Review GB Pockit Plus Compact Baby Stroller

Pada tahun ini. GB (Good Baby) telah mengeluarkan model Pockit terbaru yang dinamakan Pockit Plus. Memang tidak asing lagi model Pockit ini mendapat tempat di dunia kerana saiznya yang paling kecil di dunia berdasarkan Guiness World Records. Stroller ini apabila dilipat ianya kelihatan sangat kompak sehinggakan anda boleh masukkan baby stroller ini ke dalam bag travel anda juga.
Ukuran lipatan stroller ini bagi model 2017, ada sedikit peningkatan dan kini saiznya adalah 12.6″ x 7.9″ x 15″. Berat juga telah meningkat sebanyak 1.8lbs dan kini beratnya menjadi 10.8 lbs berbanding model lama 9lbs. Masih lagi di dalam kategori model yang sangat ringan dan kompak! Anda tidak akan menghadapi masalah dengan mana-mana syarikat penerbangan kerana ia adalah jauh dari saiz maksimum yang dihadkan oleh Syarikat Penerbangan di dalam dunia ini.
Model terbaru Pockit Plus ini boleh dipasangkan dengan Baby Carseat jenama Cybex (tapi perlu dibeli adaptornya dan dijual berasingan). Mereka juga telah menaiktaraf tempat duduk Pockit ini dari tidak boleh berbaring kepada boleh berbaring. Tapi ia masih tidak sesuai untuk Newborn kerana kerusinya tidak boleh dibaringkan. Seeloknya ia digunakan untuk bayi dari 6 bulan ke atas.
Sama seperti model asal, Pockit Plus mempunyai bakul simpanan yang agak baik, ada adjustable 5-point harness, tempat duduk yang selesa dan one-step brake. Saiz rodanya hanya 4.5″ dan sesuai ditolak pada permukaan yang rata sahaja. Jika anda ingin bersiar-siar ke taman atau di kaki lima sekitar bandar, anda mungkin berasa agak sedikit sukar kerana stroller ini tiada suspension pada rodanya.
Model ini memang amat sesuai untuk ibu bapa yang suka melancong dan menjalankan urusan ke luar negara kerana ia banyak digunakan ketika menaiki kapal terbang, pusat membeli-belah atau di tempat peranginan. Saya rasa Aldo Compatto dan Tavo Amber mempunyai persaingan yang lebih serius sekarang.
Saiz kanopi stroller ini amat kecil dan bagi saya ia perlu diperbaiki sebab ianya kelihatan hanya cukup syarat sahaja. Tetapi saiz bakulnya masih memadai dan jika boleh perlu ditingkatkan.
Model ini datang dalam enam warna tetapi di Malaysia saya rasa hanya ada dua warna sahaja. Iaitu hitam dan capri blue. Saya akan check semula dengan pembekal sah di Malaysia semula.

Harga jualan bagi sebiji stroller ini adalah RM1199. Saya rasa memang sesuai dengan harga ini jika dilihat dari segi teknologinya.

Ciri-ciri

Kanopi – Bagi saya kanopi stroller ini sangat kecil. Ianya dibuat sekadar cukup syarat sahaja. Mungkin ia direka sebegini disebabkan mereka ingin kekal ringan dan kekal kompak. Walaubagaimanapun saya cadangkan supaya pihak GB akan menaiktaraf rekabentuk kanopi ini kerana cuaca di Malaysia ini panas.
Bar Pemegang– Bagi saya bar pemegang Pockit ini memang menarik berbanding stroller lain. Diliputi dengan soft foam, ia memberi keselesaan ketika anda memegangnya. Tetapi apa yang kurang baik adalah ianya tidak boleh laras. Mempunyai ketinggian 39″ dari tanah dan ianya merupakan ketinggian purata untuk bar pemegang bukan laras.
Kerusi – Ruang kerusi yang sangat lapang dan anda boleh muatkan kanak-kanak yang bersaiz besar di atasnya. Kerusi ini mempunyai kelebaran 11.5″ dengan 21″ panjang dan 25″ tinggi. Kerusi ini boleh dilaraskan untuk dibaringkan, tetapi tidak sesuai bayi 6 bulan ke bawah kerana sudutnya tidak mencukupi.
Tali keselamatan – Terdapat 5 point harness yang boleh dilaras untuk model ini. 
Bakul – Ya, bakul simpanan pun salah satu kriteria penting jika anda ingin membeli stroller. Bagi Pockit, jika dibandingkan dengan stroller yang bersaiz besar yang lain, ianya kelihatan kecil tapi jika kita ambil kira saiz kompaknya, ianya tidaklah teruk. Bakul ini juga boleh menampung berat sehingga 11 lbs yang lebih berat dari berat stroller ini.

