Semua dah sedia maklum yang tarif elektrik telah naik pada tahun ini. Jadi di bawah ni aku senaraikan panduan-panduan untuk jimat tenaga elektrik yang boleh kita amalkan di rumah.
Sekurang-kurangnya bil elektrik boleh dikurangkan & secara tak langsung ia boleh juga menjimatkan penggunaan tenaga.
Ok jom kita tengok satu-persatu. 🙂
1. Apabila membasuh menggunakan mesin basuh, sentiasa gunakan muatan penuh bagi mengurangkan jumlah basuhan.
2. Maksimumkan paras air cerek untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
3. Pastikan jarak peti sejuk adalah 10cm daripada dinding dan tempat yang panas seperti dapur memasak. Kedudukan peti sejuk yang betul membantunya berfungsi dengan lebih efisien.
4. Berjimat dengan menggunakan mentol jimat tenaga. Ini adalah kerana ia lebih tahan lama dan menjimatkan penggunaan elektrik.
5. Pastikan suis komputer ditutup untuk lebih penjimatan kerana komputer masih menggunakan elektrik jika berada dalam keadaan tunggu sedia. (standby)
6. Gunakan kipas berbanding dengan penghawa dingin.
7. Jika menggunakan penghawa dingin, pastikan ia dipilih bersesuaian dengan saiz bilik untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien.
8. Jimatkan tenega dengan menutup tingkap dan pintu ketika penyaman udara berfungsi kerana ia dapat membantu menyejukkan bilik dengan lebih cepat.
9. Pastikan besi pemanas pada cerek selalu dicuci supaya ia bebas dari keladak. Keladak yang melekat pada besi pemanas boleh melambatkan proses pemanasan dan jika ia selalu dibersihkan, cerek dapat berfungsi dengan lebih efisien.
10. Apabila membeli peralatan elektrik, pastikan ia berlabel 5 bintang kerana jika lebih banyak bintang maka lebihlah penjimatan yang kita perolehi daripada peralatan elektrik tersebut.
Jika inginkan lebih maklumat berkaitan dengan penjimatan elektrik, sila download ebook percuma RAHSIA TEKNOLOGI PENJIMAT ELEKTRIK di bawah :