Tag Archives: contest

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Aku memang akan support mana-mana giveaway yang dianjurkan oleh mana-mana blogger jika hadiah yang ditawarkan menarik pada pandangan mata aku.

Kali ni blogger Zamani Abe telah menganjurkan giveaway bertajuk Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe.

Hadiah yang ditawarkan adalah 2 unit Mini Power Bank untuk 2 orang yang bertuah. Kira sesapa yang dapat memang bertuahlah 🙂

Tiada tarikh tutup penyertaan yang dinyatakan pada blog beliau, jadi buat sementara ini, mana-mana blogger boleh cuba nasib dan memeriahkan lagi segmen yang dianjurkan oleh bro Zamani.

Klik banner di atas untuk join 🙂

Segmen 24 Jam : Saya nak kad raya daripada Pink Ummi

Segmen 24 Jam : Saya nak kad raya daripada Pink Ummi

Aku dah lama tak terima kad raya secara pos. Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku terima kad raya secara pos daripada kawan-kawan. Kalau dari syarikat2 yang aku pernah “deal” tu adalah.

Kali ni aku terjumpa satu peluang (kalau ada rezeki) untuk menerima kiriman kad Hari Raya daripada blogger Pink Ummi.

Menurut Pink Ummi, beliau hanya akan memilih 20 orang blogger sahaja untuk dikirimkan kad Hari Raya yang ditempah khas.

Doa-doakanlah aku tersenarai di dalam list bertuah tu. 🙂

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

Giveaway RM500

Sejak sebulan dua ni, ada banyak contest Giveaway yang dianjurkan oleh blogger2 di luar sana. Hadiah yang ditawarkan juga boleh tahan lumayan.

Kali ini aku nak share satu Giveaway yang dianjurkan oleh shuhadabaharudin.com. Hadiah yang ditawarkan adalah berupa wang tunai RM50 dan satu sabun carawhite untuk 10 orang pemenang.

Contest ini dijalankan dari 3 – 30 Jun 2014. Kalau anda ada blog, bolehlah cuba nasib untuk memeriahkan Giveaway ini. Setakat ini semua rules yang telah ditetapkan aku dah follow. Tinggal berserah pada Tuhan jer sama ada terpilih sebagai salah seorang pemenang ataupun tidak.

Kalau berminat nak join, boleh klik banner di atas 🙂