Category Archives: komisen

Komisen kedua dari Shopback

Setelah lama menunggu, aku akhirnya request cash out komisen aku di Shopback bila jumlah komisen telah mencecah RM50.

Ikutkan dah boleh withdraw bila komisen dah mencapai RM10 tapi aku peram dulu biar banyak sikit. Lagipun komisen tak tentu, ia bergantung pada nilai barangan yang kita beli di platform ecommerce seperti di LAZADA, Shopee dan lain-lain.

Aku pulak sejak mula mengenali Shopee, jarang dah aku shopping di LAZADA. Faktor utamanya ialah Shopee selalu offer Free Shipping dan harga barang2 kat sana pun rasanya murah sikit dari LAZADA.

Kalau korang rajin shopping di LAZADA atau Shopee, baik daftar Shopback cepat2, sambil belanja sambil dapat cashback.

Ini komisen yang aku dapat, dikreditkan terus ke akaun bank.

Komisen Firesale 2017 Cikgu Hafis

Semasa Cikgu Hafis mengadakan jualan FIRESALE pada awal 2017, aku sempat meluangkan masa untuk mempromosi produk beliau di forum-forum dan di FB.

Alhamdulillah, sangkut dua sales daripada promosi aku yang seberapa ni. Kalau fokus betul-betul untuk buat duit dengan affiliate ni, memang akan hasil yang lumayan.

Cuma disebabkan kekangan masa dan kesibukkan tugas di pejabat, ini jer yang aku mampu buat setakat ni.
Banyak lagi yang perlu dipelajari untuk menguasai ilmu affliate ini dan aku masih di dalam proses “belajar”. Ilmu ni takkan habis untuk dipelajari sehinggalah kita menutup mata.

Belanja gambar sikit sebagai pembakar semangat untuk mendapatkan komisen dalam affiliate 🙂


Komisen affiliate bulan Oktober & November

Aku nak update sikit pasal komisen affiliate yang aku terima dalam sebulan dua ni. Oleh kerana aku kurang aggresive buat promosi, jadi kurang la komisen yang aku dapat. Komisen di atas bagi aku sangat tinggi sebab harga produk adalah lebih RM100. Dengan kadar komisen 50% untuk setiap jualan yang terhasil, memang berbaloi sungguh.

Tahun lepas, aku pernah mendapat komisen RM500 untuk salah satu produk di atas. Masa tu memang all out buat promosi. Hampir setiap hari buat promosi kat forum.

Memang boleh jana pendapatan kat internet cuma caranya kena betul. Motivasi untuk semua dan juga untuk diri sendiri. 🙂

P/S : Kena tingkatkan lagi usaha ni. Tahun ni komisen hasil dari affiliate tak semeriah tahun lepas.