Tag Archives: kerja dari rumah dengan ilancee

Contest iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja dari rumah

Sudah menjadi trend masakini bahawa hampir setiap orang mengimpikan untuk bekerja dari rumah. Konsep bekerja dari rumah yang tidak terikat dengan jadual waktu kerja, boleh meluangkan masa yang lebih bersama keluarga, bercuti bersama keluarga tanpa mengira masa dan waktu kerja yang fleksibel adalah impian bagi setiap orang.

Bagi membantu merealisasikan impian ini, iLancee telah tampil ke hadapan dengan menyediakan satu platform berupa laman jual beli produk dan perkhidmatan secara online. Jika anda mempunyai produk atau bakat dalam sesuatu bidang, anda boleh menawarkan produk atau perkhidmatan tesebut melalui iLancee. Konsep kerja dari rumah dengan iLancee ini adalah pilihan terbaik untuk memulakan langkah pertama dalam usaha untuk menjana pendapatan secara online.

Fungsi iLancee

Di iLancee, terdapat 2 fungsi utama iaitu Seller dan Buyer. Buyer adalah pelanggan yang berdaftar dengan iLancee dan boleh membeli semua servis yang ada di iLancee. iLancee menawarkan pengalaman mendapatkan sebarang produk atau servis yang ditawarkan oleh Seller secara online. Cara-cara untuk mendapatkan servis di iLancee juga tidak sesukar mana. Boleh rujuk langkah-langkah di bawah :

Langkah 1: Cari servis yang anda minat dan suka.
Langkah 2: Bayar guna FPX/Kad Kredit/Online Bankin.
Langkah 3: Lihat progrees kerja seller.
Langkah 4: Terima tempahan siap anda.
Langkah 5: Anda boleh meminta balik untuk betulkan yang mana silap.
Langkah 6: Berikan rating kepada kerja seller samaada baik atau tidak.

Bagi mereka yang telah mendaftarkan diri sebagai Seller, anda bolehlah mula membina servis di iLancee dengan menawarkan harga yang bersesuaian dengan servis anda. Langkah-langkah bagaimana untuk menjual adalah seperti di bawah :

Langkah 1: Bina servis baru yang anda ingin tawarkan.
Langkah 2: Kongsikan servis anda di laman sosial.
Langkah 3: Anda akan diberitahu jika ada seseorang tempah servis anda.
Langkah 4: Selepas anda siapkan kerja, iLancee akan lepaskan duit anda sebanyak 80%.
Langkah 5: Keluarkan melalui akaun bank anda.
Langkah 6: Enjoy duit anda.

Satu perkara yang perlu diketahui adalah setiap transaksi akan dikenakan caj 20% daripada harga servis oleh Seller. Contohnya jika harga servis adalah RM50, iLancee akan membayar kepada Seller sebanyak RM40 manakala RM10 akan menjadi milik iLancee. Caj ini bertujuan untuk menampung kos operasi pengendalian website dan caj pembayaran SenangPay.

Kelebihan iLancee

Setiap servis yang ditawarkan oleh Seller di iLancee mempunyai potensi untuk mendapat pelanggan kerana Buyer sendiri yang akan mencari servis yang mereka inginkan. Jika inginkan servis anda mendapat pendedahan yang lebih luas, bolehlah dibuat promosi melalui blog, media sosial dan lain2 lagi yang dianggap bersesuaian.

Cara Nak Daftar Akaun iLancee

1. Mula-mula pergi ke laman web iLancee.com.

2. Kemudian cari butang Daftar.

3. Masukkan email dan tekan butang Teruskan.

4. Selepas itu masukkan usernama & password untuk akaun iLancee. Dah selesai, tekan butang Daftar.

5. Akhir sekali, semak email daripada admin@ilancee.com dan klik link pengesahan.

Dengan hadirnya kembali laman web iLancee ini, boleh menambahkan lagi platform untuk mereka yang ingin bekerja dari rumah.

Kepada yang ingin mendaftar iLancee, boleh klik banner di bawah.

Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio, Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog, Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju Tracking, Infobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger, Hiburan Sabah, Top Seo Friendly, Sentiasa Panas