Tag Archives: komisen

Komisen kedua dari Shopback

Setelah lama menunggu, aku akhirnya request cash out komisen aku di Shopback bila jumlah komisen telah mencecah RM50.

Ikutkan dah boleh withdraw bila komisen dah mencapai RM10 tapi aku peram dulu biar banyak sikit. Lagipun komisen tak tentu, ia bergantung pada nilai barangan yang kita beli di platform ecommerce seperti di LAZADA, Shopee dan lain-lain.

Aku pulak sejak mula mengenali Shopee, jarang dah aku shopping di LAZADA. Faktor utamanya ialah Shopee selalu offer Free Shipping dan harga barang2 kat sana pun rasanya murah sikit dari LAZADA.

Kalau korang rajin shopping di LAZADA atau Shopee, baik daftar Shopback cepat2, sambil belanja sambil dapat cashback.

Ini komisen yang aku dapat, dikreditkan terus ke akaun bank.

Komisen Firesale 2017 Cikgu Hafis

Semasa Cikgu Hafis mengadakan jualan FIRESALE pada awal 2017, aku sempat meluangkan masa untuk mempromosi produk beliau di forum-forum dan di FB.

Alhamdulillah, sangkut dua sales daripada promosi aku yang seberapa ni. Kalau fokus betul-betul untuk buat duit dengan affiliate ni, memang akan hasil yang lumayan.

Cuma disebabkan kekangan masa dan kesibukkan tugas di pejabat, ini jer yang aku mampu buat setakat ni.
Banyak lagi yang perlu dipelajari untuk menguasai ilmu affliate ini dan aku masih di dalam proses “belajar”. Ilmu ni takkan habis untuk dipelajari sehinggalah kita menutup mata.

Belanja gambar sikit sebagai pembakar semangat untuk mendapatkan komisen dalam affiliate 🙂