Baru-baru ni aku ada menempah business card dari seorang blogger. Itu pun dapat tahu masa jalan-jalan kat Google+. Bila tengok harga yang ditawarkan cuma RM25 jer, siap design depan dan belakang, aku pun tempahlah satu. Material yang digunakan ialah Art Card + Matt Lamination. Oleh kerana aku berada di Labuan, kos pos ialah RM10. Kalau di Semenanjung tak sampai RM10 rasanya.
Kalau nak tahu, aku tempah kad di zazazehra.com. Mengikut maklumat dari FB dia, harga RM25 ni akan tamat selepas hari raya 2014. Nasib baik aku dah tempah awal. Lama dah aku nak tempah business card ni tapi tak jumpa tempat yang sesuai.
Kalau ada yang berminat nak tempah business card yang berkualiti, boleh singgah ke Facebook beliau di SINI. Dijamin puas hati 🙂