Author Archives: admin

Menang Contest Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

senarai pemenang GA

Alhamdulillah…aku terpilih sebagai salah seorang pemenang dalam Giveaway Mamapipie yang lalu.

Aku tak menang Hadiah Utama, cuma menang hadiah saguhati iaitu hadiah pilihan Mamapipe jer.

Untuk pengetahuan korang, hadiah pemenang pilihan Mamapipie ialah wang tunai RM50. Rezeki aku bulan ni boleh menang Giveaway, selalunya dapat tengok orang jer yang menang hadiah hahaha

Hadiah RM50 pun dah selamat diterima melalui perbankan online. Boleh tengok kat bawah ni.

Kalau ada giveaway yang lain, kalau boleh join, join jer,kita support rakan-rakan blogger kita. Menang atau tak, belakang kira, yang penting support. Kalau menang kira bonus la.

Buat duit dengan survey dari Getvase

vaserewards

Post kali ini aku nak kongsi satu laman web survey yang beri ganjaran dalam bentuk tunai. Laman web tu ialah Getvase atau VaseRewards.

Nak join senang jer. Mula-mula pergi ke link VaseRewards. Lepas tu klik Sign up.

Setiap survey yang berjaya dilengkapkan akan menerima ganjaran tunai. Contoh satu survey yang lengkap boleh dapat 100 poin bersamaan dengan 0.10 sen.

Minimum untuk penebusan hanyalah 0.11 sen sahaja. Kalau nak kumpul banyak-banyak pun boleh jugak.

Langkah-langkah nak tebus ganjaran senang jer. Masuk ke dalam akaun, klik pada butang REDEEM. Lepas tu dia akan minta kita isikan nama, ic dan nombor akaun bank.

Kalau nak banyak hasil, kena rajin semak email. Bila dapat jer email jemputan, jangan tangguh,terus jawab. Kalau lambat takut kuota survey dah penuh.

Di bawah ni aku nak share hasil yang aku dapat untuk survey ni. Taklah banyak sangat tapi bolehlah daripada tak dapat apa-apa.

komisen vaserewards

Kalau korang nak cuba boleh klik link di bawah. Website dia memang simple giler. Tak macam website survey yang lain. Tapi apa yang penting, website survey ni terbukti bukan SCAM sebab dia bayar apa yang kita claim.

—-> VASEREWARDS

Rumah Banglo 1 Tingkat Berkonsepkan Open Courtyard

Aku memang suka dengan design rumah banglo yang ada elemen semula jadi di dalam rumah. Lain dari yang lain. Lebih-lebih lagi yang ada ruang peribadi di tengah-tengah rumah. Bila ada ruangan privasi sendiri di dalam rumah, kita boleh berehat tanpa ada gangguan dari orang luar. Dalam banyak-banyak design, aku paling suka design pelan rumah banglo 1 tingkat dengan open court yard.

Rekaan rumah banglo 1 tingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.


Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.

Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.

Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping.

Disertakan juga rekaan ‘light shelf’ pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.

Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.