Category Archives: Buat duit

Buat Duit Dengan Fiverr

fiverr

Jom buat duit dengan Fiverr? Fiverr?

Pelbagai soalan diajukan apabila menyatakan peluang menjana income di laman Fiverr. Untuk makluman, Fiverr adalah sebuah laman web yang menyediakan tempat untuk sesiapa sahaja menjual/menawarkan apa sahaja produk atau perkhidmatan dengan bayaran 5 US Dollar. Paling senang apa yang anda sanggup lakukan untuk 5 US Dollar. Apa sahaja, asalkan ianya berbaloi bagi anda. Tetapi harus diingatkan, bayaran 5 US Dollar. Tetap! Tak kira nilai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan itu melebihi berganda-ganda dari 5 US Dollar. Seperti yang dinyatakan sebelumnya : apa sahaja yang sanggup anda buat untuk 5 US Dollar.

Daftar akaun Fiverr secara percuma dan buat gigs untuk mengiklankan apa sahaja yang sanggup anda lakukan untuk 5 US Dollar. Tiada sebarang caj pendaftaran akaun dikenakan. Setiap akaun Fiverr boleh mempunyai 20 gigs. Ini bermakna, anda boleh menawarkan 20 servis/perkhidmatan untuk 1 akaun. Gigs yang anda buat mestilah mengikut terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengendali Fiverr agar akaun anda tidak disenaraihitamkan atau ditutup. Pengguna/pelawat laman Fiverr datang dari seluruh pelusuk dunia, samada untuk menawarkan apa sahaja dengan harga 5 US Dollar atau mencari sesuatu yang mereka inginkan dengan harga 5 US Dollar.

Terdapat gigs yang cukup berbaloi dengan harga 5 US Dollar. Malah ia sepatutnya lebih tinggi harganya berganda-ganda berbanding nilai yang ditawarkan di Fiverr iaitu pada harga 5 US Dollar. Pada masa sama terdapat juga gigs yang boleh dikategorikan sebagai ‘sampah’ atau tiada nilai. Jadi kita perlu berhati-hati, samada sebagai pihak penjual, mahupun pihak pembeli. Terdapat juga penjual yang menjual produk digital pihak bagi keuntungan singkat tanpa mempunyai lesen kelayakan untuk menjual produk tersebut. Hal ini boleh menyebabkan akaun penjual ditamatkan serta-merta mengikut pertimbangan pihak pengendali Fiverr.

Boleh dikatakan persaingan di Fiverr sangat banyak. Setiap gigs dipecahkan kepada beberapa bahagian. Untuk bersaing di laman Fiverr, anda perlu menampilkan idea yang kreatif dan unik. Walaupun laman Fiverr, dilihat lebih kepada satu bentuk ‘fun’/keseronokan, tetapi ada peluang untuk menjana pendapatan sampingan secara online. Seperti motto laman web Fiverr : Buy.Sell.Have Fun – apa yang sanggup anda buat untuk 5 US Dollar? Fikirkan idea untuk 5 US Dollar dan buat gigs untuk mula menjana US Dollar. Anda akan menemui banyak servis/perkhidmatan yang pelik, lain dari yang lain dan lucu yang berharga 5 US Dollar setiap order. Contohnya menulis mesej tertentu menggunakan spagetti, menjerit nama syarikat sambil menunggang basikal, menulis nama seseorang di anggota badan dan lain-lain lagi.

Cuba anda terokai apa yang ada di laman Fiverr. Ramai IM yang menjana pendapatan di laman Fiverr dengan menyediakan servis/perkhidmatan yang ringkas dan mudah. Ini adalah cara merebut peluang di laman Fiverr secara optimum dan efisien. Ketahui formula atau teknik untuk menghasilkan gigs yang mudah, ringkas, mendapat sambutan dan cepat disiapkan di laman web Teknik Fiverr!!

