Category Archives: umum

T-Shirt WangCyber Edisi Terhad dah sampai!

T-shirt WangCyber

Baru-baru ni aku beli sehelai T-shirt WangCyber, selepas aku tengok WangCyber dah mula jual T-shirt secara online di portal WangCyber.

Pada sesiapa yang tak tahu, WangCyber adalah sebuah portal komuniti bagi usahawan internet di Malaysia. Tempat berkumpulnya para usahawan atau bakal usahawan internet ini biasanya di forum WangCyber. Kalau ada yang nak join forum, boleh klik di SINI.

Untuk makluman, ada 3 rekaan yang ada untuk pilihan pembeli T-shirt WangCyber. Yang bahagian belakang semua sama cuma bahagian depan jer yang berlainan.

Harga sehelai ialah RM30 dan RM7 pula adalah kos pos laju (termasuk Sabah & Sarawak).

Yang bestnya, setiap pembelian T-shirt WangCyber ni akan diberikan “Free Gift” berupa sehelai woven beg, pen & button badge. Tapi aku dapat 2 item tambahan iaitu stiker kereta dan mini notebook. Mungkin ada stok lebih kot atau aku antara yang terawal order T-shirt WangCyber.

Kalau berminat nak order, boleh tengok kat link di bawah :

T-Shirt WangCyber

Free Gift dari Drypers Baby Club

Hari ni aku terima “Free Gift” sebuah beg kecil daripada Drypers kerana mendaftar jadi ahli dalam “Drypers Baby Club”. Aku tahu perkara ni pun sebab terjumpa post dari blogger lain yang post pasal dapat hadiah free gift ni.

Ok kalau nak cuba dapatkan free gift ni, boleh klik link DI SINI untuk mendaftar.

Syarat-syarat pendaftaran :

1. Terhad kepada 50,000 pendaftaran baru yang berjaya
2. Setiap keluarga layak untuk menerima satu sahaja “Welcome Gift” (hadiah beg)
3. Sah untuk keluarga yang mempunyai bayi yang lahir pada tahun 2012, 2013, 2014 dan ibu yang mengandung pada tahun 2014.
4. Pendaftaran lebih daripada sekali dari keluarga yang sama tidak akan dilayan.
5. Proses penghantaran “Welcome Gift” akan mengambil masa 4-6 minggu.

Untuk kes aku, aku terima hadiah ni tak lebih sebulan pun, dalam 1-2 minggu jer dah dapat. Bergantung kepada tempat di mana kita tinggal.

Kelebihan kelab ini ialah boleh minta sample PERCUMA daripada Drypers dan juga dapat lain-lain info berkenaan dengan produk Drypers.

Sesuai untuk yang ada baby (macam aku) dan yang bakal timang baby. 🙂

P/S : Boleh cuba daftar sekarang, mana tahu anda antara 50,000 orang yang terawal 🙂