A) RM3.60
B) RM4.00
C) RM4.80
D) RM5.60

Jawapan : C. RM4.80

Harga seunit saham – RM4.80

Di atas adalah beberapa bentuk soalan yang mungkin akan keluar di dalam exam online nanti. Untuk mendapatkan info terkini berkaitan tips dan rujukan pantas untuk menghadapi peperiksaan online Pembangunan Masyarakat , sila sertai Group Telegram kami. Klik di sini https://t.me/joinchat/RSRZEB_9VeS7qcbj