Sesekali datang ke Cameron Highland, nak jugak pergi ke tempat yang best. Salah satunya ialah Hotel Smurf Inn Cameron Highland. Di samping rekabentuk dan hiasan yang berasaskan kartun The Smurf, lokasinya yang strategik turut menjadi pilihan nombor satu untuk datang bercuti ke sini.
Hotel Smurf Inn Cameron Highland
Yang bercuti dengan anak kecik, apa kata korang bawa mereka menginap di Smurf Inn Cameron Highlands. Mesti mereka akan rasa teruja.
Dari namanya je mesti korang dah boleh tau yang homestay ini diilhamkan dari movie popular “The Smurf“. Tengok lah rekaan-rekaan kemudahan yang ada dekat sini. Rasa macam dekat perkampungan Smurf pulak. Siap ada Merry-Go-Round lagi.
Tengoklah hiasan dalam Smurf Inn ni. Nampak vintaj dan klasik sangat sebab ianya diilhamkan daripada seni bina zaman Victoria tau.
Bilik-bilik di sini pula terdiri daripada bilik jenis single, deluxe dan suite pada harga yang berpatutan termasuk sarapan percuma dan dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, TV skrin rata, wifi percuma dan peti sejuk mini.
Selain dari mesra kanak-kanak. Smurf Inn juga menjadi pilihan tetamu kerana lokasinya yang berhampiran dengan ladang strawberi Kasimanis, Strawberry Park Resort dan Cameron Highlands Resorts.
Lokasi Smurf Inn Cameron Highland :
No 8 , Smurf Inn, Jalan Pekeliling Padang golf, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.
Harga : RM84 – RM1000++
Wow .. nampak best. Dulu dok tgk je pembinaan .. pernah sampai tapi masa tu tak leh masuk lagi dalam ni sbb blum siap.