Category Archives: Artikel

Wajib Tinggalkan Wasiat Harta Pusaka Di Dalam Islam

Setiap orang Islam yang mempunyai harta tidak kira banyak atau sedikit wajib membuat pengurusan harta sebagai perancangan untuk keluarga. Pengurusan harta yang baik dapat mengelakkan dari berlakunya konflik perebutan harta di antara waris yang tinggal dan menjamin keadilan untuk ahli keluarga yang berhak. Wasiat adalah salah satu cara pengurusan harta untuk orang Islam. Semoga perkongsian mengenai wasiat ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Kepentingan hibah harta pusaka dalam islam.

Sering kali kita dipaparkan dalam drama melayu yang memaparkan konflik keluarga melibatkan wasiat. Konflik terjadi akibat tidak merancang dan memikirkan apa yang berlaku pada masa akan datang termasuk membabitkan kematian sehingga mencetuskan konflik keluarga.

Paling teruk, berlakunya perpecahan dan perbalahan dalam keluarga. Ada kes isteri ditinggalkan sehelai sepinggang kerana harta suami jatuh kepada keluarga mertua apabila pembahagian harta secara faraid digunakan.

Kebanyakan konflik harta pusaka ini berpunca daripada perebutan dan kelemahan mengenal pasti siapa pewaris berpotensi untuk melakukan tuntutan.

Penulisan wasiat harta pusaka dapat mengurangkan konflik

Amat penting masyarakat sekarang menguasai aspek pengurusan harta pusaka kerana ia sangat kompleks untuk difahami secara teori dan praktikal. Walau bagaimanapun, ilmu pewarisan harta pusaka dalam Islam wajib difahami supaya setiap yang masih hidup tidak termakan harta yang batil.

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah merancang pembahagian aset kepada siapa yang ingin diberikan dan berapa banyak yang akan diagihkan.

Masyarakat perlu tahu membezakan pelbagai instrumen membabitkan harta pusaka, antaranya memahami bahawa hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa had.

Wasiat perlu digunakan untuk pembahagian harta pusaka kepada waris dan bukan waris serta terhad kepada satu pertiga daripada harta pusaka. Manakala faraid pula merupakan pembahagian harta pusaka khusus untuk waris sahaja.

Hibah sememangnya sangat penting lebih-lebih yang melibatkan mereka yang mempunyai pelbagai jenis harta pusaka seperti hartanah, rumah dan wang.

Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat merupakan satu proses yang sangat panjang dan memakan masa. Proses yang panjang ini boleh menjangkau sehingga 3 hingga 5 tahun dan sudah tentu ia menyebabkan kos yang tinggi.

Masih ramai orang Islam yang menganggap hibah adalah perkara yang tidak begitu penting. Masih ramai lagi orang Islam yang tidak membuat persiapan menulis hibah kerana beranggapan urusan harta diletakkan di bawah faraid sahaja. Sedangkan membuat wasiat adalah perkara yang amat digalakkan dalam Islam.

Orang ramai perlu ada kesedaran akan kepentingan pengurusan harta pusaka. Pemilik harta pula perlu memastikan harta yang ditinggalkan kelak tidak akan menyusahkan dan membebankan waris untuk menguruskannya.

Penulisan wasiat harta pusaka dalam Islam amat penting

Apakah itu wasiat?

Wasiat bermaksud pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat yang digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Islam selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid.

Waris yang ditetapkan dalam Islam adalah suami, isteri, ibubapa serta anak-anak yang sah dengan syarat beragama Islam berhak mewarisi harta si mati. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam pula adalah anak angkat, anak luah nikah, ibu bapa angkat dan lain-lain lagi.

Pesanan Imam Ghazali,

Setiap orang Islam hendaklah menulis wasiat setiap kali sebelum ingin tidur malam.

Manakala hadis daripada Abdullah Bin Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya.

Menurut Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid yang merupakan Pengurus Harta Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor, walaupun hukum berwasiat merupakan satu perbuatan sunat yang digalakkan, namun hukum berwasiat juga boleh berubah mengikut situasi berikut

Wajib berwasiat.

  • Wasiat menjadi wajib apabila seseorang mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan yang berbentuk ‘hak Allah’ seperti zakat, kafarah dan haji yang dibimbangi tidak dapat ditunaikan sekiranya tidak diwasiatkan kepada seseorang untuk melaksanakannya.
  • Begitu juga tanggungjawab berkaitan hak manusia seperti mempunyai harta yang diamanahkan kepadanya dan hutang yang belum diselesaikan.

Haram berwasiat.

Wasiat menjadi haram apabila seseorang mewasiatkan sesuatu perkara yang diharamkan oleh syarak atau bertujuan untuk memudaratkan waris.

Harus berwasiat.

  • Wasiat menjadi harus jika dibuat kepada orang kaya sama ada daripada kaum kerabat atau mana-mana pihak dengan tidak mempunyai tujuan tertentu.
  • Jika wasiat itu bertujuan untuk melakukan kebajikan dan menghubungkan tali silaturahim, maka ia menjadi sunat.

