Tag Archives: pelikat pants

Dapat hadiah dari blog Masyghulonline

Alhamdulillah.

Tak sangka ada rezeki boleh menang hadiah saguhati dari blog masyghulonline. Sebelum ni aku ada join GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants. Itu pun aku dijemput melalui blog aku yang lain yang aku buat khas untuk promote panduan kerjaya.

Pertama sekali tengok syarat2nya, aku postponed dulu nak join sebab aku memang kureng sikit bab nak reka ayat-ayat kreatif ni. Tapi bila tengok ramai yang masuk contest ni dan diorang punya ayat pun tak semua yang buat ayat kreatif, aku fikir apa salahnya cuba untuk kali ini.

So, nak tau macam mana aku cari ayat? Pertama sekali, aku search dalam internet ni semua info yang berkaitan Pelikat Pants. Ye la aku pun bukannnya tau apa2 pun pasal benda ni.

Jadi bila dah jumpa info yang berkaitan, aku gabungkan semua info dan susun ayat supaya menjadi karangan yang ada maklumat dan menarik. Sudahnya sangkut hadiah saguhati. 🙂

Kalau ada lagi contest yang macam ni mungkin aku boleh join lagi untuk asah bakat. Terima kasih kepada blog Masyghul Online.

GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants

GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants

Aku pertama kali mengetahui pasal pelikat pants ni melalui Afdlin Shauki. Tu pun sebab dia ada cerita yang dia buat bisnes pasal pelikat pants ni di dalam TV.

Tapi sejak akhir-akhir ini pelikat pants ni mula popular pulak, lebih-lebih lagi bila ada peserta Bintang Mencari Bintang yang pakai semasa persembahan mereka.

Dalam masa yang sama, ada juga yang buat promosi dengan menganjurkan giveaway. Kali ini giveaway dianjurkan oleh masyghulonline.blogspot.com. Giveaway ini dianjurkan dari 17 Jun – 8 Julai 2014 dan terbuka kepada semua blogger, dengan syarat mesti follow blog penganjur. Hadiah yang ditawarkan ialah pelikat pants dan thumb drive 8GB.

Untuk menyertai giveaway ini, klik saja banner di atas.

Saya layak untuk memenangi hadiah utama kerana saya ingin merasai pengalaman hebat memakai pelikat pants. Saya suka dengan rekabentuk ekslusifnya yang memenuhi citarasa semua tidak kira tua atau muda. Ia mudah dibawa bersolat kerana potongan pelikat pants adalah melebihi pergelangan buku lali kaki dan amat memudahkan jika membonceng motorsikal disebabkan rekabentuknya yang longgar dan tidak ketat. Ia juga sesuai untuk muslimah kerana potongan rekabentuknya tidak menampakkan susuk tubuh yang ketat dan sesuai dipakai di mana-mana majlis secara santai.