Tag Archives: stroller

Quinny Zapp Flex. Baca Dahulu Sebelum Beli.

Quinny Zapp Flex
Jika anda baru sahaja beli stroller Quinny Zapp Flex ini dan ia masih lagi di dalam kotak, maka sebelum anda guna Quinny Zapp Flex ini, anda perlu ada skill D.I.Y sedikit. Sebab anda perlu cantumkan beberapa bahagian seperti roda, shopping bag, kerusi bayi dan canopy pada kerangka utama. Tapi jangan risau, mudah jer… kalau tak tau juga rujuk manual… kalau masih pening sila rujuk video di bawah.

Dah tengok? Ok? Tak tau juga?… adoiii…. pergi beli jer lah di butik bayi The Baby Store. Suruh staf diorg pasang…. percuma jer…

Jika sebelum ini anda sudah biasa dengan model Quinny Zapp atau Quinny Zapp Xtra, anda akan dapat kesan perbezaan rekaan Quinny Zapp Flex berbanding dengan Quinny Zapp Xtra. Memang diorang betul-betul “Overhaul” rekaan stroller ini walaubagaimanapun konsep asal iaitu rekaan 3 roda tetap sama. Tetapi jika perhatikan betul-betul, ada beberapa sentuhan terakhir yang lebih teliti dan lebih cantik berbanding sebelumnya.

Quinny Zapp Flex ini datang dengan dua warna casis iaitu warna hitam matt dan warna aluminium. Tapi jika tanya pendapat saya, saya lebih suka warna casis hitam sebab nampak lebih bergaya dan berkelas lagi. Kali ini kami menguji Quinny Zapp Flex berwarna merah yang dikenali “Red on Graphite” yang dilengkapi dengan casis hitam matt. Memang kelihatan sangat menarik.

Antara yang menarik tentang model Quinny Zapp Flex ini adalah pemegangnya. Ia mempunyai rekaan yang unik sangat selesa apabila dipegang, ini menyebabkan ramai ibu-ibu di luar sana menjadikan stroller ini sebagai stroller idaman mereka.

Model Quinny Zapp Flex ini didatangkan dengan 3 Roda dimana ramai ibu-ibu diluar sana suka dengan rekaan 3-roda. Walaubagaimanapun Quinny ada juga keluar rekaan 4 roda yang dikenali Quinny Zapp Flex Plus. Ok.. kalau part kerusi pula, saya rekemen digunakan dari umur 6 bulan keatas. Tetapi ada juga yang guna dari newborn sebab kerusinya boleh dibaringkan. Anda juga boleh gunakan infant carrier seperti Maxi-Cosi Cabriofix atau/Pebble carrycot dari Quinny. Rujuk gambar dibawah :-

Antara favorite dalam pemilihan stroller adalah samaada stroller tersebut diubah dari forward facing ke rear facing. Tidak banyak stroller yang menawarkan features ini dan bagi saya Quinny Zapp Flex ini adalah stroller yang boleh forward facing dan rear facing paling compact yang pernah saya jumpa setakat ini.

Manakala, material canopy Quinny Zapp Flex ini sangat berkualiti dimana kainnya nipis dan tahan yang membolehkan apabila dilipat tidak memberi kesan kepada saiz lipatan stroller. Maksudnya stroller ini akan compact bila dilipat. Walaupun materialnya nipis tapi masih lagi dalam kategori nilai UPF50+ dan memberi perlindungan yang bagus untuk bayi anda. Selain itu, stroller ini juga jenis yang breathable, jadi memang selesa untuk anak anda.

Kalau part pemanduan, saya rasa tak perlu sangsi lagi. Memang sangat mudah untuk ditolak dan selesa. Roda yang digunakan pun saya tengok lain dari kebiasaan, ianya kelihatan nampak di dalam kelas tersendiri dan kelihantan mewah.

Ok yang terakhir sekali, part melipat stroller ini. Jika dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu Quinny Zapp Xtra 2. Kita akan dapati Quinny Zapp Flex ini banyak upgrade. Ada 3 step untuk melipat stroller ini iaitu Pertama, lipat kerusi, Kedua lipat frame dan Ketiga dengan menggunakan kaki tolak kehadapan kunci dibelakang stroller dan lipat. Itu sahaja. Anda boleh rujuk video diatas untuk anda belajar cara lipat dan buka stroller ini.

Kesimpulan

Quinny Zapp Flex ini jika dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu Quinny Zapp Xtra 2 ada banyak perubahan dari segi material dan cara lipatan stroller ini adalah lebih baik.

Jika anda memang mementingkan ciri-ciri seperti dual-facing dan compact. Saya memang rekemen model ini. Ianya menepati ciri-ciri yang anda idamkan walaupun ianya tidak seringan dan secompact stroller seperti Tavo Amber, Aldo Compatto dan GB Pockit Plus akan tetapi ianya ada features yang ramai ibu bapa suka iaitu Dua-Facing. Saya memang rekemen juga anda memilikinya.

