Tag Archives: irish giant

Bercuti ke London Bersama Emirates Airlines Flight

Berapa ramai kat sini tak pernah jejak kaki kat London lagi? Mesti ramai kan, ye la sebab kos tinggi kalau nak bercuti sana. So tujuan aku buat artikel ni aku nak save kan kos flight korang at least. Ekonomi sekarang ni tak menentu and of course kalau kita nak pergi bercuti kita kena kurangkan kos sebaik mungkin.

Emirates airline crew

Tak kisahlah kalau korang nak naik kereta atau nak naik flight. And pada zaman teknologi kini segala-gala benda senang dari nak buat online transaction kepada online booking. So kali ni aku nak sembang sikit pasal salah satu airline yang ada kat dunia ni. And aku akan cerita sikit macam mana nak cari cheap Emirates Airlines flight kat korang semua and sikit info pasal Emirates Airlines supaya korang kenal sikit siapa diorang ni.

cabin emirates airline


So nak dapatkan harga tiket murah, pertama sekali korang kena pergi ke web Traveloka atau appsnya. Korang boleh pergi kat link https://www.traveloka.com/en-my/emirates terus sebab kat sini korang boleh search flight yang ada contohnya kalau korang nak ke London, atau nak cari flights to london promo, first sekali korang pilih tarikh yang korang nak plan, and suggestion aku korang pilih tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu korang akan dapat harga yang best.

salah satu cabin emirates airline

Pastu korang click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so korang kena search tarikh lain lak. Dia keluar jugak result dari airline lain so korang boleh bandingkan harga, senang je kat satu tempat.

suasana di dalam cabin emirates airline

Siapa sebenarnya Emirates Airlines ni kan? Diorang ni famous sebenarnya sebab diorang dari Emirates group and ada sponsor a few club bolasepak gergasi dunia. Diorang asal dari Dubai, UAE and salah satu leading airlines yang ada inflight entertainment yang terbaik.

Dia ada 3 jenis class seating iaitu Economy, Business dan first class. Ikut korang la nak yang mana sebab kesemuanya sangat selesa. Rasa macam di awan, eh ye la kalau terbang memang kat awan kan. Hahaha.

Rooftop Film Club London


Apa yang korang boleh buat kat London nanti rasa-rasanya? Terfikir-fikir aktiviti unik yang best untuk dibuat semasa berada di kota London? Apa kata kalau korang sekeluarga pergi menonton filem di atas bumbung bangunan yang berlatar belakangkan view pencakar-pencakar langit di sekitar London? Rooftop Film Club ditubuhkan untuk memberikan pengalaman luar biasa di mana wayang bersatu dengan view dan udara segara di luar. Siapa kata nak tengok wayang mesti duduk dalam tempat tertutup? Bukan itu sahaja, kerusi yang disediakan juga sangat comfy dengan sesetengah tempat lengkap dengan headphone berkualiti tinggi untuk korang mendengar dialog tanpa sebarang gangguan bunyi. Pernah jumpa aktiviti macam ni di Malaysia? Takde kan?

Hunterian Art Gallery


The Hunterian Museum adalah sebuah muzium yang terletak di tengah-tengah bandaraya London di Royal College of Surgeons of England. Di dalam muzium ini tedapat beribu-ribu koleksi spesimen anatomi! Memang banyak memandangkan muzium ini sudah lama wujud iaitu sejak tahun 1799 lagi.

Rangka Charles Byrne “Irish Giant”

Salah satu spesimen yang paling best dipamerkan adalah rangka Charles Byrne yang juga digelar sebagai “Irish Giant” kerana merupakan manusia tertinggi di dunia pada suatu ketika dahulu dengan ketinggian 7 kaki 7 inci. Diingatkan, muzium ini bukanlah untuk korang yang cepat geli melihat benda-benda sebegini. Nak tahu korang geli atau tak, salah satu pameran yang ada di sini adalah kaki mumia. Berani tengok?

Antara bahan anatomi Hunterian museum

Hyde Park boleh dikatakan sebagai salah satu taman yang paling terkenal di London dan juga yang paling luas. Kenapa ianya terkenal? Taman ini sering dijadikan pilihan untuk demonstrasi dan protes besar-besaran di London dan ini termasuklah pergerakan wanita untuk mendapat hak mengundi (Suffragettes) pada tahun 1908.

Hyde Park

Taman yang berkeluasan 142 hektar ini dipenuhi dengan lebih daripada 4,000 pokok, sebuah tasik yang besar, taman-taman bunga dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain. Terasa ingin melakukan aktiviti riadah semasa di London bersama keluarga? Korang boleh datang ke Hyde Park untuk berenang, bermain tenis, atau membawa anak-anak bermain di taman permainannya yang cukup best. Sounds awesome kan and actually banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat. So have fun guys.