Buat duit dengan Gloviss Online Survey

gloviss
gloviss online survey

Post kali ini aku nak share satu online survey yang boleh korang join secara PERCUMA. Survey yang aku maksudkan tu ialah Gloviss.

Mula-mula daftar dulu sebagai ahli di SINI.

Maklumat yang diperlukan semasa pendaftaran ialah alamat email dan password sahaja. Pastikan email yang didaftarkan ialah email yang aktif kerana jemputan survey akan dihantar ke alamat email yang kita daftar.

Apabila dah terima jemputan survey, kalau boleh jawab survey tu secepat mungkin kerana survey yang lambat dijawab berkemungkinan besar tidak akan mendapat mata survey.

Sistem Gloviss ini memberi ganjaran untuk setiap survey yang lengkap diisi akan diberi mata tertentu, bergantung kepada soalan survey.

Mata ini perlu dikumpul untuk menebus ganjaran yang disediakan oleh pihak Gloviss. Ganjaran yang disediakan oleh pihak Gloviss setakat hari ini adalah wang tunai RM30 dan voucer KFC yang bernilai RM30. Mata minimum yang perlu dikumpul adalah 3000 mata.

Tips untuk mereka yang rajin menjawab survey secara online ini ialah yang pertama kena rajin semak email. Yang kedua pula gunakan email yang berasingan khas untuk menjawap online survey sahaja.

Bagi mereka yang berminat nak join bolehlah daftar Gloviss melalui link ini -> GLOVISS

Gloviss Online Surveyh

This entry was posted in survey and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *