Rumah Banglo 1 Tingkat Berkonsepkan Open Courtyard

Aku memang suka dengan design rumah banglo yang ada elemen semula jadi di dalam rumah. Lain dari yang lain. Lebih-lebih lagi yang ada ruang peribadi di tengah-tengah rumah. Bila ada ruangan privasi sendiri di dalam rumah, kita boleh berehat tanpa ada gangguan dari orang luar. Dalam banyak-banyak design, aku paling suka design pelan rumah banglo 1 tingkat dengan open court yard.

Rekaan rumah banglo 1 tingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.


Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.

Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.

Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping.

Disertakan juga rekaan ‘light shelf’ pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.

Dengan keluasan 5221 kakiĀ²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.

1 thought on “Rumah Banglo 1 Tingkat Berkonsepkan Open Courtyard

  1. rafae

    Terima kasih atas perkongsian, saya mmg mencari rujukan pelan untuk style courtyard ni, cuma tidak sebesar ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *