Sebenarnya dah lama aku nak share kelebihan aplikasi SemuaPay ni. Semasa mula-mula aplikasi ini dibangunkan, ia dikenali sebagai ShiroiPay. Kemudian nama aplikasi ini diubah kepada SemuaPay. Banyak kelebihan aplikasi ni tapi aku cuma nak kongsi 5 kelebihan yang utama kenapa korang kena ada aplikasi ni dalam handphone bimbit korang.
Terima Cashback bagi setiap transaksi bayaran yang berjaya. Jumlah bonus yang akan diterima adalah berbeza mengikut jenis produk dan kadar semasa. Kadar Cashback adalah berbeza mengikut produk bayaran.
Terima Bonus Kongsi Link sebanyak RM0.02 sen. Setiap pengguna akan menerima satu pautan unik. Dengan hanya berkongsi pautan ini, pengguna akan dibayar RM0.02 untuk setiap paparan. Bonus Kongsi Link akan dibayar bila anda share link anda dan ada org klik = 0.02sen
Terima Bonus Referral untuk setiap pendaftaran baru yang berjaya di bawah pautan kongsi anda. Jumlah bonus diterima pengguna adalah berbeza mengikut harga pakej daftar pelanggan. Bonus dibayar secara Real Time selepas pendaftaran berjaya.
Terima Bonus Loyalti sebagai tanda penghargaan kerana menggunakan platform SemuaPay setiap bulan. Pengguna mesti mempunyai rangkaian kumpulan dan menggunakan minimum RM100 setiap bulan untuk layak menerima Bonus Loyalti.
Terima Bonus KPI berdasarkan jumlah bonus yang telah diterima oleh pengguna pada bulan sebelumnya. Tiada had minimum pakej, semua pakej layak menerima KPI Bonus. Hanya 10 akaun KPI tertinggi sahaja akan menerima bonus ini.
Bagi yang berminat boleh sertai Pakej Pengguna yang serendah RM10 sahaja. Tapi kalau serius nak menjana pendapatan pasif aku cadangkan ambil Pakej Komuniti (RM50). Pakej Komuniti layak terima Bonus sehingga 3 Level manakala Pakej Pengguna boleh terima bonus hanya terima 1 Level sahaja.
Buat permulaan boleh gunakan aplikasi ini untuk bayar bil-bil utiliti setiap bulan serta untuk topup line Telco korang. Kenalkan pada kawan-kawan akan layak terima Bonus Referral. Jika korang berminat, boleh daftar terus dengan klik sahaja pautan di bawah.
Pihak SPA telah mengumumkan tarikh peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 akan diadakan pada 27 Julai 2021 dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah terpilih untuk menghadiri peperiksaan ini. Sebelum itu, jom kita kenali dahulu apakah tugas, tangga gaji dan syarat lantikan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.
Tugas, Tangga Gaji dan Syarat Lantikan
Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a) Warganegara Malaysia; dan (b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan (c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan (d) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00) atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40) atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,464.80)
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah. Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.
Format Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
SEKSYEN A: DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Seksyen A adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah. Terdapat juga soalan yang berbentuk Matematik yang merangkumi silibus SPM. Selain itu, soalan-soalan juga adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data.
Secara umumnya, ia terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu ;
Penyelesaian Masalah
Menginterpretasi Data
Soalan Matematik
Pemerhatian dan Logik (IQ Test)
Masa yang diberi untuk bahagian A ini ialah 25 minit dengan jumlah soalan sebanyak 20.
Contoh soalan
Penyelesaian
Cuba lihat pada huruf dalam setiap negeri tersebut. Setiap satu ‘E’ akan dapat 1 gol
Contohnya:
NEGERI SEMBILAN : 3 E
= 3 gol
SABAH : Tiada E
= tiada gol
Jadi keputusan antara JOHOR melawan MELAKA adalah = B) JOHOR 0 MELAKA 1
SEKSYEN B: KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS
Seksyen B terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ;
A. Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris B. Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris
ESEI
Bagi pecahan pengertian dan kefahaman esei Bahasa Inggeris, anda dibekalkan dengan sebuah petikan atau text dalam Bahasa Inggeris termasuk diberikan pilihan jawapan. Biasanya, bilangan soalan yang akan ditanya antara 5 atau 10 soalan bagi menguji kefahaman anda.
GRAMMAR
Dalam tatabahasa Bahasa Inggeris anda akan diuji dengan beberapa penggunaan iaitu ;
Noun
Pronoun
Adjective
Verb
Adverb
Conjunction
Interjection
Preposition
20 minit
20 soalan
Contoh soalan
Choose the best answer.
The horse and carriage _ an old form of transport.
A) is B) are C) was D) were
Jawapan : is
Penjelasan : The horse and carriage tu sebenarnya dikira singular sebab ianya adalah Kereta kuda. Ayat ni pula adalah general sentence, biasa guna simple present bukan ‘past tense’.
Contoh soalan
Harga seunit saham jatuh sebanyak 40 sen setiap hari untuk tiga hari berturut-turut. Jika harga seunit saham itu sekarang ialah RM3.60, cari harga awal seunit saham itu.
A) RM3.60 B) RM4.00 C) RM4.80 D) RM5.60
Jawapan : C. RM4.80
Harga seunit saham – RM4.80
Di atas adalah beberapa bentuk soalan yang mungkin akan keluar di dalam exam online nanti. Untuk mendapatkan info terkini berkaitan tips dan rujukan pantas untuk menghadapi peperiksaan online Pembangunan Masyarakat , sila sertai Group Telegram kami. Klik di sini https://t.me/joinchat/RSRZEB_9VeS7qcbj
Ibadat korban adalah binatang ternakan yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala pada Hari Raya Haji dan tiga hari Tasyri’. Hukum ibadat korban adalah sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut oleh Islam.
Fadhilat melaksanakan ibadat korban
Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban
Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta’ala
Penebus dosa kecuali dosa besar
Penyembuh penyakit – rohani, fizikal, mental dan sosial
Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qanaah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong
Orang yang mampu melakukan ibadat korban adalah orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang korban daripada keperluannya dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya dan hari-hari Tasyri’.
Bagi memudahkan urusan umat Islam yang ingin melaksanakan ibadat korban, komuniti We Love Qurban telah menyediakan platfom bagi melaksanakan ibadat korban dan akikah yang selamat dan mudah serta memberi manfaat kepada keluarga di Malaysia dan juga di seluruh dunia amnya.
Komuniti We Love Qurban
We Love Qurban telah menyediakan pelbagai pakej perkhidmatan dan ia terdiri daripada pakej dalam negara dan pakej luar negara.
Di bawah ini disenaraikan perkhidmatan bagi Pakej Luar Negara :
Qurban lembu – RM320 – 1 Bahagian
Qurban lembu – RM2240 – Seekor lembu
Qurban kambing – RM590 – Seekor kambing
Qurban kambing Mekah – RM570 – Seekor kambing
Aqiqah kambing – RM590 – Seekor kambing
Aqiqah lembu – RM320 -1 Bahagian
Senarai perkhidmatan bagi Pakej Dalam Negara :
Qurban lembu – RM800 – 1 Bahagian
Qurban lembu – RM5600 – Seekor lembu
Bagi yang berhasrat untuk mengerjakan ibadat korban atau akikah, boleh klik link di bawah ini untuk maklumat lanjut. Tidak perlu keluar dari rumah, semua urusan akan dikendalikan oleh komuniti We Love Qurban untuk anda.
Bagi yang kurang berkemampuan, bolehlah pilih pakej korban luar negara kerana kadar harga yang ditawarkan oleh komuniti We Love Korban adalah sangat berpatutan.