Tambahan pula, hanya Quinny sahaja yang menawarkan jaminan seumur hidup kepada anda. So, anda tidak perlu rungsing jika ada kerosakkan pada stroller ini.

Dimana Hendak Dapatkan Stroller ini?

Brand Quinny ini memang sukar anda untuk lihat dijual di butik-butik bayi di Malaysia. Hanya butik-butik bayi yang terpilih sahaja mereka benarkan menjual sebab mereka sangat menjaga ke’esklusif’an jenama ini dan untuk mengelakkan cetak rompak seperti yang terjadi pada model sebelum ini.

Saya rekemen anda dapatkan di Butik The Baby Store di Seksyen 22 Shah Alam. The Baby Store adalah Dealer Sah brand Quinny. So anda tidak perlu risau. Jika anda duduk jauh dan tiada kesempatan untuk singgah. Anda boleh jer beli secara online di website mereka. Mereka menawarkan Free Shipping. So… ianya sama juga anda beli secara walk-in. Yang penting. Anda beli tanpa was-was sebab butik ini memang wujud. Jika anda beli di Facebook Group takut kene scam pula. So hati-hati.

atau Anda boleh terus ke butik The Baby Store di alamat.
The Baby Store
No 15, Indah Alam Condominium Shoplot,
Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22,
40300 Shah Alam, Selangor.
Hubungi : 019-4006996 (Puan Yati)
Landmark : Berhadapan Kilang Gula CSR Batu 3 Shah Alam

Aldo Compatto Stroller : Alah membeli menang memakai




Secara Ringkas


Baby Stroller kategori wajib ada untuk keluarga yang kaki
travel kerana Aldo Compatto ini boleh dibawa ke ke mana-mana dan ke dalam kapal terbang.
Selain itu, jika anda tidak mahu kereta anda sempit
disebabkan baby stroller. Aldo Compatto ada jawapannya.

Reka bentuk yang “Super-Compact” dan ringan (52x44x18cm bila dilipat), empat tayar, buka dan lipat boleh dibuat dengan satu tangan, seat boleh laras dan fabrik boleh dibuka   dan dibasuh.

Kurang kedalaman tempat duduk berbanding baby stroller yang standard, sedikit   beralun jika di atas permukaan yang kasar dan bakul shopping yang kecil.

Analisa


Rekaan baby stroller ini adalah hampir sama dengan jenama
terkemuka Babyzen YOYO. Perbezaan ketara adalah kualitinya sedikit berbeza
terutama fabriknya dan frame stroller. Akan tetapi ianya masih berbaloi
dimiliki kerana harganya juga jauh lebih murah dan masih boleh dilipat dan dibuka
dengan satu tangan.

Walaupun kualitinya sedikit kurang berbanding Babyzen YOYO tapi
ianya masih berbaloi berganda kerana banyak aksesori diberi dan padding seatnya
lebih tebal dan seat boleh dibaringkan sehingga 180° berbanding Babyzen YOYO
hanya lebih kurang 150°. Maknanya ianya juga sesuai untuk Newborn.

Apa yang ada dalam kotak?

  • Chassis
  • Seat cover and backrest
  • Hood
  • Raincover
  • Manual instruction
  • Cup holder
  • Bumper bar
  • Stroller bag
  • Shoulder strap
  • Stroller restrap
  • Newborn leg cover.

Apa yang kami suka!

Ianya sangat “Rare” untuk mencari buggy stroller yang
benar-benar kompak dan tahan lasak. Aldo Compatto adalah buggy stroller yang
sangat berbaloi dimiliki kerana rekaannya yang kompak dan ringan. Ianya sangat
sempurna terutama yang tinggal di bandar.
Kelebihan terbesar Aldo Compatto ini adalah saiznya apabila
dilipat iaitu berukuran 52 x44 x18cm di mana ia hampir sama saiz dengan handbag yang
oversize.
Tambahan pula stroller ini mudah dikawal dengan satu tangan
tetapi perlu berjaga-jaga juga, jangan dibiarkan stroller anda terlepas tanpa
dipegang kerana stroller ini ringan dan bila ditiup angin ianya boleh bergerak
sendiri. Jadi hati-hati ya.
Sesuai digunakan dari bayi yang baru lahir sehingga berat
anak anda 18kg. Berat stroller ini hanya 5.95Kg sahaja dan mudah dibawa
ke mana-mana kerana disertakan dengan shoulder strap dan stroller bag.

Kesimpulan

Stroller yang inovatif dan sangat kompak. Sesuai untuk
keluarga yang suka berjalan-jalan dan yang tidak suka stroller memenuhi ruang
di dalam kereta.

Dimana hendak beli?

Saya rekemen anda beli Aldo Compatto di The Baby Store 

Sebab apa? sebab ada diskaun hebat menanti anda disana, selain itu setiap pendaftaran baru akan menerima 200 Reward Points yang boleh ditebus pada pembelian pertama dan setiap ringgit yang anda belanja akan dapat mata ganjaran untuk ditebus pada belian seterusnya. Sangat Awesome!!! Penjimatan Berganda tau…

Malaysia Online Baby Store

Malaysia Online Baby Store