Belajar Buat Sabun Dari Minyak Masak

Kelas PJJ Sabun

Sabun buatan sendiri

Trend sekarang ni kebanyakkan orang lebih mengutamakan sabun buatan sendiri ataupun “natural home made soap”.

Kenapa sabun home made ini menjadi pilihan orang ramai?

  1. Kita tahu bahan-bahan apa yang kita gunakan, boleh guna bahan-bahan natural seperti tomato, kunyit, limau, sireh, kopi dan lain-lain.
  2. Lebih jimat dari harga pasaran.
  3. Boleh buat macam-macam bentuk sabun yang comel-comel.
  4. Dari minyak biasa boleh jadi sabun. Minyak terpakai pun boleh juga guna.
  5. Sesuai untuk kulit sensitif, sesuai untuk keluarga tak kira umur.
  6. Sabun semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya.

Aku berkesempatan join Kelas PJJ Sabun dan dapat belajar cara-cara buat sabun basuh pinggan menggunakan minyak masak yang terpakai. Mujur ada simpan minyak terpakai. Biasa kalau dah banyak, memang akan buang jer la.

Cubaan pertama telah berjaya dibuat dengan jayanya hasil daripada langkah-langkah yang diterangkan melalui Facebook Group.

Bila dah buat, rupa-rupanya senang jer nak buat. Cuma kena sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sabun. Gambar di bawah ialah hasil sabun basuh pinggan yang dah sedia untuk digunakan.

Dua bekas besar tu aku guna bekas Axion saiz besar untuk sukatan 400g minyak. Manakala yang bawah tu aku guna bekas Axion saiz sederhana untuk sukatan 200g minyak.

Jimat dah duit belanja nak beli sabun basuh pinggan. Untuk sabun yang guna Axion saiz besar tu, dapat bertahan selama 2 bulan lebih. Kira tahan lama jugak la berbanding penggunaan Axion biasa tu.

Kalau berminat nak join kelas PJJ Sabun ni, boleh jer.

Info kalau nak belajar buat sabun basuh pinggan sahaja, klik di bawah; http://azlanbahar.com/kelasonlinesabunbasuhpinggan

Info kalau nak belajar lebih banyak lagi jenis sabun, semak link di bawah ; http://azlanbahar.com/kelassabuncoldprocess

Mohon wasap di sini jika berminat nak join kelas ; http://www.wasap.my/+60198161239/KelasSabun

Untuk kelas sabun cold process, ada PROMOSI Diskaun yang sedang berlangsung. Aku tak tahu sampai bila promosi akan berakhir tapi serius memang jimat berbanding harga kelas yang asal.

Di bawah ni adalah testimoni peserta-peserta yang dah join kelas PJJ Sabun.

Semoga berjaya membuat sabun sendiri. Jom layan video PJJ Sabun;

PJJ HOME MADE SABUN

Tutorial Memohon Notifikasi Beroperasi daripada MITI

Post kali ini aku nak kongsi macam mana nak mohon surat Notifikasi Beroperasi daripada MITI. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di kebanyakkan negeri di Malaysia ni, semua peniaga, pengilang dan pemilik syarikat sama ada kecil atau besar kelam-kabut memohon Notifikasi Beroperasi tetapi malangnya sebahagian besar daripada mereka tak tahu pun cara-cara yang betul untuk memohon. Semuanya hanya daftar separuh jalan jer, lepas tu tak tahu kat mana nak cetak surat Notifikasi Beroperasi tu.

Jadi, hari ini aku akan cuba tunjukkan langkah-demi langkah bagaimana nak daftar dan cetak borang Notifikasi Beroperasi dengan betul.

Langkah Pertama, pergi ke halaman web https://notification.miti.gov.my/login.

CIMS 3.0

Langkah Kedua, klik Daftar dan isikan semua maklumat berkaitan tempat kerja atau syarikat, email dan kata laluan. Pastikan baca dulu Senarai SOP Terkini (dalam bulatan).

Langkah Ketiga, selesai pendaftaran, dalam halaman yang seterusnya, akan terpapar macam yang di bawah ni. Klik Borang Notifikasi.

Langkah Keempat, klik Notifikasi Beroperasi.

Langkah Kelima, klik Daftar Notifikasi Baru.

Langkah Keenam, isikan semua maklumat yang diperlukan terutamanya ruangan yang bertanda bintang merah *. Ruangan yang tidak berkenaan boleh diabaikan.

Langkah Ketujuh, bila dah selesai isi semua maklumat yang diperlukan, di bahagian bawah sekali, klik Muat Turun Template (dalam bulatan) dan isikan senarai nama pekerja, warganegara dan ic dalam template tu tanpa mengubah design template tersebut. Dah siap, tekan Choose File (dalam bulatan) untuk muat naik template tadi ke dalam website MITI.

