Tutorial Memohon Notifikasi Beroperasi daripada MITI

Post kali ini aku nak kongsi macam mana nak mohon surat Notifikasi Beroperasi daripada MITI. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di kebanyakkan negeri di Malaysia ni, semua peniaga, pengilang dan pemilik syarikat sama ada kecil atau besar kelam-kabut memohon Notifikasi Beroperasi tetapi malangnya sebahagian besar daripada mereka tak tahu pun cara-cara yang betul untuk memohon. Semuanya hanya daftar separuh jalan jer, lepas tu tak tahu kat mana nak cetak surat Notifikasi Beroperasi tu.

Jadi, hari ini aku akan cuba tunjukkan langkah-demi langkah bagaimana nak daftar dan cetak borang Notifikasi Beroperasi dengan betul.

Langkah Pertama, pergi ke halaman web https://notification.miti.gov.my/login.

CIMS 3.0

Langkah Kedua, klik Daftar dan isikan semua maklumat berkaitan tempat kerja atau syarikat, email dan kata laluan. Pastikan baca dulu Senarai SOP Terkini (dalam bulatan).

Langkah Ketiga, selesai pendaftaran, dalam halaman yang seterusnya, akan terpapar macam yang di bawah ni. Klik Borang Notifikasi.

Langkah Keempat, klik Notifikasi Beroperasi.

Langkah Kelima, klik Daftar Notifikasi Baru.

Langkah Keenam, isikan semua maklumat yang diperlukan terutamanya ruangan yang bertanda bintang merah *. Ruangan yang tidak berkenaan boleh diabaikan.

Langkah Ketujuh, bila dah selesai isi semua maklumat yang diperlukan, di bahagian bawah sekali, klik Muat Turun Template (dalam bulatan) dan isikan senarai nama pekerja, warganegara dan ic dalam template tu tanpa mengubah design template tersebut. Dah siap, tekan Choose File (dalam bulatan) untuk muat naik template tadi ke dalam website MITI.

Langkah Kelapan, bila dah berjaya muat naik senarai penuh pekerja, klik Simpan & Terus (dalam bulatan)

Langkah Kesembilan, untuk melihat status pendaftaran, klik semula Notifikasi Beroperasi, ia akan paparkan status syarikat yang memohon Notifikasi Beroperasi. Untuk muat turun surat Notifikasi Beroperasi, tekan Papar (dalam bulatan).

Langkah Kesepuluh, lepas tekan butang Papar tu, ia akan bawa ke halaman seperti di bawah. Di dalam halaman ini, ada butang Cetak Surat, klik untuk lihat surat Notifikasi. Jika berpuas hati, boleh download dan terus Print.

Langkah Kesebelas, sekiranya tiada sebarang masalah, anda boleh cetak dan bolehlah bawa surat ini sebagai dokumen sokongan jika terpaksa melakukan perjalanan rentas daerah atau rentas negeri yang ada sekatan jalan raya oleh pihak polis. Di bawah ini ialah contoh surat notifikasi beroperasi yang dikeluarkan oleh MITI secara auto generate.


Bagi membantu pemahaman anda, aku sertakan sekali video penerangan dari MITI, berkenaan dengan cara-cara untuk mendaftar notifikasi beroperasi. Klik link di bawah ;

CARA MEMOHON KEBENARAN BEROPERASI

Jika ada masalah atau tersangkut dalam cubaan untuk mendaftar untuk mendapatkan Notifikasi Beroperasi, boleh hubungi MITI Hotline di bawah.

Info -info lain sebagai rujukan :

SOALAN LAZIM MITI 22 OKTOBER 2020

SOP PEMBUKAAN SEMULA EKONOMI (LATEST)

FAQ PKP MITI BIL 4

KENYATAAN MEDIA MITI JANUARI 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *