Tag Archives: temuduga pegawai kerajaan

Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

Rahsia Temuduga Kerja Kerajaan

Kerja Kerajaan Pilihan Utama

Sejak kebelakangan ini, jawatan di dalam perkhidmatan awam atau pun kerja kerajaan ini sering menjadi rebutan oleh pencari kerja di luar sana. Apakah sebabnya? Faktor utamanya ialah dari segi “jaminan kerjaya”. Berbanding dengan kerjaya di sektor awam, tahap jaminan kerjaya di sektor swasta tidak dapat diramal walaupun bergaji lumayan pada setiap bulan kerana ia bergantung kepada untung atau rugi sesebuah syarikat tersebut.

Sebelum seseorang dilantik menjadi kakitangan kerajaan, dia harus melalui beberapa tapisan dan penilaian bergantung kepada jawatan yang dipohon itu. Salah satu kaedah penilaian yang masih digunapakai oleh pihak kerajaan untuk memilih calon-calon yang sesuai adalah dengan melalui kaedah TEMUDUGA.

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Bagi membantu calon-calon di luar sana khususnya para graduan, Tim Infokerjaya ada menyediakan rujukan pantas untuk calon-calon menghadapi temuduga kerja kerajaan. Rujukan tersebut ialah RAHSIA PERSEDIAAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN.

Di dalam panduan ini, para calon temuduga akan dibantu melalui perkara-perkara berikut :

  • 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga.
  • Panduan memakai pakaian yang sesuai untuk temuduga.
  • Bagaimana melatih diri anda dengan hebat berkata-kata di depan panel penemuduga.
  • Bagaimana menguasai asas berbahasa Inggeris dalam masa yang singkat.
  • Teknik menjangka soalan-soalan yang akan ditanya oleh penemuduga.
  • Mengetahui 7 sebab mengapa anda tidak dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan.

Dengan adanya panduan ini, para calon dapat menjimatkan banyak masa tanpa perlu tercari-cari tips temuduga yang lain yang belum tentu sesuai dengan anda. Semua tips dan trik ada diterangkan di dalam satu panduan yang lengkap.

Tim Infokerjaya juga telah mengolah semua maklumat di dalam panduan ini supaya sesuai difahami oleh semua tidak kira anda lulusan sijil, diploma, ijazah atau master sekalipun.

Selain itu, ramai calon temuduga yang lalu telah berjaya di dalam temuduga melalui rujukan ini. Lihat testimoni oleh mereka yang telah berjaya mendapat jawatan di sektor kerajaan hasil daripada panduan ini ;

Bagi anda yang telah dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan, tahniah diucapkan. Pastikan anda telah membuat persediaan yang mantap. Tips penting temuduga kerja kerajaan :

  • Faham jawatan anda. Kenalpasti anda akan diletakkan di bawah kementerian/jabatan mana jika berjaya.
  • Buka web rasmi kementerian tersebut. Kenalpasti tugasan dan carta organisasi kementerian tersebut.
  • Rujuk arkib akbar online. Kenalpasti berita berkaitan kerajaan untuk 2 bulan terakhir.
  • Tingkatkan keyakinan diri dengan berlatih bercakap di hadapan cermin!

Untuk persediaan yang lebih rapi dan untuk mengetahui soalan-soalan lazim yang biasa di tanya dalam sesi temuduga kerajaan boleh gunakan rujukan ini. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.