Buat duit dengan survey dari Getvase

vaserewards

Post kali ini aku nak kongsi satu laman web survey yang beri ganjaran dalam bentuk tunai. Laman web tu ialah Getvase atau VaseRewards.

Nak join senang jer. Mula-mula pergi ke link VaseRewards. Lepas tu klik Sign up.

Setiap survey yang berjaya dilengkapkan akan menerima ganjaran tunai. Contoh satu survey yang lengkap boleh dapat 100 poin bersamaan dengan 0.10 sen.

Minimum untuk penebusan hanyalah 0.11 sen sahaja. Kalau nak kumpul banyak-banyak pun boleh jugak.

Langkah-langkah nak tebus ganjaran senang jer. Masuk ke dalam akaun, klik pada butang REDEEM. Lepas tu dia akan minta kita isikan nama, ic dan nombor akaun bank.

Kalau nak banyak hasil, kena rajin semak email. Bila dapat jer email jemputan, jangan tangguh,terus jawab. Kalau lambat takut kuota survey dah penuh.

Di bawah ni aku nak share hasil yang aku dapat untuk survey ni. Taklah banyak sangat tapi bolehlah daripada tak dapat apa-apa.

komisen vaserewards

Kalau korang nak cuba boleh klik link di bawah. Website dia memang simple giler. Tak macam website survey yang lain. Tapi apa yang penting, website survey ni terbukti bukan SCAM sebab dia bayar apa yang kita claim.

—-> VASEREWARDS

Posted in survey | Tagged , , , | Leave a comment

Rumah Banglo 1 Tingkat Berkonsepkan Open Courtyard

Aku memang suka dengan design rumah banglo yang ada elemen semula jadi di dalam rumah. Lain dari yang lain. Lebih-lebih lagi yang ada ruang peribadi di tengah-tengah rumah. Bila ada ruangan privasi sendiri di dalam rumah, kita boleh berehat tanpa ada gangguan dari orang luar. Dalam banyak-banyak design, aku paling suka design pelan rumah banglo 1 tingkat dengan open court yard.

Rekaan rumah banglo 1 tingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.


Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.

Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.

Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping.

Disertakan juga rekaan ‘light shelf’ pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.

Dengan keluasan 5221 kakiĀ²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.

Posted in Review | Tagged , , , | Leave a comment

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.

Giveaway Wang Tunai Mamapipie

Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends

Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk “Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends“. Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan 
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang

Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.
Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..

  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020

Hadiah Wang Tunai RM1000 – Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50



Korang boleh copy code html di bawah dan paste as html dalam blog post korang. Good luck semua!!

https://ris-famili.blogspot.com/

https://www.hasrulhassan.com/

http://ahmadfaizal.com/

Posted in Contest | Tagged , , | 10 Comments