Hebat kan?

Brek Kaki – Terdapat brek kaki yang disediakan di roda belakang. Hanya tekan satu sahaja untuk kunci kedua-dua roda.
Roda Kecil – Roda yang bersaiz 4.5″ dengan roda dihadapan boleh dikunci lurus. Roda ini direka hanya untuk permukaan rata sahaja dan tidak sesuai untuk permukaan lain.
Stroller bayi yang paling kompak di dunia sehinggakan anda boleh masukkan ke dalam bag luggage anda juga. Yang terbaiknya ianya tiada masalah untuk dibawa naik kapal terbang. Sebarang syarikat kapal terbang pun tiada masalah.
Sama seperti model Pockit, model Plus adalah jauh dibawah saiz maksimum untuk dibawa naik kapal terbang. Saiz lipatan adalah 12.6″ x 7.9″ x 15″. Berat hanya 10.8 lbs, ia sangat mudah untuk digalas atas bahu apabila tidak diperlukan. 
Travel System – Part ini memang menarik. Kebanyakkan model kompak tidak boleh attach bersama car seat. Tapi Pockit Plus boleh attach bersama Cybex car seat akan tetapi perlu beli aksesori tambahan iaitu adaptor.

Kekurangan Pockit Plus

  • Saiz Kanopi yang kecil. Kalau boleh saya inginkan kanopi bersaiz besar yang boleh tanggal beserta
    dengan sunvisor. 
  • Tiada aksesori tambahan. Tidak seperti Aldo Compatto yang banyak disertakan aksesori. Pockit Plus tiada cup holders, bumper bar atau child trays.
  • Roda yang kecil. Direka khas untuk permukaan yang rata. 

GB Pockit Spesifikasi

  • Stroller weight: 10.8 lbs
  • Weight limit: 55 lbs
  • Folded dimensions: 12.6? x 7.9? x 15?
  • Handle bar height: 39?
  • Seat to canopy height: 25?
  • Wheels: 4.5?

GB Pockit Warranty

Jaminan selama 2 tahun diberikan oleh GB daripada tarikh belian kepada pemilik asal Pockit Plus ini.


Warna Yang Terdapat Di Dalam Malaysia

Di dalam Malaysia kini hanya terdapat 4 jenis warna sahaja iaitu Capri Blue, Posh Pink,
Monument Black dan Sea Port Blue

Di Mana Hendak Beli?

Model ini datang dalam enam warna tetapi di Malaysia hanya ada empat warna sahaja dan akan dijual pada harga RM 1199. Ia boleh didapati di website The Baby Store dengan harga RM1099  (percuma bag travel bernilai RM99).

Saya sangat rekemen anda beli di The Baby Store kerana servisnya terbaik dan yang penting mereka jual Pockit yang ORIGINAL. Hati-hati pada tiruan ya….
Atau anda boleh terus ke butik mereka di seksyen 22 Shah Alam. Di bawah adalah alamat penuh :-
The Baby Store,
No 15, Indah Alam Condominium Shoplot,
Jln Jubli Perak 22/1, Seksyen 22,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Hubungi : 0194006996 (Yati)
This entry was posted in Review and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *