Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.
Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
Buat satu blog post bertajuk “Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends“. Tepek banner di atas beserta link ke post ini. Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.
Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..
Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam.
Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020
Hadiah Wang Tunai RM1000 – Senarai Hadiah
Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:
Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Korang boleh copy code html di bawah dan paste as html dalam blog post korang. Good luck semua!!
Ho Chi Minh adalah ibu negara bagi Vietnam dan merupakan salah satu bandar yang mempunyai tarikan sebagai pusat pelancongan yang paling popular di Vietnam. Kepelbagaian budaya, tempat-tempat bersejarah dan keindahan alam semulajadi yang terdapat di negara ini menjadi tumpuan utama pelancong ke sana. Saban tahun, banyak agensi-agensi pelancongan menerima trip untuk ke Vietnam dari pelbagai negara dan Malaysia tidak terkecuali.
Haa. Tu dia intro untuk Vietnam. Korang salah sorang ke yang menyumbang kepada kementerian pelancongan untuk ke Vietnam? Ke belum lagi? Kalau belum, jom mulakan dengan survey harga tiket. Bila dah survey, baru ada semangat nak bercuti. Banyak je syarikat yang terbang ke Vietnam ni. Korang boleh tengok kat Traveloka untuk membandingkan harga tiket flight korang. Salah satu airline yang murah untuk ke Vietnam, korang boleh pilih Scoot. Walaupun nama airline ni ada sesetengah daripada korang tak pernah dengar, airline ni sebenarnya boleh tahan bagus jugak. Harga flight ticket dia pun tak lah terlalu cekik darah. Tapi andai kata Vietnam terlalu jauh untuk korang cuba Scoot ni, korang boleh je pilih destinasi lain, contohnya cheap flights from Kuala Lumpur to Langkawi. Haa. Scoot pun ada terbang ke Langkawi okay. Dah rasa naik sekali, mungkin lepas ni korang nak cuba lagi naik Scoot.
Andai bercuti di Vietnam tetap menjadi idaman hati korang, maka aku akan senaraikan restoran-restoran halal yang korang boleh pergi sepanjang bercuti kat Vietnam. So korang takkan bercuti dalam perasaan resah gelisah nak cari tempat makan halal. Makan sampai kenyang, bak kata pepatah melayu, gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Jom kita mulakan.
The Daun Restaurant
The Daun Restaurant
Bagi korang yang tekak dan perut tak boleh lari dari rasa makanan hidangan ala Malaysia, sila lah ke restoran ini. Sebab menu- menu yang disajikan oleh restoran ni adalah menu yang sama macam kat Malaysia. Daripada kategori nasi goreng sampai la ke lauk pauk yang siap ada rendang lagi. Taknak goreng-goreng? Korang boleh dapatkan pelbagai pilihan sup. Sup tradisi Vietnam pun ada iaitu Pho. Pho merupakan sup daging yang di masak dengan menggunakan pelbagai bahan bagi menghasilkan rasa sup yang unik dan sedap.
Kampung Pandan Restaurant
Kampung Pandan Restaurant
Kalau dah namanya melancong, tak sah kalau tak rasa masakan tradisi tempat tu kan? Ada orang pernah cakap, cara nak mengenali sesuatu budaya tu, makanan adalah satu daripadanya. So, nak makan masakan ala Vietnam, korang boleh ke Kampung Pandan Restaurant ni. Diyakini halal. Korang nak dapat hidangan nasi berlauk atau nasi goreng pun ada. Tak terkecuali jugak masakan makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan ikan. Nak makan roti canai? Pun adaaa. Kedai ni terletak bersebelahan je dengan Ben Thanh market. So terjah kedai ni jangan tak terjah.
Halal @ Saigon
Halal @ Saigon
Restoran yang terletaknya berhadapan dengan masjid Jamia Al-Muslimin ini merupakan restoran yang menyajikan pelbagai hidangan yang korang takkan mampu tolak. Dari makanan yang berasaskan nasi, sup ataupun korang nak rasa the famous Vietnamese Roll pun ada di dalam menu kedai ni. Jadi korang tak perlu la bimbang okay. Tapi harga makanan kat restoran ni sedikit mahal kalau dibanding dengan restoran yang lain. Walaupun mahal, pelancong tetap datang jugak okay. Sebab sedapp.
Zeytun Restaurant
Zeytun Restaurant
Korang nak menikmati suasan makan yang tenang dan selesa sambil menikmati hidangan makanan dari timur tengah? Haaa. Ini lah antara restoran yang korang perlu kunjungi. Masakan ala timur tengah kat restoran ni menjadi satu tarikan utama kenapa ramai pelancong yang datang dan menikmati makanan yang lazat dan enak. Kalau korang taknak makanan timur tengah, korang boleh je order makanan western. Tapi antara makanan yang menjadi pilihan pelancong ialah kebab, falafel dan beberapa lagi menu yang menarik. Restoran ni terletak di bandar Ho Chi Minh. So senang sangat untuk korang cari.
Saigon Green House
Saigon Green House
Lagi satu restoran yang menyajikan rasa makanan daripada Malaysia. Hidangan dengan portion yang agak banyak kat restoran ni bakal membuatkan korang kekenyangan. Apa yang menariknya, korang yang vegetarian pun boleh singgah sini sebab dia ada juga menu untuk orang vege. So tak ada masalah. Untuk korang merasa hidangan ala Vietnam pun ada jugak. Kira complete la restoran ni. Antara menu yang menjadi tumpuan pelancong ialah Canh Chua Cup iaitu sup masam bersama ikan, roti canai, pelbagai jenis nasi goreng dan banyak lagi.
So, korang dah ready tak nak pergi Vietnam? Risau lagi tak nak makan apa kat sana? Korang jangan bimbang, jangan was-was. Restoran makanan halal kat sini kebanyakkannya dah mendapatkan sijil halal daripada Commision Board of Islam in Hochi Minh dan pemilik restoran adalah beragama islam. Okay lah gais. Setakat ni je dulu yang aku dapat sharekan dengan korang. Pesan aku, bercuti jangan kurus. Tanda nya tak cukup makan. Gerak luuu.
Setelah lama menunggu, aku akhirnya request cash out komisen aku di Shopback bila jumlah komisen telah mencecah RM50.
Ikutkan dah boleh withdraw bila komisen dah mencapai RM10 tapi aku peram dulu biar banyak sikit. Lagipun komisen tak tentu, ia bergantung pada nilai barangan yang kita beli di platform ecommerce seperti di LAZADA,Shopee dan lain-lain.
Aku pulak sejak mula mengenali Shopee, jarang dah aku shopping di LAZADA. Faktor utamanya ialah Shopee selalu offer Free Shipping dan harga barang2 kat sana pun rasanya murah sikit dari LAZADA.
Kalau korang rajin shopping di LAZADA atau Shopee, baik daftar Shopback cepat2, sambil belanja sambil dapat cashback.
Ini komisen yang aku dapat, dikreditkan terus ke akaun bank.