Langkah Kelapan, bila dah berjaya muat naik senarai penuh pekerja, klik Simpan & Terus (dalam bulatan)

Langkah Kesembilan, untuk melihat status pendaftaran, klik semula Notifikasi Beroperasi, ia akan paparkan status syarikat yang memohon Notifikasi Beroperasi. Untuk muat turun surat Notifikasi Beroperasi, tekan Papar (dalam bulatan).

Langkah Kesepuluh, lepas tekan butang Papar tu, ia akan bawa ke halaman seperti di bawah. Di dalam halaman ini, ada butang Cetak Surat, klik untuk lihat surat Notifikasi. Jika berpuas hati, boleh download dan terus Print.

Langkah Kesebelas, sekiranya tiada sebarang masalah, anda boleh cetak dan bolehlah bawa surat ini sebagai dokumen sokongan jika terpaksa melakukan perjalanan rentas daerah atau rentas negeri yang ada sekatan jalan raya oleh pihak polis. Di bawah ini ialah contoh surat notifikasi beroperasi yang dikeluarkan oleh MITI secara auto generate.


Bagi membantu pemahaman anda, aku sertakan sekali video penerangan dari MITI, berkenaan dengan cara-cara untuk mendaftar notifikasi beroperasi. Klik link di bawah ;

CARA MEMOHON KEBENARAN BEROPERASI

Jika ada masalah atau tersangkut dalam cubaan untuk mendaftar untuk mendapatkan Notifikasi Beroperasi, boleh hubungi MITI Hotline di bawah.

Info -info lain sebagai rujukan :

SOALAN LAZIM MITI 22 OKTOBER 2020

SOP PEMBUKAAN SEMULA EKONOMI (LATEST)

FAQ PKP MITI BIL 4

KENYATAAN MEDIA MITI JANUARI 2021

Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Exam Pembantu Tadbir

Bulan Ogos ini akan berlangsung Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19. Jawatan ini adalah untuk mengisi kekosongan di pelbagai kementerian atau jabatan di negeri Sarawak.

Tarikh peperiksaan adalah pada 7 Ogos 2020 pada jam 10.00 pagi – 11.00 pagi.

Jika anda adalah calon yang dipanggil untuk peperiksaan ini, TAHNIAH diucapkan.

Di sini saya akan kongsikan sedikit maklumat berkaitan perjawatan skim pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19.

Untuk makluman, Kumpulan Perkhidmatan skim ini adalah Pelaksana manakala di bawah Klasifikasi Perkhidmatan pula ia adalah Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan.

Syarat bagi lantikan pula ialah calon mestilah warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, mempunyai Sijil Peperiksaan Malaysia dengan kepujian gred C dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Keutamaan akan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer atau mengambil trengkas.

Panduan Exam Pembantu Tadbir

Fungsi bidang tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) ini terbahagi kepada dua iaitu aspek Perkeranian dan aspek Operasi.

Bidang tugas bagi aspek Perkeranian adalah :

  • Pentadbiran pejabat
  • Pengurusan personnel
  • Pengurusetiaan
  • Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan
  • Pengurusan rekod
  • Pengurusan kewangan
  • Pengurusan fail

Bidang tugas bagi aspek Operasi pula adalah :

  • Pengurusan keselamatan dan dan ketenteraman
  • Pengurusan kebersihan
  • Pengurusan utiliti
  • Pengurusan tanah dan kemudahan awam
  • Perkhidmatan kaunter dan pemprosesan
  • Pengurusan data dan maklumat
  • Protokol dan istiadat
  • Penguatkuasaan
  • Pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi dan pemprosesan maklumat (reporting)
  • Pengurusan aktiviti setempat

Dari segi gaji pula, gaji minimum bagi jawatan ini ialah RM1352.00 dan gaji maksimum ialah RM4003.00. Kadar kenaikan gaji tahunan bagi jawatan ini ialah sebanyak RM100.

Bagi membantu calon-calon yang bakal menghadapi peperiksaan pada 7 Ogos ini, saya mencadangkan supaya membaca rujukan pantas yang disediakan oleh TIM INFOKERJAYA.

Rujukan pantas ini telah banyak membantu calon-calon peperiksaan sebelum ini. Di bawah ini adalah testimoni mereka yang BERJAYA sebelum ini.

Testimoni exam pembantu tadbir N19

Jika berminat untuk mendapatkan Rujukan Pantas dari Tim Infokerjaya, sila klik pautan di bawah;
PEMBANTU TADBIR GRED N19