Author Archives: admin

Buat Duit Dengan Fiverr

fiverr

Jom buat duit dengan Fiverr? Fiverr?

Pelbagai soalan diajukan apabila menyatakan peluang menjana income di laman Fiverr. Untuk makluman, Fiverr adalah sebuah laman web yang menyediakan tempat untuk sesiapa sahaja menjual/menawarkan apa sahaja produk atau perkhidmatan dengan bayaran 5 US Dollar. Paling senang apa yang anda sanggup lakukan untuk 5 US Dollar. Apa sahaja, asalkan ianya berbaloi bagi anda. Tetapi harus diingatkan, bayaran 5 US Dollar. Tetap! Tak kira nilai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan itu melebihi berganda-ganda dari 5 US Dollar. Seperti yang dinyatakan sebelumnya : apa sahaja yang sanggup anda buat untuk 5 US Dollar.

Daftar akaun Fiverr secara percuma dan buat gigs untuk mengiklankan apa sahaja yang sanggup anda lakukan untuk 5 US Dollar. Tiada sebarang caj pendaftaran akaun dikenakan. Setiap akaun Fiverr boleh mempunyai 20 gigs. Ini bermakna, anda boleh menawarkan 20 servis/perkhidmatan untuk 1 akaun. Gigs yang anda buat mestilah mengikut terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengendali Fiverr agar akaun anda tidak disenaraihitamkan atau ditutup. Pengguna/pelawat laman Fiverr datang dari seluruh pelusuk dunia, samada untuk menawarkan apa sahaja dengan harga 5 US Dollar atau mencari sesuatu yang mereka inginkan dengan harga 5 US Dollar.

Terdapat gigs yang cukup berbaloi dengan harga 5 US Dollar. Malah ia sepatutnya lebih tinggi harganya berganda-ganda berbanding nilai yang ditawarkan di Fiverr iaitu pada harga 5 US Dollar. Pada masa sama terdapat juga gigs yang boleh dikategorikan sebagai ‘sampah’ atau tiada nilai. Jadi kita perlu berhati-hati, samada sebagai pihak penjual, mahupun pihak pembeli. Terdapat juga penjual yang menjual produk digital pihak bagi keuntungan singkat tanpa mempunyai lesen kelayakan untuk menjual produk tersebut. Hal ini boleh menyebabkan akaun penjual ditamatkan serta-merta mengikut pertimbangan pihak pengendali Fiverr.

Boleh dikatakan persaingan di Fiverr sangat banyak. Setiap gigs dipecahkan kepada beberapa bahagian. Untuk bersaing di laman Fiverr, anda perlu menampilkan idea yang kreatif dan unik. Walaupun laman Fiverr, dilihat lebih kepada satu bentuk ‘fun’/keseronokan, tetapi ada peluang untuk menjana pendapatan sampingan secara online. Seperti motto laman web Fiverr : Buy.Sell.Have Fun – apa yang sanggup anda buat untuk 5 US Dollar? Fikirkan idea untuk 5 US Dollar dan buat gigs untuk mula menjana US Dollar. Anda akan menemui banyak servis/perkhidmatan yang pelik, lain dari yang lain dan lucu yang berharga 5 US Dollar setiap order. Contohnya menulis mesej tertentu menggunakan spagetti, menjerit nama syarikat sambil menunggang basikal, menulis nama seseorang di anggota badan dan lain-lain lagi.

Cuba anda terokai apa yang ada di laman Fiverr. Ramai IM yang menjana pendapatan di laman Fiverr dengan menyediakan servis/perkhidmatan yang ringkas dan mudah. Ini adalah cara merebut peluang di laman Fiverr secara optimum dan efisien. Ketahui formula atau teknik untuk menghasilkan gigs yang mudah, ringkas, mendapat sambutan dan cepat disiapkan di laman web Teknik Fiverr!!

Saya Nak Menang Baju T-Shirt Rekaan Instashop Kloseteers Apparels

Segmen Intro Giveaway

Kalau nak T-Shirt free, apa kata kita meriahkan Giveaway ni beramai-ramai.

Ada 3 helai T-shirt akan diberi kepada 3 orang pemenang yang bertuah. Pemenang bakal menerima T-shirt yang direka sendiri atau dilukis oleh Tea Oh Beng.

Giveaway ni akan tamat pada 1 Mei 2015 dan syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah :

1. Follow blog NI
2. Buat satu entri bertajuk “Saya Nak Menang Baju T-Shirt Rekaan Instashop Kloseteers Apparels
3. Letak gambar banner seperti di atas dalam entri tersebut.
4. Tag rakan rakan blogger anda (OPTIONAL)
5. Backlinkkan ke entri INI dan komen link penyertaan

Pusat Kursus Kahwin di Datuk Keramat

Bagi bakal-bakal pengantin yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, kini terdapat satu pusat kursus kahwin yang terletak di Datuk Keramat. Kursus ini diadakan di dewan ceramah Masjid Al-Akram, Datuk Keramat.

Pusat kursus kahwin ini cuma terletak 500 meter sahaja dari Stesen LRT Datuk Keramat yang mana para peserta dengan mudah boleh sampai ke tempat kursus dengan menggunakan LRT. Ia juga tidak jauh dari UTC Keramat / Keramat Mall di mana terdapat perkhidmatan Jab Pendaftaran, JPJ, Imigresen dan Klinik 1 Malaysia di situ.

Di antara kemudahan yang terdapat di pusat kursus kahwin ini ialah ruang parking yang percuma dan luas, bilik kursus yang selesa dan ruang makan yang bersih untuk kemudahan peserta menjamu selera.

Untuk pengetahuan bakal peserta, kursus kahwin di Datuk Keramat ini diadakan pada setiap hari Sabtu & Ahad setiap minggu pada setiap bulan. Para peserta hanya perlu menghadirkan diri dan mendengar sahaja ceramah berkaitan kursus kahwin tanpa perlu menghadapi ujian kefahaman Agama Islam sewaktu menghdiri kursus.

Kursus ini hanya mengambil masa selama satu setengah hari sahaja dan sijil kursus boleh diperolehi seawal dua atau tiga hari selepas tamat kursus. Sijil yang bakal diperolehi oleh bakal peserta juga tidak mempunyai tarikh luput dan SAH digunakan untuk pendaftaran perkahwinan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus kahwin di Datuk Keramat ini bolehlah membuat tempahan melalui sms/whatsapp ke 0197617861 dengan menyatakan sekali maklumat-maklumat berikut :

– Nama penuh anda (dan pasangan/rakan anda)
– Tarikh kursus kahwin yang dipilih
– Nombor handphone untuk dihubungi

masjid