Tag Archives: exam ptd

5 Tips Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

pegawaitadbirdandiplomatik

pegawaitadbirdandiplomatik

Kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah antara jawatan yang paling diminati oleh ramai graduan kerana ia menawarkan gaji dan peluang kenaikan pangkat yang lebih baik berbanding jawatan pegawai tadbir yang lain.

Skop kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik juga sangat meluas di dalam kerajaan dan boleh bertugas sama ada di dalam atau di luar negara.

1. Bidang Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

  1. Pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi.
  2. Pengurusan kewangan
  3. Pengurusan ekonomi
  4. Pengurusan keselamatan dan pertahanan
  5. Pengurusan hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri
  6. Pengurusan pentadbiran dan pembangunan wilayah/perbandaran/tanah/daerah
  7. Pengurusan sosial dan infrastruktur
  8. Pengurusan sains dan teknologi maklumat

2. Kelayakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Mempunyai kelayakan akademik iaitu ijazah sarjana muda kepujian, sarjana dan doktor falsafah (Phd). Mendapat kepujian Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3. Latihan 

Terdapat 4 tahap latihan yang perlu diikuti oleh pegawai PTD yang baru iaitu :

  • Tahap 1 (Kursus PTD Unggul)
  • Tahap 2 (Penempatan di Kementerian/Jabatan)
  • Tahap 3 (Kursus Diploma Pengurusan Awam)
  • Tahap 4 (PTD Training Roadmap)

4. Ciri Yang Diperlukan

  • Bercita-cita tinggi dan berdedikasi
  • Dinamik
  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan
  • Berminat dalam bidang pentadbiran dan pengurusan
  • Sanggup bekerja di luar negara
  • Menguasai Bahasa Melayu dan Inggeris
  • Mahir berkomunikasi

5. Lulus Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Setiap calon PTD perlu lulus peperiksaan sebelum diterima ke dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik. Peperiksaan ini juga menyebabkan ramai calon yang terkandas dan boleh dianggap sebagai saringan awal untuk memasuki kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Jika anda adalah salah seorang calon peperiksaan online PTD, anda seharusnya membuat persediaan yang mencukupi untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Sertai kami di dalam group Telegram bagi mendapatkan panduan, tips, preview copy dan perkongsian berkenaan dengan peperiksaan PTD. Klik link di bawah :

http://azlanbahar.com/telegramptd

P/S: Pastikan anda mempunyai aplikasi Telegram sebelum menyertai group di atas.