Makruh berwasiat.

  • Wasiat menjadi makruh jika pewasiat mempunyai harta yang sedikit namun pada masa yang sama mempunyai waris yang miskin yang sangat memerlukan harta.
  • Demikian juga adalah tidak wajar memberikan wasiat kepada orang fasik atau orang yang sering melakukan maksiat kerana dibimbangi pemberian wasiat itu akan meningkatkan lagi kecenderungannya untuk melakukan maksiat.

Penulisan wasiat adalah amat digalakkan kerana ia merupakan suatu tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan pewasiat terhadap pembahagian harta yang telah dikumpul semasa hidup.

Pewarisan harta yang dirancang melalui wasiat ini dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga tersayang selepas kematian.

Apakah perkara penting dalam menyediakan wasiat?

Terdapat dua perkara penting dalam menyediakan wasiat di mana orang yang menyediakan wasiat sebelum mati biasanya akan melakukan perkara berikut:

  1. Mengumpul semua dokumen yang diperlukan (berkaitan harta dan waris)
  2. Melantik pentadbir (wasi). Pentadbir yang dilantik ini boleh terdiri daripada waris, bukan waris, peguam atau institusi pengurusan harta pusaka seperti Amanah Raya Berhad dan Perbadanan Wakaf Negeri untuk Majlis Agama Islam Negeri.

Sekiranya ada wasi yang dilantik, pembahagian harta pusaka dapat dijalankan secara telus. Bagi kes harta kepada anak di bawah umur 18 tahun, pengurusan harta pusaka akan diserahkan kepada pemegang amanah sebelum dipindahkan kepada pewarisnya apabila cukup umur dan berupaya mentadbir hartanya sendiri.

Dengan adanya dua perkara ini, pengurusan tuntutan harta pusaka akan menjadi lebih mudah. Apabila kita melakukan wasiat dan melantik wasi, urusan peninggalan harta dapat diuruskan secara profesional oleh wasi yang dilantik.

Jadi, disini diingatkan betapa pentingnya wasiat disediakan semasa hidup supaya proses tuntutan harta pusaka yang panjang dan melibatkan kos yang tinggi ini dapat dielak. Malah, jelas sekali wasiat boleh membantu menjadikan proses tuntutan harta pusaka menjadi lebih mudah dan cepat.

Marilah kita berusaha untuk menguruskan pewarisan harta dengan baik selagi masih hidup ini dengan mempelajari cara atau proses menyediakan wasiat ini untuk kemudahan waris kita kelak.

Tapi perlulah diingat bahawa syaratnya ialah ia mestilah bukan kepada waris kita, dan juga tidak lebih 1/3 harta pusaka.

Sekiranya hendak dibuat buat wasiat kepada isteri dan anak, sah atau tidak ? jawapannya adalah tidak sah, kerana anak ialah waris kita

Jika buat wasiat kepada anak angkat. Boleh ke?

Jawapannya boleh. Cuma terhad kepada 1/3 sahaja. Kalau nak bagi semua harta kepada ahli waris atau anak angkat, maka instrumen hibah adalah yang paling sesuai.

Kelebihan dan Kebaikan Home Tuition berbanding belajar di sekolah

Pemilihan Home Tuition oleh ibu bapa pada masa kini menunjukkan bahawa Home Tuition mempunyai kelebihan dan kebaikan yang tersendiri berbanding belajar di sekolah.

Untuk pengetahuan semua, konsep Home Tuition adalah salah satu teknik pengajaran yang melibatkan seorang tutor atau pengajar dan seorang pelajar. Konsep Home Tuition ini telah lama diamalkan oleh ramai ibu bapa di luar sana yang mementingkan kecemerlangan anak mereka dalam bidang akademik.

Mengapa para ibu bapa memilih konsep Home Tuition?

Home Tuition menjadi pilihan kerana ia lebih fokus terhadap seorang pelajar di mana semasa sessi pengajaran sedang berlangsung, tutor hanya akan menumpukan perhatian kepada pelajar tersebut berbanding dengan sessi pengajaran semasa di sekolah, para guru tidak dapat memastikan setiap pelajar faham dengan subjek yang diajar di mana jumlah murid di dalam sesuatu kelas berjumlah lebih kurang 25-30 orang.

Sessi pembelajaran yang fleksibel juga menjadi faktor pemilihan Home Tuition di mana tutor akan memilih topik-topik yang kurang dikuasai oleh pelajar sebagai keutamaan dalam sessi pengajaran dan tidak terikat dengan mana-mana jadual atau silibus seperti mana yang dipraktikkan di sekolah.

Para ibu bapa juga dapat memastikan anak-anak mereka belajar mengikut kesesuaian masa yang telah dipersetujui di antara ibu-bapa dan tutor. Tidak ada istilah ketinggalan topik disebabkan cuti sakit, hal kecemasan dan lain-lain kerana semua ini boleh dijadualkan semula dan dengan itu pelajar dapat mempelajari semua bab tanpa gagal.

