Bulan Ogos ini akan berlangsung Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19. Jawatan ini adalah untuk mengisi kekosongan di pelbagai kementerian atau jabatan di negeri Sarawak.
Tarikh peperiksaan adalah pada 7 Ogos 2020 pada jam 10.00 pagi – 11.00 pagi.
Jika anda adalah calon yang dipanggil untuk peperiksaan ini, TAHNIAH diucapkan.
Di sini saya akan kongsikan sedikit maklumat berkaitan perjawatan skim pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19.
Untuk makluman, Kumpulan Perkhidmatan skim ini adalah Pelaksana manakala di bawah Klasifikasi Perkhidmatan pula ia adalah Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan.
Syarat bagi lantikan pula ialah calon mestilah warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, mempunyai Sijil Peperiksaan Malaysia dengan kepujian gred C dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Keutamaan akan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer atau mengambil trengkas.
Fungsi bidang tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) ini terbahagi kepada dua iaitu aspek Perkeranian dan aspek Operasi.
Bidang tugas bagi aspek Perkeranian adalah :
- Pentadbiran pejabat
- Pengurusan personnel
- Pengurusetiaan
- Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan
- Pengurusan rekod
- Pengurusan kewangan
- Pengurusan fail
Bidang tugas bagi aspek Operasi pula adalah :
- Pengurusan keselamatan dan dan ketenteraman
- Pengurusan kebersihan
- Pengurusan utiliti
- Pengurusan tanah dan kemudahan awam
- Perkhidmatan kaunter dan pemprosesan
- Pengurusan data dan maklumat
- Protokol dan istiadat
- Penguatkuasaan
- Pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi dan pemprosesan maklumat (reporting)
- Pengurusan aktiviti setempat
Dari segi gaji pula, gaji minimum bagi jawatan ini ialah RM1352.00 dan gaji maksimum ialah RM4003.00. Kadar kenaikan gaji tahunan bagi jawatan ini ialah sebanyak RM100.
Bagi membantu calon-calon yang bakal menghadapi peperiksaan pada 7 Ogos ini, saya mencadangkan supaya membaca rujukan pantas yang disediakan oleh TIM INFOKERJAYA.
Rujukan pantas ini telah banyak membantu calon-calon peperiksaan sebelum ini. Di bawah ini adalah testimoni mereka yang BERJAYA sebelum ini.
Jika berminat untuk mendapatkan Rujukan Pantas dari Tim Infokerjaya, sila klik pautan di bawah;
PEMBANTU TADBIR GRED N19