Author Archives: admin

Panduan jimat tenaga elektrik dengan bijak

Semua dah sedia maklum yang tarif elektrik telah naik pada tahun ini. Jadi di bawah ni aku senaraikan panduan-panduan untuk jimat tenaga elektrik yang boleh kita amalkan di rumah.

Sekurang-kurangnya bil elektrik boleh dikurangkan & secara tak langsung ia boleh juga menjimatkan penggunaan tenaga.

Ok jom kita tengok satu-persatu. 🙂

1. Apabila membasuh menggunakan mesin basuh, sentiasa gunakan muatan penuh bagi mengurangkan jumlah basuhan.

2. Maksimumkan paras air cerek untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

3. Pastikan jarak peti sejuk adalah 10cm daripada dinding dan tempat yang panas seperti dapur memasak. Kedudukan peti sejuk yang betul membantunya berfungsi dengan lebih efisien.

4. Berjimat dengan menggunakan mentol jimat tenaga. Ini adalah kerana ia lebih tahan lama dan menjimatkan penggunaan elektrik.

5. Pastikan suis komputer ditutup untuk lebih penjimatan kerana komputer masih menggunakan elektrik jika berada dalam keadaan tunggu sedia. (standby)

6. Gunakan kipas berbanding dengan penghawa dingin.

7. Jika menggunakan penghawa dingin, pastikan ia dipilih bersesuaian dengan saiz bilik untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien.

8. Jimatkan tenega dengan menutup tingkap dan pintu ketika penyaman udara berfungsi kerana ia dapat membantu menyejukkan bilik dengan lebih cepat.

9. Pastikan besi pemanas pada cerek selalu dicuci supaya ia bebas dari keladak. Keladak yang melekat pada besi pemanas boleh melambatkan proses pemanasan dan jika ia selalu dibersihkan, cerek dapat berfungsi dengan lebih efisien.

10. Apabila membeli peralatan elektrik, pastikan ia berlabel 5 bintang kerana jika lebih banyak bintang maka lebihlah penjimatan yang kita perolehi daripada peralatan elektrik tersebut.

Jika inginkan lebih maklumat berkaitan dengan penjimatan elektrik, sila download ebook percuma RAHSIA TEKNOLOGI PENJIMAT ELEKTRIK di bawah :

Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

Ni ada satu lagi GA yang dianjurkan oleh Jindrisska.

Hadiah-hadiahnya adalah sourvenir daripada Paris.
Senarai hadiah adalah seperti di bawah ni :

Hadiah Utama : 20 x keychain Eiffel Tower
Hadiah Sampingan : 3 x poskad Eiffel Tower
Hadiah Saguhati : 3 x maps Paris 2014

Siapa-siapa yang teringin nak merasa sourvenir dari Paris ni bolehlah join GA ni dengan klik banner di atas.

Syarat2 penyertaan :

1. Follow blog JINDRISSKA
2. Buat satu entry khas bertajuk “Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!” , letak banner, copy syarat2 penyertaan ni dan backlink ke blog JINDRISSKA.
3. Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger.
4. Letakkan link entry dalam ruangan komen di blog JINDRISSKA

Rakan blogger :
Drshikinzainal
Jajasutera
Ris Famili

P/S : Tak dapat pergi Paris, dapat souvenir dari Paris pun jadi la….

Giveaway Pertama SitiSab

Giveaway Pertama SitiSab

Sapa nak hadiah wang tunai RM100?

Kalau nak, ada 2 cara untuk join Giveaway ni.

Yang pertama, untuk yang ada blog.

– Follow blog SitiSab
– Copy banner di atas & linkkan ke SINI
– Buat entri Giveaway Pertama SitiSab
– Tag kawan-kawan anda

Yang kedua, untuk yang tiada blog

– Klik like di sini
– Upload gambar di atas ke Facebook & linkkan ke http://www.sitisab.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html

Tag :
kisahemasputih
hasrulhassan
tengkubutang/