Author Archives: admin

Segmen 24 Jam : Saya nak kad raya daripada Pink Ummi

Segmen 24 Jam : Saya nak kad raya daripada Pink Ummi

Aku dah lama tak terima kad raya secara pos. Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku terima kad raya secara pos daripada kawan-kawan. Kalau dari syarikat2 yang aku pernah “deal” tu adalah.

Kali ni aku terjumpa satu peluang (kalau ada rezeki) untuk menerima kiriman kad Hari Raya daripada blogger Pink Ummi.

Menurut Pink Ummi, beliau hanya akan memilih 20 orang blogger sahaja untuk dikirimkan kad Hari Raya yang ditempah khas.

Doa-doakanlah aku tersenarai di dalam list bertuah tu. 🙂

THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ

THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ
Jemput join GiveAway ni ramai-ramai ! Para peserta berpeluang memenangi hadiah best seperti monopod ,produk shaklee,tudung bawal,purse,kain sulam,crystal brooch dan banyak lagi !
KLIK BANNER ATAU KLIK SINI UNTUK JOIN

Salam semua

Aku ada terjumpa satu contest yang aku rasa berbaloi untuk disertai. Contest tu ialah THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ. Contest ataupun giveaway ini bermula pada 25 Jun 2014 sehingga 25 Julai 2014. Ia terbuka kepada semua blogger yang menetap dan beralamat di Malaysia sahaja. Kiranya kalau blogger Malaysia yang menetap di luar negara, tak layak untuk join Giveaway ini.

Syarat lain yang diperlukan ialah mempunyai akaun Facebook. Aku rasa sekarang ni hampir semua orang mempunyai akaun Facebook masing-masing. Jadi, kalau yang tak ada akaun Facebook tu & teringin nak join, daftar jer akaun Facebook. Selain daripada tu, syarat lain yang perlu dilakukan ialah dengan LIKE semua page para penyumbang hadiah Giveaway ini. Setakat LIKE tak ada masalah bagi aku 🙂

Giveaway ini dijalankan selama sebulan dan hadiahnya ada 18 jenis. Top referral kepada link Giveaway ini juga akan menerima hadiah sebuah monopod.

Jadi kepada semua blogger di luar sana, apa lagi, jom sertai ramai-ramai bagi memeriahkan lagi Giveaway ini. Cara nak join klik jer banner kat atas tu.

Tahukah Anda Rokok Kretek Seperti “Gudang Garam” Adalah Tidak Sah?

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

Giveaway RM500

Sejak sebulan dua ni, ada banyak contest Giveaway yang dianjurkan oleh blogger2 di luar sana. Hadiah yang ditawarkan juga boleh tahan lumayan.

Kali ini aku nak share satu Giveaway yang dianjurkan oleh shuhadabaharudin.com. Hadiah yang ditawarkan adalah berupa wang tunai RM50 dan satu sabun carawhite untuk 10 orang pemenang.

Contest ini dijalankan dari 3 – 30 Jun 2014. Kalau anda ada blog, bolehlah cuba nasib untuk memeriahkan Giveaway ini. Setakat ini semua rules yang telah ditetapkan aku dah follow. Tinggal berserah pada Tuhan jer sama ada terpilih sebagai salah seorang pemenang ataupun tidak.

Kalau berminat nak join, boleh klik banner di atas 🙂