Peperiksaan Online Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Pihak SPA telah mengumumkan tarikh peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 akan diadakan pada 27 Julai 2021 dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah terpilih untuk menghadiri peperiksaan ini. Sebelum itu, jom kita kenali dahulu apakah tugas, tangga gaji dan syarat lantikan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Tugas, Tangga Gaji dan Syarat Lantikan

Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

JADUAL GAJI

Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00) atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40) atau


iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,464.80)

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah. Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.

Format Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

SEKSYEN A: DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen A adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah. Terdapat juga soalan yang berbentuk Matematik yang merangkumi silibus SPM. Selain itu, soalan-soalan juga adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data.

Secara umumnya, ia terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu ;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (IQ Test)

Masa yang diberi untuk bahagian A ini ialah 25 minit dengan jumlah soalan sebanyak 20.

Contoh soalan

Penyelesaian

Cuba lihat pada huruf dalam setiap negeri tersebut. Setiap satu ‘E’ akan dapat 1 gol

Contohnya:

NEGERI SEMBILAN : 3 E
= 3 gol

SABAH : Tiada E
= tiada gol

Jadi keputusan antara JOHOR melawan MELAKA adalah
= B) JOHOR 0 MELAKA 1

SEKSYEN B: KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen B terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ;

A. Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
B. Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

ESEI

Bagi pecahan pengertian dan kefahaman esei Bahasa Inggeris, anda dibekalkan dengan sebuah petikan atau text dalam Bahasa Inggeris termasuk diberikan pilihan jawapan. Biasanya, bilangan soalan yang akan ditanya antara 5 atau 10 soalan bagi menguji kefahaman anda.

GRAMMAR

Dalam tatabahasa Bahasa Inggeris anda akan diuji dengan beberapa penggunaan iaitu ;

  • Noun
  • Pronoun
  • Adjective
  • Verb
  • Adverb
  • Conjunction
  • Interjection
  • Preposition
  • 20 minit
  • 20 soalan

Contoh soalan

Choose the best answer.

The horse and carriage _ an old form of transport.

A) is
B) are
C) was
D) were

Jawapan : is

Penjelasan : The horse and carriage tu sebenarnya dikira singular sebab ianya adalah Kereta kuda. Ayat ni pula adalah general sentence, biasa guna simple present bukan ‘past tense’.

Contoh soalan

Harga seunit saham jatuh sebanyak 40 sen setiap hari untuk tiga hari berturut-turut. Jika harga seunit saham itu sekarang ialah RM3.60, cari harga awal seunit saham itu.

A) RM3.60
B) RM4.00
C) RM4.80
D) RM5.60

Jawapan : C. RM4.80

Harga seunit saham – RM4.80

Di atas adalah beberapa bentuk soalan yang mungkin akan keluar di dalam exam online nanti. Untuk mendapatkan info terkini berkaitan tips dan rujukan pantas untuk menghadapi peperiksaan online Pembangunan Masyarakat , sila sertai Group Telegram kami. Klik di sini https://t.me/joinchat/RSRZEB_9VeS7qcbj

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *