Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Pada setiap tahun, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 untuk memilih calon-calon yang berkelayakkan.

Dikatakan juga proses pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik adalah yang paling sukar jika dibandingkan dengan gred-gred lain.

Ini adalah kerana Pegawai Tadbir Diplomatik adalah jawatan yang paling berprestij di dalam Perkhidmatan awam. Mereka akan memegang tampuk pentadbiran di kementerian. Ketua Setiausaha Negara (KSN) adalah jawatan yang tertinggi di dalam perkhidmatan awam dan ianya datang dari laluan kerjaya PTD.

Aliran tapisan PTD terkini

Peperiksaan online adalah salah satu tapisan sebelum menjadi PTD. Berikut adalah flow tapisan PTD yang terkini :

  • Daftar di SPA8i
  • Exam PSEE M41
  • Ujian Fizikal (UKJK)
  • PTD Assessment Center
  • Temuduga
  • Kadet PTD
  • DPA
  • Lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik

Format peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Format peperiksaan adalah terbahagi kepada 3 SEKSYEN :

SEKSYEN A : Pengetahuan Am – 40 minit (50 soalan)

SEKSYEN B : Daya Menyelesaikan Masalah – 45 minit (40 soalan)

SEKSYEN C : Kefahaman Bahasa Inggeris – 30 minit (30 soalan)

Di dalam Seksyen A , Pengetahuan Am, akan ada 5 pecahan soalan di antara 50 soalan yang ditanya. Pecahan soalan tersebut adalah :

  1. Soalan Government Order – berkaitan dengan undang-undang, pentadbiran, kementerian.
  2. Pentadbiran Kerajaan – pengetahuan tentang Parlimen, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri.
  3. Soalan kesukanan – berkaitan bola sepak, sukan komanwel, piala Thomas dll
  4. Pengetahuan intensif – berkaitan bantuan kerajaan seperti BPR, BPN, BRIM
  5. Skop soalan YK-YDK (YOU KNOW or YOU DON’T KNOW)

Di dalam Seksyen B , Daya Menyelesaikan Masalah melibatkan beberapa topik di dalam matematik dan soalan penyelesaian masalah yang merangkumi silibus SPM. Di antara topik yang terlibat ialah graf, kuadratik, triginometrik, statistik dan bar chart. Calon juga dinasihatkan untuk menyediakan kalkulator bagi memudahkan menjawab soalan-soalan berkaitan matematik.

Di dalam Seksyen C , Kefahaman Bahasa Inggeris , calon akan diberi petikan dan soalan-soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan petikan tersebut. Ini akan menguji kefahaman calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Nota dan rujukan pantas Peperiksaan Online PTD 2021

Bagi membantu calon-calon menghadapi peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41, Tim Infokerjaya ada mengeluarkan rujukan pantas yang terdiri daripada nota-nota, soalan-soalan dan jawapan kepada semua soalan dari ketiga-tiga seksyen.

Saya ada membuat channel khas Telegram untuk Exam Online PTD. Di dalamnya saya berkongsi info terkini dan tips-tips berkaitan exam online PTD. Klik link di bawah untuk join ; https://t.me/infoExamPTD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *