Tag Archives: lgtc

Kelab Lancer GT

Lancer GT Club

LGTC

Pada post kali ini,aku nak share info berkaitan dengan LGTC atau nama penuhnya Lancer GT Club. Kelab ini secara umumnya adalah kelab untuk pemilik jentera Mitsubishi Lancer GT. Daripada info yang aku dapat,kelab ini diasaskan pada 2007 dengan satu forum iaitu Forum Lancerzone. Daripada forum, LGTC didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan pada 2012.

Objektif utama kelab adalah untuk merapatkan lagi jurang komunikasi di antara pemilik-pemilik jentera Lancer GT dan menjadi pusat sumber utama untuk jentera Lancer generasi ke 9.

Selain itu, ia juga menjadi platform bagi menggalakkan industri sukan permotoran yang sihat serta mendedahkan kepada ahli-ahli akan tanggungjawab sosial. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah sessi teh tarik (TT), aktiviti berbuka puasa, jalan-jalan cari makan, family day dan Annual Gathering Meeting (AGM).

Di bawah LGTC terdapat beberapa kumpulan kecil yang bernaung di bawah negeri masing-masing di seluruh Malaysia seperti Northern Clan (Perlis, Kedah & Pulau Pinang), Langkawi Chapter, Silverstate (Perak), Seremban Crew aka SCREW (Negeri Sembilan), Melaka Crew, Johor Crew, East Coast Shark (Kelantan), Easterngangz (Terengganu), East Coast Underground (Pahang), Borneo Tribe (Sarawak & Sabah) & Labuanzone.

Northern Clan

Bagi Lembah Klang pula bernaung di bawah Central Brigade. Central Brigade sendiri dibahagikan kepada The Syndicates (Lembah Klang Barat), Central Squad (Lembah Klang Tengah & Utara), KLGT Banzai (Timur Lembah Klang) & Southern Klang Valley Associates aka SKVA (Lembah Klang Selatan).

SKVA

Aku pulak under Easterngangz sebab aku kerja di Terengganu walaupun kampung di Melaka. Setiap kumpulan kecil ini diwakili oleh RC (Regional Committee) dan dibantu oleh Elite. Segala info atau update berkaitan aktiviti kelab akan disampaikan kepada RC melalui group whatsapp.

Bagi aku sendiri, antara faedah yang aku dapat dengan join kelab ni ialah aku dapat info berkaitan dengan penyelenggaraan kenderaan. Di dalam group ini ada ramai otai dan pakar rujuk berkaitan Lancer GT. Dulu aku hantar kereta ke service centre Mitsubishi tapi sekarang aku hantar ke bengkel luar jer selepas tamat tempoh waranti. Barang-barang spare part aku cari sendiri di Lazada, Shopee atau dalam group FB jer. Minyak hitam aku beli sendiri, pun cari secara online jer beli melalui Shopback atau Lazada. Boleh dapat cashback. Sedikit sebanyak taulah sikit2 pasal kereta sendiri. Dulu serah bulat2 pada service centre.

Jadi kepada pemilik-pemilik jentera Mitsubishi Lancer GT di luar sana yang nak join kelab LGTC, boleh contact aku (0197617861).