Category Archives: hadiah

Menang hadiah giveaway daripada Sally Samsaiman

Hadiah giveaway dari sally samsaiman

Aku nak share sikit pasal hadiah yang aku dapat daripada menyertai Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6). Rasanya ini hadiah pertama yang aku dapat untuk bulan ni (ataupun tahun ni?) dalam sekian banyak giveaway@contest yang aku join.

Hadiah yang aku terima adalah sebuah key-chain yang didatangkan khas dari negara Australia. Aku target nak menang fridge magnet tapi tak dapat 🙂

Untuk makluman, Sally banyak juga mengadakan giveaway cuma kadang-kadang aku jer yang tak sempat nak join.

Apa-apapun terima kasihlah kepada blogger Sally Samsaiman yang gigih mengadakan giveaway sempena lawatan beliau ke luar negara baru-baru ini.

Printcious

Menang hadiah daripada peraduan di blog harithiskandar.blogspot.com

Hadiah saguhati

Hadiah saguhati

Beberapa hari lepas,aku terima hadiah daripada blog harithiskandar sebab terpilih jadi pemenang hadiah saguhati untuk Peraduan ke 2: Kerana Kewangian Mu Begitu Berharga.

Hadiah saguhati tu rupa2nya sehelai Tshirt “Pray for Gaza” yang berlengan panjang. Oleh kerana ia jenis lengan panjang,aku hadiahkan pada orang rumah. Bila pakai Tshirt tu, memang padan dengan saiz badan dia. Memang rezeki orang rumah aku 🙂

Terima kasih kepada pihak penganjur atas hadiah ini. Untuk keputusan penuh pemenang yang lain boleh lawati link ini –> Pemenang Peraduan Ke2 : Kerana Kewangian Mu Begitu Berharga