Tag Archives: kursus pra perkahwinan

Pusat Kursus Kahwin di Datuk Keramat

Bagi bakal-bakal pengantin yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, kini terdapat satu pusat kursus kahwin yang terletak di Datuk Keramat. Kursus ini diadakan di dewan ceramah Masjid Al-Akram, Datuk Keramat.

Pusat kursus kahwin ini cuma terletak 500 meter sahaja dari Stesen LRT Datuk Keramat yang mana para peserta dengan mudah boleh sampai ke tempat kursus dengan menggunakan LRT. Ia juga tidak jauh dari UTC Keramat / Keramat Mall di mana terdapat perkhidmatan Jab Pendaftaran, JPJ, Imigresen dan Klinik 1 Malaysia di situ.

Di antara kemudahan yang terdapat di pusat kursus kahwin ini ialah ruang parking yang percuma dan luas, bilik kursus yang selesa dan ruang makan yang bersih untuk kemudahan peserta menjamu selera.

Untuk pengetahuan bakal peserta, kursus kahwin di Datuk Keramat ini diadakan pada setiap hari Sabtu & Ahad setiap minggu pada setiap bulan. Para peserta hanya perlu menghadirkan diri dan mendengar sahaja ceramah berkaitan kursus kahwin tanpa perlu menghadapi ujian kefahaman Agama Islam sewaktu menghdiri kursus.

Kursus ini hanya mengambil masa selama satu setengah hari sahaja dan sijil kursus boleh diperolehi seawal dua atau tiga hari selepas tamat kursus. Sijil yang bakal diperolehi oleh bakal peserta juga tidak mempunyai tarikh luput dan SAH digunakan untuk pendaftaran perkahwinan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus kahwin di Datuk Keramat ini bolehlah membuat tempahan melalui sms/whatsapp ke 0197617861 dengan menyatakan sekali maklumat-maklumat berikut :

– Nama penuh anda (dan pasangan/rakan anda)
– Tarikh kursus kahwin yang dipilih
– Nombor handphone untuk dihubungi

masjid