Author Archives: admin

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 
Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat ‘candat’ boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016


Ok, selamat bergiveaway !

Menangi Video Panduan Bisnes E-commerce Shopievo Bernilai RM597!

Shopievo

Post kali ni nak share satu contest, “Menangi Video Panduan Bisnes E-commerce Shopievo Bernilai RM597!” yang dianjurkan oleh Tuan Wazeen. Cara nak join senang jer. Klik banner di atas atau pun klik link kat SINI, kemudian masukkan maklumat yang diminta.

Selesai sahaja isi semua maklumat tu, akan keluar paparan yang mengandungi syarat-syarat pertandingan dan juga link unik yang perlu kita share kepada kawan-kawan.

Pertandingan ini bermula pada 28hb Feb 2016 dan berkahir pada 4 Mac 2016 tepat jam 11.59 malam.

Pemenang akan ditentukan melalui mata yang diperolehi sepanjang tempoh pertandingan ini. Kiraan mata yang telah ditetapkan oleh penganjur adalah seperti berikut :

– setiap klik dari pelawat link khas anda akan mendapat 5 mata
– setiap pendaftaran dari link khas anda akan mendapat 2 mata
– link yang di share dengan butang FB akan mendapat 10 mata
– link yang di share dengan butang Google Plus atau Twitter akan mendapat 5 mata

Pemenang dengan jumlah mata tertinggi akan memenangi hadiah ‘Panduan Shopievo pakej PRO bernilai RM597!

Syarat-syarat pertandingan adalah dilarang menggunakan teknik SPAM, dilarang menggunakan trafik bot dan tidak dibenarkan mengisi sendiri borang pendaftaran (fake accounts)

Kalau berminat nak join, boleh klik banner di atas dan dapatkan maklumat lanjut daripada pihak penganjur.

Good luck semua.

Apa Yang Bestnya Buku Art of Deception?

First time jumpa buku Art of Deception sewaktu di kedai buku POPULAR.

Biasanya aku akan baca sinopsis untk dapatkan idea keseluruhan carita ni. Bila dah tau apa isi kandungan buku ni, dan rasa-rasa menarik, baru aku akan beli.

So, apa yang bestnya buku Art Of Deception ni?
Buku ni antara lain membongkar perancangan rapi oleh gerakan rahsia dalam tragedi 9/11 di mana kita semua telah disumbat oleh maklumat-maklumat yang mereka ingin kita percaya. Perancangan itu berhasil kerana mendapat bantuan daripada media-media yang kebanyakkannya dikuasai oleh Yahudi.

Buku ini mengandungi 15 bab dan terbahagi kepada 3 bahagian utama.

Bahagian 1: 911 Peristiwa Pelik dan Misteri Terbongkar

Bab 1: Misteri 911
Bab 2: Penipuan Besar Peristiwa 911
Bab 3: Pentagon
Bab 4: Pengkhianatan
Bab 5: Kesimpulan Terakhir
Bab 6: Misteri Dolar AS

Bahagian 2 : Organisasi Rahsia

Bab 7: New World Order-Pemerintahan Dunia Baru
Bab 8: Oganisasi Sosial Rahsia Milik New World Order
Bab 9: Freemason
Bab 10: Ahli Kawalan Fikiran

Bahagian 3: Penguasaan Penduduk

Bab 11: Orang Amerika Mudah Membunuh
Bab 12: Ledakan Bom Uranium
Bab 13: Membuat Bencana Ala
Bab 14: Pelbagai Program Pengendalian Jumlah Penduduk
Bab 15: Para Pemuja Syaitan sul

Untuk yang inginkan kebenaran tentang tragedi 9/11, bolellah dapatkan buku di kedai-kedai buku terkemuka ataupun membuat pesanan terus secara atas talian di SINI.