Tag Archives: buat duit dengan survey

Buat duit dengan survey YouGov

Kali ni aku nak share salah satu program survey online yang aku join. Program survey ni ialah YouGov. Aku baru jer join program ni dan setakat ni belum pernah lagi redeem sebarang reward atau hadiah daripada program ni.

Program survey YouGov ni percuma jer nak join. Nak join boleh boleh klik sini -> YouGov 

Selepas dah join, isi semua maklumat yang diperlukan dan letak email yang kita nak survey tu dihantar kepada kita. Pastikan email yang diberi adalah email yang aktif kerana link pengesahan akan dihantar untuk mengaktifkan akaun YouGov.

Dalam seminggu, kemungkinan korang akan terima 2-3 tawaran survey daripada YouGov. Setiap survey mempunyai nilai poin yang berbeza, bergantung kepada jumlah soalan yang diberi dan panjang survey tersebut. Biasanya kalau survey tu panjang, maka poin yang bakal kita dapat pun tinggi.

Minimum poin yang boleh ditebus ialah sebanyak 5000. Apa hadiah atau reward yang boleh ditebus? Seperti mana tajuk post ini, salah satu hadiah yang boleh ditebus adalah dalam bentuk tunai dan dibayar melalui PayPal. Kalau tiada akaun PayPal, bolehlah daftar sekarang tapi kalau tak nak pun tak apa. Nilai tunai yang ditawarkan adalah SG$25.

Selain reward tunai, kita juga boleh menebus dengan voucher Zalora dan kredit top up untuk pengguna mobile prepaid. Malangnya tak semua top up telco yang ditawarkan. Top up Telco yang ditawarkan ialah :

  • DiGi Malaysia
  • Maxis Malaysia
  • TuneTalk Malaysia
  • UMobile Malaysia

Kalau kita adalah pelanggan telco selain daripada yang di atas, tak bolehlah nak tebus. Aku pengguna OneXox jadi memang tak dapatlah nak tebus. Aku cuma fokus nak tebus dengan PayPal sahaja. Sekarang poin terkumpul baru 4425.

Selain itu, jika korang adalah pemegang akaun Air Asia Big Loyalty, boleh juga menebus dengan poin YouGov ni. 5000 poin adalah bersamaan dengan 2500 Air Asia Big Points.

Program survey YouGov ini juga ada menawarkan program referral iaitu jika kita perkenalkan kepada kawan-kawan dan diorang buat 6 survey yang diberi, 200 akan diberi kepada kita !

Kalau berminat nak daftar program survey, klik jer sini –> YouGov

Cek pertama daripada Global Test Market

P8191590

Baru-baru ni aku ada terima bayaran cek pertama daripada Global Test Market, program survey percuma yang aku join. Cara nak tebus bayaran ialah dengan mengumpul point sehingga 1000 yang bersamaan dengan USD50.

Program survey ni ialah Global Test Market. Tak payahlah tanya berapa lama baru aku dapat kumpul 1000 point, nasihat aku, jawab jer survey yang diorang hantar dengan sabar. Lama-lama akan cecah jugak 1000 point tu.

Jadi, aku telah berjaya membuktikan yang program ni memang boleh buat duit. Ada yang berminat nak join? Boleh klik kat link di atas. 🙂