Author Archives: admin

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Pada setiap tahun, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 untuk memilih calon-calon yang berkelayakkan.

Dikatakan juga proses pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik adalah yang paling sukar jika dibandingkan dengan gred-gred lain.

Ini adalah kerana Pegawai Tadbir Diplomatik adalah jawatan yang paling berprestij di dalam Perkhidmatan awam. Mereka akan memegang tampuk pentadbiran di kementerian. Ketua Setiausaha Negara (KSN) adalah jawatan yang tertinggi di dalam perkhidmatan awam dan ianya datang dari laluan kerjaya PTD.

Aliran tapisan PTD terkini

Peperiksaan online adalah salah satu tapisan sebelum menjadi PTD. Berikut adalah flow tapisan PTD yang terkini :

  • Daftar di SPA8i
  • Exam PSEE M41
  • Ujian Fizikal (UKJK)
  • PTD Assessment Center
  • Temuduga
  • Kadet PTD
  • DPA
  • Lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik

Format peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Format peperiksaan adalah terbahagi kepada 3 SEKSYEN :

SEKSYEN A : Pengetahuan Am – 40 minit (50 soalan)

SEKSYEN B : Daya Menyelesaikan Masalah – 45 minit (40 soalan)

SEKSYEN C : Kefahaman Bahasa Inggeris – 30 minit (30 soalan)

Di dalam Seksyen A , Pengetahuan Am, akan ada 5 pecahan soalan di antara 50 soalan yang ditanya. Pecahan soalan tersebut adalah :

  1. Soalan Government Order – berkaitan dengan undang-undang, pentadbiran, kementerian.
  2. Pentadbiran Kerajaan – pengetahuan tentang Parlimen, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri.
  3. Soalan kesukanan – berkaitan bola sepak, sukan komanwel, piala Thomas dll
  4. Pengetahuan intensif – berkaitan bantuan kerajaan seperti BPR, BPN, BRIM
  5. Skop soalan YK-YDK (YOU KNOW or YOU DON’T KNOW)

Di dalam Seksyen B , Daya Menyelesaikan Masalah melibatkan beberapa topik di dalam matematik dan soalan penyelesaian masalah yang merangkumi silibus SPM. Di antara topik yang terlibat ialah graf, kuadratik, triginometrik, statistik dan bar chart. Calon juga dinasihatkan untuk menyediakan kalkulator bagi memudahkan menjawab soalan-soalan berkaitan matematik.

Di dalam Seksyen C , Kefahaman Bahasa Inggeris , calon akan diberi petikan dan soalan-soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan petikan tersebut. Ini akan menguji kefahaman calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Nota dan rujukan pantas Peperiksaan Online PTD 2021

Bagi membantu calon-calon menghadapi peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41, Tim Infokerjaya ada mengeluarkan rujukan pantas yang terdiri daripada nota-nota, soalan-soalan dan jawapan kepada semua soalan dari ketiga-tiga seksyen.

Saya ada membuat channel khas Telegram untuk Exam Online PTD. Di dalamnya saya berkongsi info terkini dan tips-tips berkaitan exam online PTD. Klik link di bawah untuk join ; https://t.me/infoExamPTD

Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

Rahsia Temuduga Kerja Kerajaan

Kerja Kerajaan Pilihan Utama

Sejak kebelakangan ini, jawatan di dalam perkhidmatan awam atau pun kerja kerajaan ini sering menjadi rebutan oleh pencari kerja di luar sana. Apakah sebabnya? Faktor utamanya ialah dari segi “jaminan kerjaya”. Berbanding dengan kerjaya di sektor awam, tahap jaminan kerjaya di sektor swasta tidak dapat diramal walaupun bergaji lumayan pada setiap bulan kerana ia bergantung kepada untung atau rugi sesebuah syarikat tersebut.

Sebelum seseorang dilantik menjadi kakitangan kerajaan, dia harus melalui beberapa tapisan dan penilaian bergantung kepada jawatan yang dipohon itu. Salah satu kaedah penilaian yang masih digunapakai oleh pihak kerajaan untuk memilih calon-calon yang sesuai adalah dengan melalui kaedah TEMUDUGA.

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Bagi membantu calon-calon di luar sana khususnya para graduan, Tim Infokerjaya ada menyediakan rujukan pantas untuk calon-calon menghadapi temuduga kerja kerajaan. Rujukan tersebut ialah RAHSIA PERSEDIAAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN.

Di dalam panduan ini, para calon temuduga akan dibantu melalui perkara-perkara berikut :

  • 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga.
  • Panduan memakai pakaian yang sesuai untuk temuduga.
  • Bagaimana melatih diri anda dengan hebat berkata-kata di depan panel penemuduga.
  • Bagaimana menguasai asas berbahasa Inggeris dalam masa yang singkat.
  • Teknik menjangka soalan-soalan yang akan ditanya oleh penemuduga.
  • Mengetahui 7 sebab mengapa anda tidak dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan.

Dengan adanya panduan ini, para calon dapat menjimatkan banyak masa tanpa perlu tercari-cari tips temuduga yang lain yang belum tentu sesuai dengan anda. Semua tips dan trik ada diterangkan di dalam satu panduan yang lengkap.

Tim Infokerjaya juga telah mengolah semua maklumat di dalam panduan ini supaya sesuai difahami oleh semua tidak kira anda lulusan sijil, diploma, ijazah atau master sekalipun.

Selain itu, ramai calon temuduga yang lalu telah berjaya di dalam temuduga melalui rujukan ini. Lihat testimoni oleh mereka yang telah berjaya mendapat jawatan di sektor kerajaan hasil daripada panduan ini ;

Bagi anda yang telah dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan, tahniah diucapkan. Pastikan anda telah membuat persediaan yang mantap. Tips penting temuduga kerja kerajaan :

  • Faham jawatan anda. Kenalpasti anda akan diletakkan di bawah kementerian/jabatan mana jika berjaya.
  • Buka web rasmi kementerian tersebut. Kenalpasti tugasan dan carta organisasi kementerian tersebut.
  • Rujuk arkib akbar online. Kenalpasti berita berkaitan kerajaan untuk 2 bulan terakhir.
  • Tingkatkan keyakinan diri dengan berlatih bercakap di hadapan cermin!

Untuk persediaan yang lebih rapi dan untuk mengetahui soalan-soalan lazim yang biasa di tanya dalam sesi temuduga kerajaan boleh gunakan rujukan ini. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.

Ebook Percuma 50 Kompilasi Kisah Jutawan Barat Asia Malaysia

Salam sejahtera.

Hari ni aku nak kongsikan tentang ebook yang menceritakan tentang kisah kejayaan jutawan-jutawan di Barat, Asia dan Malaysia.

Ebook ini terbahagi kepada tiga buah iaitu 50 Kompilasi Kisah Jutawan Barat, 50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia dan 50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia.

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Di antara jutawan-jutawan Malaysia yang diceritakan ialah :

  1. Datuk Yusuf Taiyob
  2. Allayarhamah Dato’ Sosilawati Lawiya
  3. Datuk Chef Wan
  4. Tuan Haji Mohd Tamin
  5. Irfan Khairi
  6. Rozita Ibrahim
  7. Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein
  8. Datuk Samuri Juraimi dll

50 Kompilasi Kisah Jutawan Barat

Sebahagian jutawan barat yang diceritakan ialah :

  1. Warren Buffet
  2. Joanne Rowling (JK Rowling)
  3. Steve Jobs
  4. Louis Vuitton
  5. Hugo Ferdinand Boss
  6. Cristiano Ronaldo
  7. Kolonel Sanders dll

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

Antara kisah jutawan dari Asia yang disenaraikan ialah :

  1. Li Ka-shing
  2. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari
  3. Tan Sri Vincent Tan
  4. Tan Sri Robert Kuok
  5. Tan Sri Lim Goh Tong
  6. Tan Sri Tony Fernandes
  7. Jackie Chan
  8. Datuk Nicol David
  9. Tan Sri Mustapha Kamal dll

Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, ketiga-tiga ebook ini adalah PERCUMA, khas untuk dibuat bahan bacaan sebagai motivasi untuk kita berjaya mencapai impian dan cita-cita.

Untuk mendapatkan ebook ini senang jer, cuma klik link di bawah ini dan isikan borang tempahan.

Selamat membaca.

http://azlanbahar.com/kompilasikisahjutawan