Author Archives: admin

Ibadat Korban dan Akikah dengan WeLoveQurban

Ibadat korban di Kemboja

Ibadah Korban dan Akikah

Ibadat korban adalah binatang ternakan yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala pada Hari Raya Haji dan tiga hari Tasyri’. Hukum ibadat korban adalah sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut oleh Islam.

Fadhilat melaksanakan ibadat korban

  • Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban
  • Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta’ala
  • Penebus dosa kecuali dosa besar
  • Penyembuh penyakit – rohani, fizikal, mental dan sosial
  • Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qanaah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong

Orang yang mampu melakukan ibadat korban adalah orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang korban daripada keperluannya dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya dan hari-hari Tasyri’.

Bagi memudahkan urusan umat Islam yang ingin melaksanakan ibadat korban, komuniti We Love Qurban telah menyediakan platfom bagi melaksanakan ibadat korban dan akikah yang selamat dan mudah serta memberi manfaat kepada keluarga di Malaysia dan juga di seluruh dunia amnya.

Komuniti We Love Qurban

We Love Qurban telah menyediakan pelbagai pakej perkhidmatan dan ia terdiri daripada pakej dalam negara dan pakej luar negara.

Di bawah ini disenaraikan perkhidmatan bagi Pakej Luar Negara :

  1. Qurban lembu – RM320 – 1 Bahagian
  2. Qurban lembu – RM2240 – Seekor lembu
  3. Qurban kambing – RM590 – Seekor kambing
  4. Qurban kambing Mekah – RM570 – Seekor kambing
  5. Aqiqah kambing – RM590 – Seekor kambing
  6. Aqiqah lembu – RM320 -1 Bahagian

Senarai perkhidmatan bagi Pakej Dalam Negara :

  1. Qurban lembu – RM800 – 1 Bahagian
  2. Qurban lembu – RM5600 – Seekor lembu

Bagi yang berhasrat untuk mengerjakan ibadat korban atau akikah, boleh klik link di bawah ini untuk maklumat lanjut. Tidak perlu keluar dari rumah, semua urusan akan dikendalikan oleh komuniti We Love Qurban untuk anda.

Bagi yang kurang berkemampuan, bolehlah pilih pakej korban luar negara kerana kadar harga yang ditawarkan oleh komuniti We Love Korban adalah sangat berpatutan.

Klik di sini ———–> http://azlanbahar.com/welovequrban

UPDATE : Tarikh tutup pendaftaran korban untuk tahun 2022 ialah sebelum 9 Julai 2022

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Pada setiap tahun, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 untuk memilih calon-calon yang berkelayakkan.

Dikatakan juga proses pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik adalah yang paling sukar jika dibandingkan dengan gred-gred lain.

Ini adalah kerana Pegawai Tadbir Diplomatik adalah jawatan yang paling berprestij di dalam Perkhidmatan awam. Mereka akan memegang tampuk pentadbiran di kementerian. Ketua Setiausaha Negara (KSN) adalah jawatan yang tertinggi di dalam perkhidmatan awam dan ianya datang dari laluan kerjaya PTD.

Aliran tapisan PTD terkini

Peperiksaan online adalah salah satu tapisan sebelum menjadi PTD. Berikut adalah flow tapisan PTD yang terkini :

  • Daftar di SPA8i
  • Exam PSEE M41
  • Ujian Fizikal (UKJK)
  • PTD Assessment Center
  • Temuduga
  • Kadet PTD
  • DPA
  • Lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik

Format peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Format peperiksaan adalah terbahagi kepada 3 SEKSYEN :

SEKSYEN A : Pengetahuan Am – 40 minit (50 soalan)

SEKSYEN B : Daya Menyelesaikan Masalah – 45 minit (40 soalan)

SEKSYEN C : Kefahaman Bahasa Inggeris – 30 minit (30 soalan)

Di dalam Seksyen A , Pengetahuan Am, akan ada 5 pecahan soalan di antara 50 soalan yang ditanya. Pecahan soalan tersebut adalah :

  1. Soalan Government Order – berkaitan dengan undang-undang, pentadbiran, kementerian.
  2. Pentadbiran Kerajaan – pengetahuan tentang Parlimen, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri.
  3. Soalan kesukanan – berkaitan bola sepak, sukan komanwel, piala Thomas dll
  4. Pengetahuan intensif – berkaitan bantuan kerajaan seperti BPR, BPN, BRIM
  5. Skop soalan YK-YDK (YOU KNOW or YOU DON’T KNOW)

Di dalam Seksyen B , Daya Menyelesaikan Masalah melibatkan beberapa topik di dalam matematik dan soalan penyelesaian masalah yang merangkumi silibus SPM. Di antara topik yang terlibat ialah graf, kuadratik, triginometrik, statistik dan bar chart. Calon juga dinasihatkan untuk menyediakan kalkulator bagi memudahkan menjawab soalan-soalan berkaitan matematik.

Di dalam Seksyen C , Kefahaman Bahasa Inggeris , calon akan diberi petikan dan soalan-soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan petikan tersebut. Ini akan menguji kefahaman calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Nota dan rujukan pantas Peperiksaan Online PTD 2021

Bagi membantu calon-calon menghadapi peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41, Tim Infokerjaya ada mengeluarkan rujukan pantas yang terdiri daripada nota-nota, soalan-soalan dan jawapan kepada semua soalan dari ketiga-tiga seksyen.

Saya ada membuat channel khas Telegram untuk Exam Online PTD. Di dalamnya saya berkongsi info terkini dan tips-tips berkaitan exam online PTD. Klik link di bawah untuk join ; https://t.me/infoExamPTD

Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

Rahsia Temuduga Kerja Kerajaan

Kerja Kerajaan Pilihan Utama

Sejak kebelakangan ini, jawatan di dalam perkhidmatan awam atau pun kerja kerajaan ini sering menjadi rebutan oleh pencari kerja di luar sana. Apakah sebabnya? Faktor utamanya ialah dari segi “jaminan kerjaya”. Berbanding dengan kerjaya di sektor awam, tahap jaminan kerjaya di sektor swasta tidak dapat diramal walaupun bergaji lumayan pada setiap bulan kerana ia bergantung kepada untung atau rugi sesebuah syarikat tersebut.

Sebelum seseorang dilantik menjadi kakitangan kerajaan, dia harus melalui beberapa tapisan dan penilaian bergantung kepada jawatan yang dipohon itu. Salah satu kaedah penilaian yang masih digunapakai oleh pihak kerajaan untuk memilih calon-calon yang sesuai adalah dengan melalui kaedah TEMUDUGA.

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Bagi membantu calon-calon di luar sana khususnya para graduan, Tim Infokerjaya ada menyediakan rujukan pantas untuk calon-calon menghadapi temuduga kerja kerajaan. Rujukan tersebut ialah RAHSIA PERSEDIAAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN.

Di dalam panduan ini, para calon temuduga akan dibantu melalui perkara-perkara berikut :

  • 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga.
  • Panduan memakai pakaian yang sesuai untuk temuduga.
  • Bagaimana melatih diri anda dengan hebat berkata-kata di depan panel penemuduga.
  • Bagaimana menguasai asas berbahasa Inggeris dalam masa yang singkat.
  • Teknik menjangka soalan-soalan yang akan ditanya oleh penemuduga.
  • Mengetahui 7 sebab mengapa anda tidak dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan.

Dengan adanya panduan ini, para calon dapat menjimatkan banyak masa tanpa perlu tercari-cari tips temuduga yang lain yang belum tentu sesuai dengan anda. Semua tips dan trik ada diterangkan di dalam satu panduan yang lengkap.

Tim Infokerjaya juga telah mengolah semua maklumat di dalam panduan ini supaya sesuai difahami oleh semua tidak kira anda lulusan sijil, diploma, ijazah atau master sekalipun.

Selain itu, ramai calon temuduga yang lalu telah berjaya di dalam temuduga melalui rujukan ini. Lihat testimoni oleh mereka yang telah berjaya mendapat jawatan di sektor kerajaan hasil daripada panduan ini ;

Bagi anda yang telah dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan, tahniah diucapkan. Pastikan anda telah membuat persediaan yang mantap. Tips penting temuduga kerja kerajaan :

  • Faham jawatan anda. Kenalpasti anda akan diletakkan di bawah kementerian/jabatan mana jika berjaya.
  • Buka web rasmi kementerian tersebut. Kenalpasti tugasan dan carta organisasi kementerian tersebut.
  • Rujuk arkib akbar online. Kenalpasti berita berkaitan kerajaan untuk 2 bulan terakhir.
  • Tingkatkan keyakinan diri dengan berlatih bercakap di hadapan cermin!

Untuk persediaan yang lebih rapi dan untuk mengetahui soalan-soalan lazim yang biasa di tanya dalam sesi temuduga kerajaan boleh gunakan rujukan ini. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.