Faktor keselamatan juga memainkan peranan utama dalam pemilihan Home Tuition di mana pembelajaran dapat dijalankan di dalam kawasan rumah sendiri tanpa perlu risau tentang bahaya-bahaya di luar rumah seperti cedera semasa bermain pada waktu rehat, risiko diculik serta terlibat dengan kes buli. Apabila anak-anak dilihat belajar di depan mata, para ibu bapa seharusnya dapat menarik nafas lega kerana tidak perlu memikirkan tentang bahaya-bahaya di atas.

Selain itu, pemilihan tutor yang terbaik sebagai tenaga pengajar untuk anak-anak di rumah bakal mencerminkan keputusan peperiksaan anak-anak tersebut. Tutor yang bagus mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam menyampaikan topik-topik yang diajar dan selalunya pelajar akan mudah faham kerana teknik pengajaran yang digunakan adalah berbeza dengan teknik yang diamalkan di sekolah.

Pada masa kini terdapat banyak tempat yang menganjurkan Home Tuition dan salah satunya adalah Siffra Home Tuition. Ia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor dan kepada ibu-bapa yang tinggal berhampiran bolehlah menghubungi Siffra Home Tuition bagi mendapatkan perkhidmatan Home Tuition untuk anak-anak.

Di dalam keghairahan mengejar kecemerlangan akademik, para ibu bapa juga perlu memastikan bahawa anak-anak juga cemerlang dari segi akhlak, sahsiah dan kerohanian. Subjek-subjek berteraskan agama Islam perlu dititikberatkan bagi menjadikan pelajar itu terdidik dalam ruang lingkup Islamik dan menjadi bekalan ibu-bapa setelah kembali menemui Illahi.

contest seo home tuition

contest seo home tuition

Contest SIFFRA SEO HOME TUITION ini di sponsor oleh SIFFRA HOME TUITUION

Study: Fakta Menarik Berkenaan Online Game

Saya ada membaca report yang dihasilkan oleh spilgames sebanyak 17 mukasurat. Hasil dari kajian yang dijalankan oleh mereka, sekarang ini ada lebih kurang 1.2 billion orang bermain game di seluruh dunia dimana 700 juta merupakan mereka yang bermain secara online.

Kalau anda berminat untuk membaca report tersebut, tajuknya report tersebut ialah “2013 State of Online Gaming Report”.

gamefact

Data-data yang mereka kumpul adalah dari beberapa sumber antaranya ialah comScore dan eMarketer.

Antara fakta yang menarik ialah 17 peratus dari penduduk dunia bermain games.

Sejumlah 44 peratus dari populasi online adalah mereka yang bermain game.

Anda jangan ingat hanya lelaki sahaja yang bermain game, 46 peratus pemain game adalah wanita.

gamefact-2-300x168

Hasil kajian mereka juga menyedari “peningkatan ketara golongan wanita dan ibu didalam sektor online game”.

Di Turki, 73 peratus daripada wanita turkish yang berumur sekitar 35-44 tahun bermain game online.

Fakta Berkaitan Jenis Kategori Game.

Kalau kita lihat top kategori game mengikut kumpulan maka, Kumpulan wanita lebih menyukai game dalam kategori Puzzle, Quiz dan word games.

Manakala kumpulan kanak-kanak perempuan, mereka lebih menyukai kategori game seperti Cooking, dress-up dan pet caring games.

Kanak-kanak lelaki dan dewasa biasanya lebih menyukai kategori game seperti Racing, sports dan juga action games.

gamefact-3

Fakta: Peratusan tempat bermain game

Ini pula peratusan mereka yang bermain game melalui mobile mengikut tempat.

Sofa di ruang tamu – 69%
Didalam Kenderaan – 63%
Diatas Katil – 57%
Didepan TV – 41%
Didalam Tandas – 34%

Hampir kebanyakan orang menghabiskan masa lebih banyak dengan bermain online game berbanding menonton video di YouTube atau membaca news artikel.

Sebenarnya data-data ini sangat penting buat Advertiser dan anda sebagai publisher untuk hasilkan pendapaatan online melalui online game.

Ini satu lagi data penting yang wajib anda ketahui iaitu melalui permerhation terhadap 180 juta mereka yang aktif bermain game ini, secara purata mereka menghabiskan masa lebih kurang 30 – 40 minit (average session) bermain game dan ini merupakan jumlah dua kali ganda lebih berbanding mereka yang menonton video di youtube.

Tanggapan terhadap “gamer” ini sudah berubah sebenarnya kerana kalau dulu hanya mereka yang ada game arked atau game console sahaja yang bermain game tetapi sekarang dengan adanya smartphone, hampir semua orang bermain game.

Dianggarakan pada tahun 2015, USA mobile game audience akan mencapai jumlah 162.4 juta (lebih dari separuh penduduk US).

Tidakkah satu kerugian buat anda setelah anda mengetahui fakta ini dan langsung tidak mengambil peluang untuk hasilkan pendapatan dari online game ini?