Tag Archives: voucher

Kumpul point dan tebus hadiah dengan WhoHAA

Aku nak share satu laman web yang menawarkan point jika kita menjawab soalan atau melihat video promosi daripada pengiklan yang mengambil bahagian dalam laman WhoHAA.

WhoHAA adalah laman web yang menawarkan pengiklan memaparkan mesej yang ingin mereka sampaikan dan memastikan pelawat memahami mesej mereka. Caranya ialah dengan memberikan soalan2 yang berkaitan dengan kempen mereka dan bagi setiap jawapan yang betul, point akan diberikan sebagai insentif.

Cara-cara untuk mendapatkan point adalah dengan melihat iklan yang ada, jawab soalan2 yang diberikan dan jika ada tugasan yang perlu untuk melihat video, klik sahaja link yang disediakan.

Setiap jawapan yang betul akan diberikan point. Begitu juga dengan view daripada video promosi. Setiap point yang telah dikumpul boleh ditebus dengan hadiah2 yang ditawarkan oleh WhoHAA.

Di antara hadiah-hadiah yang ada ialah topup kredit Digi, Hotlink, U Mobile, XPax, YES, voucher KFC, voucer TESCO dan AEON Jusco.

Jadi, kalau nak dapatkan maklumat lanjut tentang program ni atau nak join, boleh melawat ke sini —> WhoHAA