Panduan menyemak bil TNB secara online

Aku nak share satu cara bagaimana nak semak bil TNB secara online. Biasa kalau kita nak tanya berapa bayaran bil, kita boleh telefon nombor pada bil bulanan tu.

Untuk makluman semua, semakan bil TNB juga boleh dibuat secara online dengan melayari link TNB eservice.

Pendaftaran pengguna perlu dibuat dan ia memerlukan maklumat pengguna seperti nombor kad pengenalan dan no akaun TNB. Setelah mendaftar login ID dan password, kita sudah boleh menyemak bil bulanan kita.

Antara maklumat yang boleh kita semak adalah bil bulanan, bayaran bil bulanan & bacaan meter(kWh). Semakan bil secara online amat penting bagi aku yang mempunyai rumah yang disewakan. Walaupun duduk berjauhan, aku dapat menyemak sama ada penyewa tu seorang yang culas membayar bil ataupun jenis yang membayar secara konsisten setiap bulan tanpa ada tunggakkan.

Pembayaran bil juga boleh dibuat secara online melalui perbankan internet. Jadi dengan kemudahan sistem TNB eservice, tak perlu lagi beratur panjang membayar bil di luar sana.

This entry was posted in Tips and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *