Author Archives: admin

MYiDEAKiNi.com Random RM200 Bloglist Lelaki dan Wanita

MYiDEAKiNi.com Random RM200 Bloglist Lelaki dan Wanita

MYiDEAKiNi.com Random RM200 Bloglist Lelaki dan Wanita

Mengapa anda ingin menjadi salah satu dalam senarai bloglist MYiDEAKiNi.com

Menambahkan lagi bilangan pelawat dan follower bagi blog ni dan ingin menambahkan lagi kenalan dari kalangan blogger-blogger di Malaysia tidak kira lelaki atau wanita.

Mudah-mudahan jika blog ini tersenarai di dalam bloglist,saya akan bersemangat lagi untuk mengemaskini blog 🙂

JOM Buat duit di clickbank!

teknik pemasaran video G

Hari ni aku nak share something yang best pasal buat duit secara online iaitu melalui CLICKBANK!

Apa tu clickbank? korang nak tau tak? Clickbank ni ialah laman web pemprosesan bayaran secara online, tak silap aku ada 30 000 transaksi jual beli dalam sehari.. dan kebanyakan produk-produk clickbank senang nak dijual! oleh itu kita boleh ambik kesempatan ini dengan menjadi egen affiliate untuk produk-produk di clickbank..

Korang pergi jer kat clickbank marketplace kemudian pilih jer mana-mana produk yang korang suka pastu promosikan jer produk tu hehehe… tapi korang kene tahu nak buat duit clickbank ni bukan satu perkara yang mudah oleh itu aku akan berkongsi sedikit tips untuk korang promosikan produk clickbank ni dengan cara yang betul.

korang gunakan promosi berbayar seperi google adoword ke, banner advertising ke, kalau guna cara percuma pulak macam pemasaran artikel & pemasaran video. tapi of course la kalau guna cara percuma ni lambat sikit hasilnya & kebanyakan orang mudah putus asa.. dah nama teknik free kene la buat betul-betul sampai dapat hasil.. nak cepat guna je la pemasaran berbayar tapi untung rugi tu tanggung sendiri la yer.. hehehe..

Tapi kalau korang baru nak mula, aku sangat sarankan gunakan teknik percuma dahulu la yer.. walaupun teknik ni hasilnya lambat tapi kesannya akan berpanjangan sehingga tempoh bertahun-tahun. Aku sangat galakkan korang dapatkan produk dari sorang mamat ni.. orang panggil di Zyan.. dia ni affiliate clickbank.. aku tengok income dia boleh tahan gak.. kalau korang tak caye korang pergi website die kat sini >>> TEKNIK PEMASARAN VIDEO G

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Baru-baru ini SPA telah memaklumkan tarikh bagi Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27 ialah pada 21 Oktober 2015.

Kepada calon-calon yang ada memohon jawatan Penolong Akauntan W27 bolehlah membuat semakan di portal SPA dengan menyertakan nombor kad pengenalan di dalam website seperti di bawah.

http://e-semakan.igsb.com.my/

PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SECARA ONLINE

Untuk makluman semua calon, peperiksaan secara online ini boleh diambil di mana-mana sahaja lokasi tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan yang tertentu.

Calon perlu mematuhi tarikh dan masa peperiksaan yang ditetapkan dan calon juga boleh mendaftar masuk 60 minit sebelum peperiksaan bermula untuk membuat sebarang persediaan.

Menurut maklumat daripada SPA, mana-mana calon yang tidak mengambil peperiksaan secara online ini tidak akan disenaraihitamkan. Ini bermakna calon boleh memohon jawatan lain dalam perkhidmtan awam pada masa akan datang.

Di dalam post kali ini, aku akan cuba menerangkan sukatan peperiksaan dan akan memberikan beberapa contoh soalan peperiksaan online penolong akauntan w27.

SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG AKAUNTAN W27

Soalan peperiksaan terbahagi kepada 3 seksyen iaitu :

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
SEKSYEN C – UJIAN PSIKOMETRIK

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Seksyen ini akan menguji pengetahuan calon dalam isu semasa & perkembangan dalam negara. Calon secara umumnya perlu mengetahui isu-isu berkaitan ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.

Masa yang diberi adalah selama 40 minit dan bilangan pula adalah 50 (aneka pilihan)

Contoh soalan :

Manakah dokumen yang menjadi sumber Buku Tunai?

A. Invois

B. Nota Debit

C. Pesanan Belian

D. Baucer Bayaran

Jawapan : D

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen ini akan menilai calon bagaimana menyelesaikan masalah dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut :

(i) Kemahiran logik
(ii) Kemahiran menginterpretasi data
(iii) Konsep matematik dan akaun

(i) Kemahiran logik

Calon akan diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

soalanlogik

(ii) Kemahiran menginterpretasi data

Calon akan diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisa.

Contoh soalan :

soalandata

(iii) Konsep matematik dan akaun

Calon akan diuji dengan kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Contoh soalan :

Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

A. 36

B. 33

C. 30

D. 27

Jawapan : D

Teknik menjawap :

90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang
3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

Masa yang diberi adalah selama 45 minit dan bilangan soalan pula adalah 40 (aneka pilihan)

SEKSYEN C – UJIAN PSIKOMETRIK

Di dalam seksyen ini, calon-calon akan diminta menjawap soalan-soalan berkaitan kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Contoh soalan :

1. Saya gemar menggunakan idea ciptaan diri sendiri.

A. Ya
B. Tidak

2. Saya menggunakan strategi penyelesaian masalah yang tersendiri.

A. Ya
B. Tidak

Masa yang diberi adalah selama 30 minit dan bilangan soalan pula adalah 200 (aneka pilihan)

Semoga dengan penerangan ini akan dapat membantu calon-calon menduduki peperiksaan online Penolong Akauntan W27 dengan lebih yakin dan tenang.

Jika anda ingin mendapatkan panduan & rujukan lengkap berkanaan dengan peperiksaan ini, bolehlah melawat link di bawah untuk maklumat lanjut :