Mudahnya berniaga online

CD bisnes digital

CD bisnes digital

Aku pasti semua orang mempunyai impian untuk bebas kewangan. Bebas kewangan bukannya bermaksud langsung tak ada duit di tangan, bukan. Bebas kewangan bermaksud mempunyai kuasa beli yang tak terbatas. Itu yang aku faham. Simple jer. Lain orang orang lain fahamannya.

Salah satu cara untuk mencapai impian di atas adalah dengan cara menjalankan perniagaan. Timbul pula persoalan, nak berniaga secara offline atau online? Ok untuk topik kali ini aku akan fokus untuk menjalankan perniagaan secara online kerana ia boleh dikatakan sesuai untuk golongan “beginner”.

Apa kebaikkannya berniaga secara online ni? Kalau nak dikaji memang banyak kebaikkan yang boleh kita perolehi tapi aku nak senaraikan 3 point di bawah sahaja.

#1 – Boleh dilakukan di mana-mana saja.
Bisnes boleh dijalankan di mana-mana sahaja yang kita rasa selesa dengan syarat ada komputer dan talian internet. Kalau setakat ada komputer tapi tak ada line internet pun tak boleh jugak nak run bussiness. Berbanding dengan perniagaan secara offline, kena ada kedai, pekerja, peralatan dan sebagainya. Lokasi juga terhad kepada premis perniagaan yang berupa lot kedai.

#2 – Menjimatkan masa.
Pemasaran boleh dilakukan ke seluruh Malaysia hatta ke seluruh dunia dalam masa yang singkat dengan bantuan teknologi internet. Tak perlu lagi membuat promosi ke sana sini dengan cara konvensional.

#3 – Menjimatkan kos.
Dengan pemasaran internet, kos yang diperlukan cukup rendah berbanding dengan pemasaran cara biasa. Malah ada juga kaedah pemasaran yang hampir tidak memerlukan sebarang kos kecuali kos masa dan tenaga sahaja. Menarik bukan?

Dulu kalau nak belajar berniaga secara online susah jugak sebab tak banyak buku atau panduan yang boleh kita jadikan sandaran atau rujukan. Tapi sekarang dah ada macam-macam produk di luar sana yang boleh kita jadikan rujukan. Salah satunya ialah daripada Rahman Basri.

Beliau sekarang ni telah menyediakan panduan khas untuk anda berniaga online secara PERCUMA. Potensi pendapatan bisnes online adalah seperti di bawah.

Potensi income

Bagi yang nak belajar tips mudahnya berniaga online dan memperolehi RM100-RM300 sehari, bolehlah daftar nama dan email anda di SINI. Sessi pembelajaran dijalankan secara online sepenuhnya melalui email, tak perlu nak datang kelas, hadir seminar dan sebagainya. Hanya tunggu email dari Rahman Basri dan terus belajar & praktikkan.

Tawaran pembelajaran ini buat masa sekarang adalah percuma tapi aku tak pasti selama mana tawaran ini akan dibuka kepada umum. Mana tau bila dah cukup korum beliau akan kenakan caj pulak. Sementara beliau nak beri ilmu ini secara percuma, baik kita rebut peluang yang jarang-jarang muncul ini dengan segera. Mana tau esok lusa laman web ini dah tak boleh diakses. Siapa yang rugi?

P/S :

Cek pertama daripada Global Test Market

P8191590

Baru-baru ni aku ada terima bayaran cek pertama daripada Global Test Market, program survey percuma yang aku join. Cara nak tebus bayaran ialah dengan mengumpul point sehingga 1000 yang bersamaan dengan USD50.

Program survey ni ialah Global Test Market. Tak payahlah tanya berapa lama baru aku dapat kumpul 1000 point, nasihat aku, jawab jer survey yang diorang hantar dengan sabar. Lama-lama akan cecah jugak 1000 point tu.

Jadi, aku telah berjaya membuktikan yang program ni memang boleh buat duit. Ada yang berminat nak join? Boleh klik kat link di atas. 🙂