Category Archives: kerjaya

10 Strategi Hebat Untuk Temuduga

Strategi pertama : Buat kajian mengenai Jabatan.

Ini adalah strategi asas dan wajib anda lakukan. Anda perlu ambil tahu mengenai jabatan. Lawat laman web mereka dan ambil tahu apa yang jabatan itu lakukan, perkembangan semasa, apa harapan mereka dan siapa pemimpin mereka. Panel temuduga pasti akan kagum apabila andamempunyai pengetahuan yang luas mengenai jabatan mereka.

Strategi kedua : Pakar resume anda sendiri.

Sebagai calon temuduga, anda perlu pakar dan tahu mengenai apa yang anda tulis di resume anda. Boleh jadi, panel temuduga akan menyoal anda berdasarkan apa yang anda sertakan
di dalam resume. Jika anda silap jawab, anda pasti akan dihukum.

Strategi ketiga : Pastikan setiap perkara ada backup.

Setiap perkara yang anda rancang, anda fikirkan rancangan backup atau rancangan kedua. Contohnya anda print lebih resume supaya jika terjadi apa – apa pada resume pertama, ada set resume baru sebagai pengganti.

Strategi keempat : Ambil tahu skop kerja yang anda mohon.

Anda fahami sebenar – benarnya skop kerja yang anda mohon itu. Apabila anda faham dan tahu anda akan bekerja sebagai apa, barulah anda boleh menjawab soalan temuduga dengan baik nanti.

Strategi kelima : Bentukkan hubungan yang mesra dengan panel temuduga.

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam bilik temuduga, anda melangkah dengan penuh yakin, mulut terukir senyuman dan jika berpeluang untuk salam, anda salam mereka.. Apabila mereka senang dengan gaya mesra anda , pasti soalan – soalan yang dilontarkan juga agak mudah.

Strategi keenam : Pandangan mata yang positif.

Fikir positif dan lakukan “ eye contact” atau hubungan mata dengan panel temuduga. Pandang mereka dengan muka yang santai dan mesra. Apabila anda melihat mereka tepat pada mata, anda menunjukkan diri anda yakin. Majikan suka mengambil pekerja yang ada keyakinan.

Strategi ketujuh : Bahasa badan yang menarik.

Gunakan bahasa badan yang sesuai ketika berbicara. Berdiri tegak dan yakin. Jangan tunjukkan bahasa badan yang anda seorang pemalas, penakut dan tidak ada karisma. Duduk dan berdiri seolah – olah anda sentiasa ada stamina dan bersemangat. Namun, jangan terlalu keras. Tunjukkan bahasa badan yang lembut tetapi tegas.

Strategi Kelapan : Berikan contoh yang sesuai.

Apabila anda ingin bercerita atau menghuraikan sesuatu perkara, anda sertakan contoh sekali. Apabila anda memberi contoh, panel temuduga akan ingat contoh yang anda beri itu. Secara tidak langsung, nama dan wajah anda bermain di minda mereka.

Strategi kesembilan : Jadi diri sendiri.

Jangan hipokrit. Tenangkan diri dan jadi diri sendiri. anda tidak perlu meniru gaya percakapan orang lain atau cara orang lain menjawab soalan.anda cuma perlu jadi diri sendiri dan tunjukkan pada mereka diri anda yang sebenar. Jawab soalan mengikut cara anda.

Strategi kesepuluh : Ucapkan terima kasih.

Selepas selesai temuduga, anda ucapkan terima kasih pada panel temuduga.Untuk nampakkan diri anda lebih baik, anda hantar kad berbentuk poskad dengan ucapan terima kasih kerana memanggil anda untuk ditemuduga. Jika mahu beri kad atau apa sahaja nota, anda berikan selepas temuduga itu berlangsung kerana selalunya majikan sekarang tidak mengambil masa yang lama untuk menentukan bakal pekerja mereka.

5 Tips Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

pegawaitadbirdandiplomatik

pegawaitadbirdandiplomatik

Kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah antara jawatan yang paling diminati oleh ramai graduan kerana ia menawarkan gaji dan peluang kenaikan pangkat yang lebih baik berbanding jawatan pegawai tadbir yang lain.

Skop kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik juga sangat meluas di dalam kerajaan dan boleh bertugas sama ada di dalam atau di luar negara.

1. Bidang Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

  1. Pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi.
  2. Pengurusan kewangan
  3. Pengurusan ekonomi
  4. Pengurusan keselamatan dan pertahanan
  5. Pengurusan hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri
  6. Pengurusan pentadbiran dan pembangunan wilayah/perbandaran/tanah/daerah
  7. Pengurusan sosial dan infrastruktur
  8. Pengurusan sains dan teknologi maklumat

2. Kelayakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Mempunyai kelayakan akademik iaitu ijazah sarjana muda kepujian, sarjana dan doktor falsafah (Phd). Mendapat kepujian Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3. Latihan 

Terdapat 4 tahap latihan yang perlu diikuti oleh pegawai PTD yang baru iaitu :

  • Tahap 1 (Kursus PTD Unggul)
  • Tahap 2 (Penempatan di Kementerian/Jabatan)
  • Tahap 3 (Kursus Diploma Pengurusan Awam)
  • Tahap 4 (PTD Training Roadmap)

4. Ciri Yang Diperlukan

  • Bercita-cita tinggi dan berdedikasi
  • Dinamik
  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan
  • Berminat dalam bidang pentadbiran dan pengurusan
  • Sanggup bekerja di luar negara
  • Menguasai Bahasa Melayu dan Inggeris
  • Mahir berkomunikasi

5. Lulus Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Setiap calon PTD perlu lulus peperiksaan sebelum diterima ke dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik. Peperiksaan ini juga menyebabkan ramai calon yang terkandas dan boleh dianggap sebagai saringan awal untuk memasuki kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Jika anda adalah salah seorang calon peperiksaan online PTD, anda seharusnya membuat persediaan yang mencukupi untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Sertai kami di dalam group Telegram bagi mendapatkan panduan, tips, preview copy dan perkongsian berkenaan dengan peperiksaan PTD. Klik link di bawah :

http://azlanbahar.com/telegramptd

P/S: Pastikan anda mempunyai aplikasi Telegram sebelum menyertai group di atas.

Preview Copy Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Salam sejahtera.

SPA akan mengadakan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 pada 5 Disember 2016. Jika anda pernah memohon jawatan ini, anda boleh menyemak sama ada nama anda terpilih untuk menjalani peperiksaan tersebut melalui link di bawah :

http://e-semakanbcc.spa.gov.my/

Jika nama anda terpilih, TAHNIAH diucapkan dan mulai hari ini anda bolehlah membuat persiapan untuk menghadapi Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir.

Jadual Exam Online N29

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN ONLINE

Bagi memudahkan anda membuat persediaan, pihak IKR telah menyediakan satu panduan khas bagi membantu calon-calon menghadapi peperiksaan online. Panduan ini mengandungi tips-tips dan bentuk soalan-soalan yang bakal dikeluarkan dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29.

Preview Copy Exam Online N29

Untuk mendapatkan Preview Copy, anda cuma perlu mengisi nama dan alamat email yang aktif di dalam borang di bawah. Selepas itu, anda akan memperolehi link melalui email yang anda daftarkan dan Preview Copy tersebut boleh dimuat turun terus dari email anda.

First Name:
Email address: