10 Strategi Hebat Untuk Temuduga

Strategi pertama : Buat kajian mengenai Jabatan.

Ini adalah strategi asas dan wajib anda lakukan. Anda perlu ambil tahu mengenai jabatan. Lawat laman web mereka dan ambil tahu apa yang jabatan itu lakukan, perkembangan semasa, apa harapan mereka dan siapa pemimpin mereka. Panel temuduga pasti akan kagum apabila andamempunyai pengetahuan yang luas mengenai jabatan mereka.

Strategi kedua : Pakar resume anda sendiri.

Sebagai calon temuduga, anda perlu pakar dan tahu mengenai apa yang anda tulis di resume anda. Boleh jadi, panel temuduga akan menyoal anda berdasarkan apa yang anda sertakan
di dalam resume. Jika anda silap jawab, anda pasti akan dihukum.

Strategi ketiga : Pastikan setiap perkara ada backup.

Setiap perkara yang anda rancang, anda fikirkan rancangan backup atau rancangan kedua. Contohnya anda print lebih resume supaya jika terjadi apa – apa pada resume pertama, ada set resume baru sebagai pengganti.

Strategi keempat : Ambil tahu skop kerja yang anda mohon.

Anda fahami sebenar – benarnya skop kerja yang anda mohon itu. Apabila anda faham dan tahu anda akan bekerja sebagai apa, barulah anda boleh menjawab soalan temuduga dengan baik nanti.

Strategi kelima : Bentukkan hubungan yang mesra dengan panel temuduga.

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam bilik temuduga, anda melangkah dengan penuh yakin, mulut terukir senyuman dan jika berpeluang untuk salam, anda salam mereka.. Apabila mereka senang dengan gaya mesra anda , pasti soalan – soalan yang dilontarkan juga agak mudah.

Strategi keenam : Pandangan mata yang positif.

Fikir positif dan lakukan “ eye contact” atau hubungan mata dengan panel temuduga. Pandang mereka dengan muka yang santai dan mesra. Apabila anda melihat mereka tepat pada mata, anda menunjukkan diri anda yakin. Majikan suka mengambil pekerja yang ada keyakinan.

Strategi ketujuh : Bahasa badan yang menarik.

Gunakan bahasa badan yang sesuai ketika berbicara. Berdiri tegak dan yakin. Jangan tunjukkan bahasa badan yang anda seorang pemalas, penakut dan tidak ada karisma. Duduk dan berdiri seolah – olah anda sentiasa ada stamina dan bersemangat. Namun, jangan terlalu keras. Tunjukkan bahasa badan yang lembut tetapi tegas.

Strategi Kelapan : Berikan contoh yang sesuai.

Apabila anda ingin bercerita atau menghuraikan sesuatu perkara, anda sertakan contoh sekali. Apabila anda memberi contoh, panel temuduga akan ingat contoh yang anda beri itu. Secara tidak langsung, nama dan wajah anda bermain di minda mereka.

Strategi kesembilan : Jadi diri sendiri.

Jangan hipokrit. Tenangkan diri dan jadi diri sendiri. anda tidak perlu meniru gaya percakapan orang lain atau cara orang lain menjawab soalan.anda cuma perlu jadi diri sendiri dan tunjukkan pada mereka diri anda yang sebenar. Jawab soalan mengikut cara anda.

Strategi kesepuluh : Ucapkan terima kasih.

Selepas selesai temuduga, anda ucapkan terima kasih pada panel temuduga.Untuk nampakkan diri anda lebih baik, anda hantar kad berbentuk poskad dengan ucapan terima kasih kerana memanggil anda untuk ditemuduga. Jika mahu beri kad atau apa sahaja nota, anda berikan selepas temuduga itu berlangsung kerana selalunya majikan sekarang tidak mengambil masa yang lama untuk menentukan bakal pekerja mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *