Author Archives: admin

Panduan menyemak bil TNB secara online

Aku nak share satu cara bagaimana nak semak bil TNB secara online. Biasa kalau kita nak tanya berapa bayaran bil, kita boleh telefon nombor pada bil bulanan tu.

Untuk makluman semua, semakan bil TNB juga boleh dibuat secara online dengan melayari link TNB eservice.

Pendaftaran pengguna perlu dibuat dan ia memerlukan maklumat pengguna seperti nombor kad pengenalan dan no akaun TNB. Setelah mendaftar login ID dan password, kita sudah boleh menyemak bil bulanan kita.

Antara maklumat yang boleh kita semak adalah bil bulanan, bayaran bil bulanan & bacaan meter(kWh). Semakan bil secara online amat penting bagi aku yang mempunyai rumah yang disewakan. Walaupun duduk berjauhan, aku dapat menyemak sama ada penyewa tu seorang yang culas membayar bil ataupun jenis yang membayar secara konsisten setiap bulan tanpa ada tunggakkan.

Pembayaran bil juga boleh dibuat secara online melalui perbankan internet. Jadi dengan kemudahan sistem TNB eservice, tak perlu lagi beratur panjang membayar bil di luar sana.

GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants

GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants

Aku pertama kali mengetahui pasal pelikat pants ni melalui Afdlin Shauki. Tu pun sebab dia ada cerita yang dia buat bisnes pasal pelikat pants ni di dalam TV.

Tapi sejak akhir-akhir ini pelikat pants ni mula popular pulak, lebih-lebih lagi bila ada peserta Bintang Mencari Bintang yang pakai semasa persembahan mereka.

Dalam masa yang sama, ada juga yang buat promosi dengan menganjurkan giveaway. Kali ini giveaway dianjurkan oleh masyghulonline.blogspot.com. Giveaway ini dianjurkan dari 17 Jun – 8 Julai 2014 dan terbuka kepada semua blogger, dengan syarat mesti follow blog penganjur. Hadiah yang ditawarkan ialah pelikat pants dan thumb drive 8GB.

Untuk menyertai giveaway ini, klik saja banner di atas.

Saya layak untuk memenangi hadiah utama kerana saya ingin merasai pengalaman hebat memakai pelikat pants. Saya suka dengan rekabentuk ekslusifnya yang memenuhi citarasa semua tidak kira tua atau muda. Ia mudah dibawa bersolat kerana potongan pelikat pants adalah melebihi pergelangan buku lali kaki dan amat memudahkan jika membonceng motorsikal disebabkan rekabentuknya yang longgar dan tidak ketat. Ia juga sesuai untuk muslimah kerana potongan rekabentuknya tidak menampakkan susuk tubuh yang ketat dan sesuai dipakai di mana-mana majlis secara santai.

Panduan Pengambilan Ubat di Bulan Ramadhan

Salam sejahtera.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, aku nak kongsikan maklumat yang aku dapat berkaitan dengan panduan pengambilan ubat di bulan Ramadhan. Kalau kita perlu mengambil ubat semasa hari biasa, kita boleh bahagikan masa tanpa masalah. Jadi, untuk memudahkan kerja, bolehlah rujuk jadual yang dicadangkan di bawah ini.

Selamat mengambil ubat di bulan Ramadhan. Semoga anda sihat sejahtera dan cepat sembuh.

Panduan ubat di bulan Ramadhan