Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Exam Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Tahniah kepada calon-calon yang terpilih untuk menghadapi Peperiksaan Pegawai khidmat Pelanggan Gred N19 pada 7 Ogos 2020.

Semestinya perasaan gembira pasti ada kerana diberi peluang untuk menghadapi salah satu tapisan untuk memasuki Perkhidmatan Awam.

Persoalan yang pasti berlegar-legar di fikiran setiap calon peperiksaan ialah apa yang perlu dibaca untuk lulus dalam peperiksaan ini?

Sebelum itu, mari kita kenali dulu tugas-tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 ini.

Menurut deskripsi tugas sebagaimana yang disiarkan di laman website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 adalah seperti berikut :

  1. Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon.
  2. Melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra.
  3. Memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.
  4. Membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai.
  5. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

Bagaimana pula dengan syarat lantikan? Calon-calon yang ingin memohon jawatan ini mestilah warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Calon juga mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Selain itu, calon juga mestilah memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji minimum untuk jawatan ini ialah RM1352 manakala gaji maksimum pula ialah RM4003 dengan kenaikan gaji tahunan sebanyak RM100.

Kekosongan jawatan ini adalah untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenanjung).

Berbalik semula kepada persoalan tentang apa yang perlu dibaca untuk peperiksaan ini, satu rujukan pantas dari Tim Infokerjaya iaitu Extra Seksyen (Pengetahuan Am) amat sesuai untuk dibuat rujukan khusus.

Panduan ini mengandungi nota-nota Daya Menyelesaikan Masalah yang meliputi Formula Ringkas, Nota Matematik, Contoh Soalan dan Jawapan.

Preview copy Extra Seksyen (Pengetahuan Am) boleh dimuat turun melalui link berikut;

http://azlanbahar.com/previewextraseksyen

Jika anda perlukan rujukan lengkap Extra Seksyen (Pengetahuan Am), boleh klik pautan di bawah;

EXTRA SEKSYEN (PENGETAHUAN AM)

EXTRA SEKSYEN (PENGETAHUAN AM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *