Tag Archives: giveaway

[GIVEAWAY] Note Cards From Jasper

Cards from Jasper

Aku dah lama tak terima kad raya atau poskad. Entah apa silapnya, kadang2 kad yang dihantar ke alamat rumah tak pernah sampai. Nak kata posmen tak masuk ke sini, ada jer aku nampak posmen masuk dan hantar surat ke rumah jiran-jiran. Kalau berterusan jugak, akan aku buat aduan rasmi pada Pos Malaysia Labuan. Tunggu…

Cerita pasal kad, aku rasa nak join giveaway daripada blogger http://ilovekinderbueno.blogspot.com/. Hadiah berupa kad yang akan dihantar kepada 9 orang yang bertuah. Saja suka-suka join. Katanya, penyertaan ditutup pada 10 Ogos 2014. Boleh klik banner di atas untuk join.

Kad raya limited edition yang aku tunggu daripada blogger Pink Ummi pun tak sampai2 lagi nih. Sama ada pos Malaysia baru nak start kerja ataupun surat hilang dalam perjalanan. Tunggu dulu la dalam minggu ni.

BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA

BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA

Rara Farhana menjemput anda semua untuk join Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana! Pelbagai hadiah yang awesome lagi best menanti anda! Jom kita ramai-ramai join bagi memeriahkan lagi giveaway ini. Tekan banner di atas untuk joinnnn 😀
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 20 JULY 2014 31 JULY 2014

Birthday Wish To Rara Farhana:
(Semoga beroleh kebahagiaan di dunia & di akhirat, dimurahkan rezeki yang berkat serta tenang menghadapi hari-hari yang mendatang) ^_^

Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana ini ditaja khas oleh Anisyamir Leejo, ANa Ahmad, Fatin Umira, Ismah, Keyranazleen, Sya Nissa dan Syaz. Terima kasih kepada semua penaja. Semoga dimurahkan rezeki anda semua 🙂

Baru jer join Giveaway yang dianjurkan oleh blogger Rara Farhana dari blog ni walaupun dah tau lama sebab banyak sangat Giveaway yang berlangsung sekarang ni.

Giveaway ini dibuat sempena hari lahir beliau yang aku pun tak pasti bila. Tapi aku dah buat wish dalam banner di atas.

Sepatutnya Giveaway ni tamat pada 20hb Julai 2014 tapi dilanjutkan sehingga 31 Julai 2014. Jadi sempatlah aku buat entri ni untuk sama-sama memeriahkan Giveaway Rara Farhana ni. Nama macam Fara Fauzana la pulak 🙂

Kalau ada yang nak join sempat lagi ni, klik jer banner di atas.

Peraduan : Salam Ramadhan 1435 Hijrah

Giveaway Salam Ramadhan

Jom join Giveaway yang dianjurkan oleh blog http://harithiskandar.blogspot.com.

Giveaway ini dijalankan bermula dari sekarang sehingga 1 Syawal 1435 Hijrah.

Hadiah yang ditawarkan :

Hadiah Utama – Penginapan 2 hari 1 malam di Bukit Gambang Resort, tiket masuk ke Bukit Gambang Waterpark dan satu buku Ensiklopedia Solat terbitan Telaga Biru berharga RM100(+-).

Hadiah saguhati untuk 5 orang pemenang berupa satu buku Ensiklopedia Solat terbitan Telaga Biru berharga RM100(+-).

Berminat nak dapatkan hadiah-hadiah di atas?

Klik jer banner di atas untuk join.