Author Archives: admin

Give Away Hadiah Misteri dari ASTraveler!

Give Away daripada sahabat blogger ASTraveler.

10 Pemenang bertuah akan mendapat hadiah MISTERI !

Syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog ASTraveler
2. Follow blog Julfy Photo
3. Follow Fb Julia Tarmdi

Tarikh GA :

22 November 2017 hingga 31 Disember 2017

Berminat nak join Give Away ni? Klik jer banner di atas…

5 Tips Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

pegawaitadbirdandiplomatik

pegawaitadbirdandiplomatik

Kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah antara jawatan yang paling diminati oleh ramai graduan kerana ia menawarkan gaji dan peluang kenaikan pangkat yang lebih baik berbanding jawatan pegawai tadbir yang lain.

Skop kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik juga sangat meluas di dalam kerajaan dan boleh bertugas sama ada di dalam atau di luar negara.

1. Bidang Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

  1. Pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi.
  2. Pengurusan kewangan
  3. Pengurusan ekonomi
  4. Pengurusan keselamatan dan pertahanan
  5. Pengurusan hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri
  6. Pengurusan pentadbiran dan pembangunan wilayah/perbandaran/tanah/daerah
  7. Pengurusan sosial dan infrastruktur
  8. Pengurusan sains dan teknologi maklumat

2. Kelayakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Mempunyai kelayakan akademik iaitu ijazah sarjana muda kepujian, sarjana dan doktor falsafah (Phd). Mendapat kepujian Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3. Latihan 

Terdapat 4 tahap latihan yang perlu diikuti oleh pegawai PTD yang baru iaitu :

  • Tahap 1 (Kursus PTD Unggul)
  • Tahap 2 (Penempatan di Kementerian/Jabatan)
  • Tahap 3 (Kursus Diploma Pengurusan Awam)
  • Tahap 4 (PTD Training Roadmap)

4. Ciri Yang Diperlukan

  • Bercita-cita tinggi dan berdedikasi
  • Dinamik
  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan
  • Berminat dalam bidang pentadbiran dan pengurusan
  • Sanggup bekerja di luar negara
  • Menguasai Bahasa Melayu dan Inggeris
  • Mahir berkomunikasi

5. Lulus Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Setiap calon PTD perlu lulus peperiksaan sebelum diterima ke dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik. Peperiksaan ini juga menyebabkan ramai calon yang terkandas dan boleh dianggap sebagai saringan awal untuk memasuki kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Jika anda adalah salah seorang calon peperiksaan online PTD, anda seharusnya membuat persediaan yang mencukupi untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Sertai kami di dalam group Telegram bagi mendapatkan panduan, tips, preview copy dan perkongsian berkenaan dengan peperiksaan PTD. Klik link di bawah :

http://azlanbahar.com/telegramptd

P/S: Pastikan anda mempunyai aplikasi Telegram sebelum menyertai group di atas.

GIVEAWAY FREE NAME CARD BY BUSYRATAKIYUDIN

GA by Busyratakiyudin

FREE NAME CARD

Aku dah lama teringin nak buat name card khas untuk blog. Name card pasal kerja memang dah ada. So, bila ada sahabat blogger yang buat Giveaway free name card, terus join mana tahu ada rezeki.

Kalau nak join, senang jer. Follow jer syarat-syarat di bawah :

1. Follow blog BusyraTakiyudin

2. Follow G+ google beliau

3. Like page blog busyra

5. Buat 1 entri, letak banner dan backlink kan ke entri GA.

4. Sebut 3 perkataan menggambarkan blog BusyraTakiyudin.

5. Tinggalkan link entry di ruangan komen pada post GA.

Boleh klik banner di atas untuk join.

3 perkataan untuk blog BusyraTakiyudin :

KEMAS, MENARIK, KREATIF

Jom buat grafik sendiri ---> 8 Powertool untuk Newbie menyamar jadi PRO