Baru hari ni berkesempatan join giveaway pertama untuk tahun 2021. Giveaway kali ini dianjurkan oleh rakan blogger Sal. Detail giveaway adalah seperti di bawah ini :
Tarikh tutup penyertaan – 8 Februari 2021 , 11.59 malam.
Syarat giveaway – Follow Blog Sal, buat post berkaitan My First Giveaway by Blog Sal, copy & paste poster giveaway, letak pada entri dan linkkan ke post asal Giveaway.
Hantar link giveaway blog penyertaan ke ruangan komen post giveaway Blog Sal.
Penyertaan terbuka kepada semua blogger di Malaysia.
Hadiah giveaway ialah Fridge magnet dan hadiah misteri (aku pun tak tahu apa dia)
Memang simple syarat-syarat dia. Tinggal rajin atau malas jer nak buat blog post.
Kepada rakan-rakan blogger yang nak join giveaway ni, boleh terus klik banner di atas.
Untuk pengetahuan semua, kaedah penilaian untuk kemasukan ke perkhidmatan awam telah banyak berubah. Dahulu, jika permohonan untuk ke perkhidmatan awam adalah melalui temuduga dan peperiksaan sahaja (bagi jawatan-jawatan tertentu).
Kini, SPA iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mewujudkan satu lagi kaedah penilaian iaitu Peperiksaan Psikometrik.
Apakah Peperiksaan Psikometrik?
Peperiksaan Psikometrik adalah salah satu kaedah penilaian yang digunakan oleh SPA bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan.
Kriteria Penilaian Dalam Ujian Psikometrik
Konsep Ujian Psikometrik direkabentuk oleh SPA bagi mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organisation-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self report) iaitu calon-calon perlu menjawab secara jujur dan paling tepat berkenaan dirinya melalui soalan-soalan atau kenyataan yang disediakan oleh pihak SPA melalui paparan komputer.
Melalui jawapan atau respon daripada calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan calon untuk dipadankan kesesuaian calon dengan kompetensi piawai bagi sesuatu jawatan.
Status LULUS dan GAGAL Ujian Psikometrik?
Kejayaan atau kegagalan seseorang calon bergantung kepada kejujuran calon tersebut melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi kepada sesuatu perkara yang ditanyakan di mana aspek kebolehpercayaan yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.
Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan adalah ramai, penentuan calon lulus juga mengambil kira bilangan calon yang dipanggil ke temuduga. Ia juga berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil temuduga. Contohnya, jika kekosongan jawatan ialan 20, maka jumlah calon yang dipanggil untuk temuduga ialah 200 orang (1:10).
Antara jenis Ujian Psikometrik yang disediakan ialah ;
Trend sekarang ni kebanyakkan orang lebih mengutamakan sabun buatan sendiri ataupun “natural home made soap”.
Kenapa sabun home made ini menjadi pilihan orang ramai?
Kita tahu bahan-bahan apa yang kita gunakan, boleh guna bahan-bahan natural seperti tomato, kunyit, limau, sireh, kopi dan lain-lain.
Lebih jimat dari harga pasaran.
Boleh buat macam-macam bentuk sabun yang comel-comel.
Dari minyak biasa boleh jadi sabun. Minyak terpakai pun boleh juga guna.
Sesuai untuk kulit sensitif, sesuai untuk keluarga tak kira umur.
Sabun semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya.
Aku berkesempatan join Kelas PJJ Sabun dan dapat belajar cara-cara buat sabun basuh pinggan menggunakan minyak masak yang terpakai. Mujur ada simpan minyak terpakai. Biasa kalau dah banyak, memang akan buang jer la.
Cubaan pertama telah berjaya dibuat dengan jayanya hasil daripada langkah-langkah yang diterangkan melalui Facebook Group.
Bila dah buat, rupa-rupanya senang jer nak buat. Cuma kena sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sabun. Gambar di bawah ialah hasil sabun basuh pinggan yang dah sedia untuk digunakan.
Dua bekas besar tu aku guna bekas Axion saiz besar untuk sukatan 400g minyak. Manakala yang bawah tu aku guna bekas Axion saiz sederhana untuk sukatan 200g minyak.
Jimat dah duit belanja nak beli sabun basuh pinggan. Untuk sabun yang guna Axion saiz besar tu, dapat bertahan selama 2 bulan lebih. Kira tahan lama jugak la berbanding penggunaan Axion biasa tu.
Kalau berminat nak join kelas PJJ Sabun ni, boleh jer.
Untuk kelas sabun cold process, ada PROMOSIDiskaun yang sedang berlangsung. Aku tak tahu sampai bila promosi akan berakhir tapi serius memang jimat berbanding harga kelas yang asal.
Di bawah ni adalah testimoni peserta-peserta yang dah join kelas PJJ Sabun.
Semoga berjaya membuat sabun sendiri. Jom layan video PJJ Sabun;