Tag Archives: menang hadiah giveaway

Menang Contest Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

senarai pemenang GA

Alhamdulillah…aku terpilih sebagai salah seorang pemenang dalam Giveaway Mamapipie yang lalu.

Aku tak menang Hadiah Utama, cuma menang hadiah saguhati iaitu hadiah pilihan Mamapipe jer.

Untuk pengetahuan korang, hadiah pemenang pilihan Mamapipie ialah wang tunai RM50. Rezeki aku bulan ni boleh menang Giveaway, selalunya dapat tengok orang jer yang menang hadiah hahaha

Hadiah RM50 pun dah selamat diterima melalui perbankan online. Boleh tengok kat bawah ni.

Kalau ada giveaway yang lain, kalau boleh join, join jer,kita support rakan-rakan blogger kita. Menang atau tak, belakang kira, yang penting support. Kalau menang kira bonus la.

Menang hadiah giveaway daripada Sally Samsaiman

Hadiah giveaway dari sally samsaiman

Aku nak share sikit pasal hadiah yang aku dapat daripada menyertai Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6). Rasanya ini hadiah pertama yang aku dapat untuk bulan ni (ataupun tahun ni?) dalam sekian banyak giveaway@contest yang aku join.

Hadiah yang aku terima adalah sebuah key-chain yang didatangkan khas dari negara Australia. Aku target nak menang fridge magnet tapi tak dapat 🙂

Untuk makluman, Sally banyak juga mengadakan giveaway cuma kadang-kadang aku jer yang tak sempat nak join.

Apa-apapun terima kasihlah kepada blogger Sally Samsaiman yang gigih mengadakan giveaway sempena lawatan beliau ke luar negara baru-baru ini.

Printcious